Tiga misi pagi ini gagal


 Pagi ini sebelum ke saltmine sempat melancarkan misi SAR secara solo di Sungai Pelek. Seawal jam 6.35 pagi telah bertolak ke Sungai Pelek dari Bangi. Memandu melalui Jenderam hingga ke Pekan Salak seterusnya Sepang dan tiba di Sungai Pelek. Tiba di Sungai Pelek bersarapan terlebih dahulu.


Belon KLIA D20073549 jatuh 13 Oktober 2022 jam 21:29 malam. Jatuh kawasan kebun tanaman kontan. Malangnya kebun ini sangat semak tidak diusahakan dengan baik.


Jarak 476m ke titik akhir dari jalan belakang taman perumahan. Agak jauh setelah melihat keadaan kebun yang sangat bersemak sukar untuk melaluinya. Jadi ambil keputusan untuk membatalkkan sahaja misi pertama ini. Kawasan kebun yang dijaga tidak boleh dimasuki. Ini kerana berpagar dan terdapat beberapa ekor anjing berada disekitar pintu pagar tersebut. Mencari laluan terdekat pula dihalang oleh parit yang baru dicuci sangat lebar pula.


Misi kedua menghala ke Batu 2. Telah mengenal pasti lokasi ini semasa menghala ke Sungai Pelek dari Sepang. Belon KLIA D20073230 telah jatuh pada 12 Oktober 2022 jam 21:24 malam. Entry sebelum ini telah mencerikan tentang belon ini. Tidak pasti sama ada orang telah menjumpainya atau tidak. Sememang mencari di titik akhir tidak menjumpai sebarang tanda.


Lokasi berhampiran belakang kilang. Kerja-kerja merata kawasan tersebut dengan batu kelikir yang sangat lapang. Titik akhir di kawasan tanaman. Mengenal pasti bearing 166 darjah hingga ke penjuru blok kelapa sawit ini. Masa menghala ke titik akhir tidak nampak juga kelibat benang tergantung.


Blok kelapa sawit ini, tidaklah terlalu semak. Pasti ia boleh dilihat dengan jelas jika ia tergantung atau terjurai. Pokoknyapun boleh tahan tinggi-tinggi juga.


Sambil mencari radio ditangan mendengar belon pagi itu. Selepas misi di sini perancangan seterus pastinya mengejar belon itu. Berhenti dipenjuru blok ternyata jarak mencapai 200m. Namun masih tidak dijumpai juga. Terus sambung ke blok sebelah hingga jarak 300m sahaja. Ini kerana telah dihalang oleh pagar kawasan kebun. 

Sebenarnya semasa tiba dikawasan ini telah berhenti dipintu pagar kebun ini. Kebetulan ada uncle baru keluar, lalu minta kebenaran untuk meletakkan kereta berdekatan pintu itu. Diapun tanpa masalah membenarkan dengan syarat tidak menghalang laluan, Akupun memaklumkan kehadiranku di situ untuk mencari belon yang jatuh dikawasan sawit sebelah hadapan sana. 


Corong radio telahpun senyap menandakan belon pagi telahpun mendarat. Terus setkan koordinat dalam GPS waypoint finder. Seterusnya memasukkan koordinat ke dalam google map. Belon semakin ke timur masuk ke dalam kawasan Negeri Sembilan.


Belon pagi itu telah jatuh di Tanah Merah, Port Dickson. Kawasan ladang kelapa sawit milik Sime Darby.




No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...