Belon KLIA Radiosonde D20073344 masuk hutan

Credit 9W2DVZ

 Pada 28 September 2022 yang lalu belon KLIA radiosonde D20073344 telah jatuh ke kawasan hutan. Pada malam itu, berpakat dengan Arul 9W2OCX bertemu di Shell Kota Warisan. Setelah jatuh dalam hutan terpaksalah kami menukar plan B. Alang-alang dah berjumpa malam itu, kami merancang untuk mencari radiosonde di Sungai Pelek.


Belon KLIA radiosonde D20073344 telah dikesan pada isyarat terakhir koordinat 2.69049 darjah Utara dan 101.62257 darjah Timur. Kelajuan 25.93km/h dengan bearing 67 darjah. Altitud ketinggian terakhir 934.21m.

Credit 9W2DVZ

Boleh dilihat jejak belon KLIA pada malam itu tidak sampai ke laut. Jejak berkisar pada daratan sahaja. Memasuki pertukaran monsun ini, dapat dilihat pertukaran angin lebih bawa belon ke darat.


Setiba Arul 9W2OCX di shell Kota Warisan, aku mencadangkannya mencari radiosonde D20073307. Jatuh di Sungai Pelek dan melalui jalan pintas dari KLIA. Tiba di lokasi berdekatan dengan rumah orang. Arul 9W2OCX memberi salam tidak dijawab tuan rumah. Waktu sudah lewat malam pastilah tuan rumah sudah beradu. Maka misi dibatalkan kerana titik akhir tepat berada dibelakang rumah kawasan kebun kelapa sawit.


Radiosonde D20073307 isyarat terakhir 2.67563 darjah Utara dan 101.67515 darjah Timur. Kelajuan 24.08km/h serta bearing 42 darjah. Altitud ketinggian terakhir adalah 688.54m. Atas faktor keselamatan misi malam itu terbatal. Balik semula ke Kota Warisan QRV 401.110MHz frekuensi  belon KLIA. Sekali-sekala kedengaran isyarat yang agak kurang jelas. Arul 9W2OCX mengaktifkan peranti rdzTTGOsonde namun terdapat masalah kabel penyambung.


Berhenti di Jalan Pekeliling sebelah runway KLIA 2 ternyata isyarat radiosonde D20073344 masih lagi aktif. Jaraknya ke peranti adalah 8.47km. Tidak mustahil dengan jarak sebegini isyarat masih dapat diterima readability 5/9.


Lampu hijau menyala menandakan isyarat dapat diterima dengan baik. Sementara itu, Arul 9W2OCX bertungkus-lumus untuk mengimbas isyarat radiosonde itu menggunakan peranti rdzTTGOsonde. Usaha tidak berjaya setelah mengimbas isyarat beberapa kali masih tidak sangkut untuk frekuensi 401.110MHz.


Jika berjaya mengimbas frekuensi, pastilah koordinat terkini dapat diperolehi dengan mudah. Apapun usaha mendapatnya adalah percubaan berani untuk mendapat koordinat terkini bagi memudahkan misi pencarian. Seterusnya pulang semula ke shell Kota Warisan bagi mendapatkan semula keretaku yang diparkir di sana.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...