Pelepah kering


 Pagi tadi selepas menghantar harmonic ke sekolah sempat ke Bagan Lalang. Belon KLIA malam semalam telah jatuh di Bagan Lalang kawasan lapang. Hasil tinjauan pagi tadi didapati bahawa kawasan lapang dalam peta telah bertukar hutan belukar. Memandu dari Bangi melalui Jenderam dan Salak. Terus ke Sepang dan Sungai Pelek. Tiba di lokasi kejadian menghampiri titik akhir lagi 100m. Namun semak tebal menghalang untuk ke titik akhir.


Radiosonde 2405015202 telah jatuh pada 21 Oktober 2024 jam 21:38 malam. Koordinat 2.62617 dajah Utara dan 101.69933 darjah Timur. Ramalan jatuh 2.62484 darjah Utara dan 101.69968 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 356m dan altitud ketinggian maksimum 31,146m.

Jarak 18.2 m merupakan menghampiri titik jangkaan namun tiada sebarang tanda belon boleh ditemui kawasan tersebut. Memasuki kawasan melalui pagar yang telah roboh kesan laluan orang. Cuba ke titik akhir kawasan sangat semak. Terdapat pergerakan binatang rasanya babi hutan berlari setelah menyedari kehadiran penulis.



Terdapat parit besar di bahagian selatan menghamipiri titik jangkaan bomoh. Tiada benang atau belon dalam parit tersebut. Jikalau mempunyai masa yang lebih panjang pasti kawasan ini boleh dijelajahi. Kemudian berpatah balik ke laluan masuk.

Sempat mengukur jarak dari tepi jalan sebelah kanan kawasan jatuhan. Jarak 166m dari tepi jalan bahagian kanan ke titik akhir. Melihat-lihat kawasan sekitar jikalau belon terlajak keluar hingga ke kawasan perumahan.



Semasa baru tiba melihat kawasan sebelah kiri. Jarak paling rapat ke titik akhr hampir 100m juga. Perlu merancang strategi lain bagi memasuki kawasan seperti ini. terdapat laluan yang agak bersemak sama ada haiwan mahupun manusia.



Kemudian bergerak ke Sungai Pelek di lorong Lapis 11. Pada hari sabtu lepas 19 Oktober 2024 radiosonde 2405015208 telah jatuh di kawasan ladang kelapa sawit. Belon KLIA tersebut jatuh jan 9:36 pagi. Koordinat 2.64568 darjah Utara dan 101.69627 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 325m dan ketinggian maksimum 30,044m.


Menggunakan google map memandu terus ke titik akhir. Pada permulaan lorong ini bertar satu lorong.Seterusnya ke depan lagi jalan batu kelikir. Sampai titik akhir berhenti dan parkir kereta di pintu masuk ladang yang berpalang.


Kemudian menghala ke titik akhir selepas melepasi palang jalan sawit. Terlihat benang di atas rumput-rumput yang berbunga sekitarnya. Benang, belon dan winder kelihatan terlebih dahulu. Benang bersimpul menandakan jatuh agak kritikal. Manakan tidak! Jarak titik akhir ke peranti radiosonde hanyalah 47.3m bagi altitud ketinggian akhir 325m. Menandakan ia jatuh menghampiri titik akhir dengan lebih rapat atau tepat. Tidak maju ke hadapan sangat di bawa angin.


Peranti dalam semak berhampiran longgokan pelepah sawit kering. Tidak perlu ke titik akhir kerana benda yang dicari telah berada depan mata.


Kerja perekodan dilakukan radiosonde 2405015208 dalam genggaman. Laporan ke laman sesawang SondeHub turut dibuat. Alhamdulillah misi pencarian yang kedua ini berjaya dijumpai dengan mudah. Peranti dan belon tidak diusik. Elok seperti jatuh pada hari kejadian. Itulah rezeki yang diberi. Kadang pencarian sangat sukar apabila jatuh dikawasan yang tidak boleh dimasuki. Kadang mudah sahaja seperti mengutip buah durian gugur.


Hasil kutipan misi SAR yang kedua amat berbaloi. Mudah akses dan jumpa berdekatan jalan masuk sahaja. Tidak perlu masuk jauh ke titik akhir. Beberapa langkah sahaja telah berjaya melihat benang di atas tanah. Benang agak bersimpul pada kali ini. Belon pun pecah sepenuhnya.


Parit gambar diambil dari jalan masuk. Sebelah pula kebun buah naga. Jalan batu kelikir baik dan mudah untuk dilalui.


Palang laluan masuk ke ladang ditutup. Belon dan peranti di sebelah kiri jalan dengan hanya beberapa langkah sahaja. Manakala belon KLIA pagi itu mati pada altitud ketinggian 2000m lebih di Pekan Sepang menghala ke Bukit Pelandok. Sudah dijangka akan mati awal kerana semasa monitor di frekuensi 399.975MHz, kedengaran penerimaan tidak sempurna seperti kebiasaannya. Tersekat-sekat dan tersangkut-sangkut penerimaan audionya. Agaknya inilah audio yang berlaku semasa peranti mati awal tidak dapat dikesan oleh feeder.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...