Credit 9W2DVZ |
Semalam belon Bayan Lepas radiosonde D22027214 telah jatuh darat. Belon Bayan Lepas sememangnya sangat sukar jatuh ke darat memandang bentuk muka bumi sebuah pulau yang kecil. Maka, sudah pasti ia terbang hanya jatuh ke Selat Melaka sahaja.
Pasukan SAR Utara telah melancarkan misi mencari diketuai Abg Man Viper 9W2PRX, Alias 9W2WGD dan SWL Nini. Radiosonde D22027214 jatuh pada koordinat 5.31951 darjah Utara dan 100.23977 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 1207m serta ketinggian maksimum adalah 28,170m. Jatuh dikawasan beralun di Balik Pulau pastilah sangat mencabar untuk mencarinya.
Credit 9W2PRX |
Credit 9W2PRX |
Jarak 4.262m perlu dilalui untuk ke titik akhir radiosonde D22027214. Aplikasi GPS waypoint finder ini sangat berguna ketika misi dilancarkan. Pastikan bekalan bateri telefon mencukupi untuk mengelakkan bateri habis. Power bank yang telah dicaj penuh lebih selamat turut dibawa. Kabel penyambung pastikan juga turut dibawa bersama.
Credit 9W2PRX |
Credit 9M2ZAK |
Pin koordinat yang diramalkan seperti gambar diatas. Lihat bentuk muka bumi hijau serta beralun sangat menyukarkan pada padangan mata kasar. Gambar dizoom lebih dekat oleh Zaki 9M2ZAK.
Credit 9M2ZAK |
Credit 9M2ZAK |
Kawasan bertanda pangkah merupakan puncak tertinggi di kawasan itu. Kemungkinan juga isyarat dapat didengari dari puncak itu.
Credit 9W2PRX |
Jam 12:58 tengah hari Team SAR Utara telah tiba dilokasi ramalan. Menurut Abg Man Viper 9W2PRX isyarat masih tidak kedengaran dikawasan itu. Bearing dari titik akhir adalah 73 darjah. Menurut Zaki 9M2ZAK anak panah mesti menunjuk bacaan 73 darjah menuju ke kawasan pencarian.
Pemandangan kawasan pencarian berbukit dan bersemak menukarkan lagi misi pencarian. Begitulah cabaran besar yang dilalui oleh Pemburu Belon. Semangat tinggi mengatasi halangan besar bagi menyempurnakan misi.
Credit 9W2PRX |
Credit 9M2ZAK |
Credit 9W2PRX |
Credit 9W2WGD |
Credit 9W2GCD |
Credit 9W2PRX |
Team SAR Utara melepaskan lelah. Berbincang tentang melancarkan misi seterusnya walaupun gagal pada kali ini. Tahniah kepada Team SAR Utara yang menunjukkan semangat yang tinggi dalam misi kali ini. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Misi kedua akan dilancarkan bagi memastikan peranti berada dalam genggaman.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment