Cari Satu Dapat Dua


 Belon KLIA pagi tadi jatuh di Ladang Solar TNB Sepang jam 9:31 pagi. Pencarian dilakukan secara solo oleh Arul 9W2OCX. Kawasan larangan ini pastilah tidak dibenarkan masuk sebarang orang.

Credit 9W2OCX

Arul 9W2OCX telah memaklumkan kepada pegawai bertugas tujuan kedatangan. Setelah diberi penjelasan dan menunjukkan peranti yang dimiliki dalam van. Pegawai bertugas turut menunjukkan peranti radiosonde yang sama. Oh! rupanya radiosonde pernah jatuh di sini juga.
Credit 9W2OCX
Kemudian, pegawai bertugas menolong mencari radiosonde D20073425 yang jatuh pada pagi ini. Ternyata ia berada dalam ladang solar ini. Altitud terakhir 1039m dengan altitud ketinggian maksimum adalah 31,095m.

Credit 9W2OCX

Ternyata ladang solar ini sangat luas. Manakan tidak altitud terakhir 1039m masih dapat dijumpai dalam kawasan ini. Jangkaan jarak 500m dari titik akhir.

Credit 9W2OCX
Semasa Arul 9W2OCX tiba diladang solar ini, isyarat tidak dapat diterima melalui corong radio. Ternyata tempoh masa bateri bertahan telahpun berlalu. Biasanya ia akan bertahan hingga jam 3 petang.

Credit 9W2OCX

Apa hendak digusarkan? Lokasi terakhir berada di dalam ladang solar ini. Mencuba nasib bertanyakan sahaja kepada pegawai bertugas. Pastilah mudah kerja kita. Jika ada rezeki pasti diberi keizinan untuk memasuki kawasan ini. Apapun ribuan dan jutaan terima kasih kepada pegawai yang membantu mendapatkan radiosonde yang jatuh itu.

Credit 9W2OCX


Radiosonde D20073425 berjaya ditemui dengan bantuan pegawai bertugas. Walaupun tidak dapat merekod lokasi sebenar dijumpai, yang penting ia berjaya dibawa pulang.

Credit 9W2OCX
Radiosonde yang ditemui pegawai diladang solar D20054445 turut berjaya dibawa pulang. Ia jatuh pada 10 Mac 2022 dengan altitud ketinggian 16,769m. Wow! sangat tinggi pastilah ia diabaikan begitu sekali. Sangat tinggi sukar dijangka kawasan jatuhannya. Rezeki tidak salah alamat, cari satu dapat dua. Bertuah Arul 9W2OCX membawa pulang dua radiosonde petang ini.

Credit 9W2OCX
Inilah dikatakan rezeki, dapat dua sekali dibawa pulang. Sebelah kiri berusia hampir 7 bulan, manakala sebelah kanan baru beberapa jam ditemui.
Credit 9W2PRX

Jejak radiosonde D20054445 ditunjukkan diatas. Memang sukar dijangka apabila altitud ketinggian terakhir sangat tinggi. Ini disebabkan arah angin boleh berubah setiap ketinggian. Berdasar jejak diatas, titik terakhir mengarah ke timur. Namun, ia bertukar ke barat laut. Arah itulah ladang solar terletak lokasinya.

Tahniah! Arul 9W2OCX dan pegawai Ladang Solar TNB Sepang yang memberi kerjasama sepenuhnya. Hasilnya dua radiosonde berjaya dibawa pulang oleh Arul 9W2OCX.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...