Jatuh Selonggok


 Pada 7 November 2024 yang lalu telah berjaya menemui belon KLIA radiosonde 2405012575 di Kampung Jijan. Menurut Zahrin 9W2MDZ lokasi jatuhan berdekatan dengan Kastam. Belon ini telah jatuh pada malam tersebut jam 21:35. Esok pagi nya barulah sempat mencari. Jikalau jatuh dalam kawasan kampung eloklah diabaikan mencari waktu malam bagi tujuan keselamatan.


Radiosonde 2405012527 jatuh pada 6 November 2024 jam 21:35 malam. Koordinat 2.76823 darjah Utara dan 101.77468 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 182m dan ketinggian maksimum 29,794 m. 
Usai menghantar harmonic ke sekolah terus menghala ke Kampung Jijan melalui Jenderam Hulu. Tiba di lokasi kejadian tersergam indah rumah agam. Kawasan tanah merah di dalam peta satelit tersebut ketika itu adalah tapak rumah tersebut. Berhenti  bersebelahan rumah tersebut. Bersiap sedia dengan beg sandang. Kelihatan di dalam rumah tersebut berpenghuni. Tepi kawasan rumah tersebut terdapat anak sungai.


Menyusur laluan di tepi rumah tersebut menghala ke belakang. Kelihatan tuan rumah hendak bersarapan di luar rumah. Terus memberi salam dan memaklumkan tujuan kehadiran untuk mencari belon di kawasan belakang rumahnya. Menunjukkan contoh peranti dan belon kepada tuan rumah tersebut. Seolah-olah faham tentang belon kaji cuaca.

Selepas minta izin terus berlalu mencari belon yang jatuh di kawasan lapang belakang rumah tersebut. Terus berjalan mencari hingga terlajak hingga 50 meter jarak di kawasan lapang tersebut. Berpatah balik telah kelihatan selonggok belon dan peranti berdekatan di antara satu sama lain.


Teori jikalau jatuh selonggok ini menggambarkan kemungkinan belon dan peranti berputar-putar selepas belon pecah. Teori sahaja tidak dapat disahkan kerana tiada pengalaman melihat belon jatuh dihadapan mata secara langsung. Andaian ini berdasarkan benang turut berbelit-belit.


Bagi pendaratan sempurna seperti di lapang sasar di Kota Seriemas beberapa hari sebelum. Belon akan berada dihadapan serta peranti dibelakang mengikut arah ia jatuh. Dua keadaan yang berbeza kerap kali jumpa berdasarkan sewaktu ia dijumpai di kawasan lapang. Teori sahaja tetapi ada logik akalnya juga. Lagi-lagi berkait rapat dengan ilmu fizik. Bagi pelajar aeroangkasa mungkin boleh menjelaskan dengan lebih berfakta serta ilmu yang telah dipelajari.

Menarik? Bukan! pelbagai ilmu dapat dipelajari dalam sekadar mengejar belon kaji cuaca ini. Jadi, marilah mencuba keseronokkan mengejar belon ini. Jika ada peluang ingin merakam saat-saat belon mendarat ke bumi pula.

Setelah melakukan kerja-kerja perekodan. Kembali semula ke kereta. Memaklumkan dan menunjukkan belon dan peranti yang telah dijumpai. Berlalu dengan mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada tuan rumah tersebut.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...