Jatuh Hujung Kebun


 Pagi tadi usai hantar harmonic ke sekolah terus memandu ke Kampung Hulu Chuchoh, Sepang. Belon KLIA malam semalam 15 Oktober 2024 berjaya ditemui di hujung kebun. Betul-betul jatuh berhampiran titik jangkaan laman sesawang SondeHub atau kami gelarkan (bomoh). Kadang bomoh ini boleh diguna dan kadang tidak tepat juga. Namapun jangkaan sahaja pastilah kadang betul dan kadang kurang tepat.


Memandu jelopi dari Bangi melalui Jenderam dan Salak dan mengikut jalan pintas dari KLIA melalui Jalan Pekeliling. Memasuki kawasan kampung terus hingga simpang ke empat belok ke kiri. Jalan Tuolong lepas itu masuk ke kiri lorong yang lupa namanya.


Kemudian meletak kereta di rumah berbumbung merah yang mempunyai halaman selari dengan jalan kampung berdekatan titik jangkaaan atau bomoh itu. Sebelum itu, pusing mencari titik akhir dengan tepat. Setelah meletak kereta, melalui lorong dari Jalan Tuolong tadi bagi mengenal pasti lokasi titik akhir. Lokasi terakhir dalam kebun kelapa sawit antara rumah. Tak berani nak masuk takut disalah sangka pula. Berpatah balik melalui jalan tar sahaja. Belok kiri ke kawasan kebun atau kawasan tanah lapang.


Ketika melalui tanah lapang ini telah ternampak belon dan winder di atas tanah. Mencari titi untuk memasuki kawasan kebun ini. Berjaya melintasi masuk kebun terus mendapatkan belon dan winder. Kenal pasti benang dan mengekori terus ke peranti dalam jarak 3 meter tergolek. Antena tercucuk tanah.


Terpaksa melipatkan seluar agar tidak terkena air yang bergenang di kebun tersebut. Habis sandal basah tenggelam ketika hendak mengambil peranti. Benang tidak terputus. Kali ini mendapat set lengkap. Peranti dan belon dihubungkan benang yang elok tidak perlu memutuskan. Terus angkat masuk bonet.


Boleh dilihat air keliling peranti. Hujan turun setiap hari kini. Pijak tanah di situ langsung berair. Selesai dokumentasi terus tarik peranti berdekatan belon. Tak sempat nak gulung memandangkan kawasan kampung. Lainlah dalam ladang kelapa sawit tiada mata yang memandang.

Jarak 65 m merupakan titik akhir ke peranti yang ditemui bagi altitud ketinggian terakhir 179 m. Kali ini sememangnya tidak pergi ke titik akhir. Terus bergerak ke titik jangkaan bomoh.



Radiosonde 2405015193 berjaya dalam genggaman agak kotor. Dua hari kemudian baru dijumpai. Habis kotor kerana titisan hujan turut digenangi air.


Belon yang tinggal pangkal bersama dengan winder adalah pemandangan yang pertama berjaya dikesan. Nampak ini sahaja Alhamdulillah tak perlu berpeluh sangat pusing satu kampung. jam Garmin pun tidak sempat untuk mengaktifkan mode tactical.



Hasil tangkapan di Kampung Hulu Chuchoh pagi itu. Berbaloi pergi kerana jatuh tepi jalan sahaja. Rugi kalau terbiar begitu sahaja. Oleh kerana jatuh kawasan kampung, bergerak secepat mungkin selepas selesai tugasan. 

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...