Ahad yang mencabar


 Pada hari ahad 29 Setember 2024 belon KLIA sebelah pagi telah jatuh di Jalan Durian, Banting. Kawasan pendaratan ini sememangnya jauh masuk ke dalam. Nasib baik jalan tanah merah tidaklah lecah. Kawasan Banting masih kering berbanding di Lembah Klang setiap hari menerima hujan terutama lewat petang hingga ke malam.


Belon KLIA pagi itu radiosonde 2405015842 telah jatuh jam 9:17:26 pagi. Koordinat 2.76078 darjah Utara dan 101.53747 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 411m agak tinggi dan altitud ketinggian maksimum 28,477m.


Oleh kerana hari minggu, bolehlah rakan yang berkelapangan bergabung dalam misi pencarian. Kebetulan Zahrin 9W2MDZ berkelapangan, maka bergabung pagi itu bagi mencari belon yang beraltitud agak tinggi jatuhnya. Zahrin 9W2MDZ membawa peranti untuk mendapatkan koordinat yang baru. Bertemu di Petronas Olak Lempit lebih mudah kerana ia titik pertemuan antara Nilai dan Bangi.


Berkereta sekali terus ke Jalan Durian. Tiba di penghujung jalan tar jarak ke titik  akhir mencapai jarak tiga kilometer. Nasib baik jalan tanah merah kering sahaja. Bolehlah memandu terus masuk ke dalam. Kemudian letak kereta di jalan masuk berdekatan dengan titik akhir. Isyarat radiosonde masih lagi aktif. Zahrin 9W2MDZ menggunakan komputer riba untuk mendapatkan koordinat baru. Sayangnya dari tempat parkir tidak dapat mendekod koordinat baru.



Selepas itu, kami berjalan mengikut laluan kenderaan bermotor hingga ke rentis TNB. Menghampiri titik akhir dihalang oleh parit. Kemudian berpatah balik ke jalan besar semula. Jalan menghampiri titik terdekat. Alamak! hutan berlukar di hadapan kami. Mencari-cari laluan jika boleh dimasuki. Peninggalan ladang sawit yang tidak diusahakan menyebabkan ia bersemak hingga tidak boleh dimasuki ke titik akhir.

Jarak 134m merupakan jarak terhampir yang boleh dicapai ke titik akhir. Beberapa kali cuba mencari laluan tetapi yang ada hanyalah laluan binatang liar sahaja.


Pokok pakis yang sangat tinggi menyukarkan misi pencarian. Ladang kelapa sawit bersebelahan juga semak teramat sangat.


Sementara itu, Zahrin 9W2MDZ tetap mencuba nasib bagi mendapatkan lokasi belon terkini menggunakan raspi. Namun, seperti komputer riba masih juga gagal menggunakan raspi.


Setelah mencuba masih gagal juga, kami mengambil keputusan untuk memberhentikan misi pencarian ini. Maka, kawasan ini akan ditandakan sebagai kawasan yang tidak boleh dimasuki. Jika, belon jatuh di sini pada masa hadapan pastilah ia diabaikan sahaja.


Jejak sepanjang misi pencarian yang dicerap oleh jam Garmin. Gambar satelit google map lama ini menunjukkan dengan jelas kawasan hijau tersebut adalah semak yang tidak boleh dimasuki. Jalan Salim yang dilalui ke titik akhir sudah pasti diingati sebagai kawasan larangan mencari belon.


Pada sebelah malamnya pula, radiosonde 2405015831 telah jatuh di Jalan Punai, Banting. Man Viper 9W2PRX yang dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang telah menunggu di RnR Dengkil hingga belon jatuh. Beliau telah mengajak untuk mendapatkan belon tersebut. Bagi meraikan rakan utara tersebut, misi malam itu perlu diteruskan agar beliau tidak membawa balik tangan kosong.


Radiosonde 2405015831 koordinat 2.72059 darjah Utara dan 101.51452 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 133m dan altitud ketinggian maksimum adalah 29,407m. Tempat pertemuan di Petronas Kanchong Darat. Penulis memandu dari Bangi. Tiba di Kanchong Darat Man Viper 9W2PRX telahpun menunggu. Memasukkan koordinat terlebih dahulu pada GPS Waypoit Finder.


Setelah dapat mengenal pasti kedudukan belon barulah bergerak. Komunikasi melalui simpleks V47 145.5875MHz. Berkonvoi dua jelopi sambil QSO di V47. Suasana gelap kawasan ladang kelapa sawit. Berpandukan google map yang pasti menunjukkan jalan terhampir. Kadang jalan yang terhampir adalah jalan batu kelikir bukannya tar. Maka, memilih jalan bertar lebih selamat lagi-lagi gelap gelita ini. 


Tiba Jalan Punai meletak kereta di tepi jalan. Man Viper 9W2PRX telah berjaya mengesan lampu merah. Sudah pastilah lampu LED peranti berfungsi dengan baik. Isyarat terus berbunyi dengan baik juga. Mencari jalan masuk kerana kawasan ada parit kecil. Jumpa jalan masuk yang berpalang. Kami sudah nampak lampu LED merah di atas lantai tanah bawah pokok kelapa sawit.


Man Viper 9W2PRX terus merekod data-data serta mengambil gambar bukti. Belon pecah meninggalkan baki di atas tanah menghadap jalan masuk tadi. Peranti di belakangnya lebih kurang jarak tiga meter. Elok kedua-dua jatuh di atas tanah. Benang bersimpul-simpul. Man Viper 9W2PRX elok menggulung semula benang tanpa perlu memutuskannya terus bawa masuk bonet kereta. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan tidak bawa balik tangan kosong.



Akhirnya radiosonde 2405015831 berjaya dikutip dengan mudah sekali. Altitud ketinggian yang rendah 133m jumpa pada jarak 37.2m dari titik akhir. Sebenarnya tidak pergi pada titik akhirpun. Jumpa belon terus kerana ia menghala ke jalan besar. Mantap feeder 9W2MDZ_BASE di Nilai berjaya mendapat altitud akhir serendah mungkin.


Misi pencarian paling cepat dan mudah ini berakhir sambung ke kedai makan pula. Man Viper 9W2PRX berhenti berehat makan terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan ke Pulau Pinang. Bersembang-sembang terutama cerita setiap misi mencari belon kaji cuaca ini. Termasuklah pengalaman mencari belon Penang sewaktu banjir di Nibong Tebal itu. Keesokannya beliau terus mencari sekali lagi dan berjaya mendapatkan radiosonde oppa yang pertama di Penang. Terima kasih pada Man Viper 9W2PRX atas kesudian singgah untuk mendapatkan belon di kawasan Central ini.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya




No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...