Credit 9W2OCX |
Pagi ini Arul 9W2OCX ajak eyeball di Puchong Utama. Ini disebabkan Arul 9W2OCX ingin memberi tracker LoRa yang telah ditempah dari seorang rakan ham juga. Stesen 9W2DYA-6 tracker LoRa yang menggunakan board jenama Heltec wireless stick lite 433 - 510 frekuensi yang ada.
Credit 9W2OCX |
Stesen 9W2DYA-6 casing biru oren manakala Arul punya casing oren hijau. Sebelahnya casing hijau tersebut meshtastic kepunyaan Arul 9W2OCX. Igate dari base Arul 9W2OCX berjaya menerma isyarat tracker-tracker di atas meja tersebut.
Menguji pancar dari kedai mamak ke base station Arul 9W2OCX berjlan lancar. Packet terus berjaya dihantar kurang dari 1.5km. Setelah menguji pancar packet, Arul 9W2OCX mengajak singgah ke base station beliau yang tidak jauh dari situ.
Kemudian mengikut Arul 9W2OCX membonceng motorsikal dari belakang hingga ke base beliau. Menghampiri terlihat antena dipole 750V bersama antena vertical di tengahnya.
Segak bergaya antena terpacak di base beliau melambangkan seorang pengendali radio amatur yang aktif. Salah satu cara untuk mengenali atau mengesan pengendali radio amatur adalah melihat antena di atas bumbung rumah. Sudah pastilah peminat tegar seperti ini mudah dikenali dengan mengetahui antena lain daripada lain di kawasan kejiranan tersebut.
Manakala, di bahagian belakang juga terdapat sebatang lagi antena vertical. Pasti tidak dapat dilihat dari bahagian hadapan tadi. Arul 9W2OCX mengajak ke belakang melihat antena tersebut. Bersebelahan deretan base beliau terdapat kawasan lapang taman permainan. Menurut beliau lagi sering menguji radio HF QRP di kawasan taman tersebut.
Menguji kepelbagaian antena yang sesuai bagi menerima isyarat dengan berkuasa rendah pastilah mencabar daya kreativiti dan ilmu pengetahuan yang ada. Kawasan lapang yang sesuai untuk menguji pelbagai antena yang memerlukan kawasan yang agak luas disamping dapat mengelakkan gangguan frekuensi disekeliling. Kehidupan moden kini, banyak peralatan sangat mengganggu penerimaan frekuensi.
Plat sistem grounding base Arul 9W2OCX sangat penting bagi tujuan keselamatan rumah tersebut dan perkakasan yang bernilai ribuan ringgit juga.
Puas melihat antena Arul 9W2OCX menjenguk ke dalam melihat radio shacknya. Sangkaan penulis radio shacknya berada jauh ke dalam bilik. Rupanya tepi pintu sahaja. Sangat dekat betul! Tak perlu nak masuk sangat masuk ke dalam rumah.
Rak yang dipenuhi kepelbagaian perkakasan radio yang dimiliki Arul 9W2OCX. Pelbagai set radio HF dan VHF serta power supply. Tidak terlepas di bahagian atas sekali deretan hand held.
Set radio bersama pelekat isyarat panggilan tuan rumah. Dinding berlatar belakang pula peta dunia untuk radio amatur. Setiap negara mempunyai isyarat panggilan yang berbeza.
Betapa besar peta dunia radio amatur menjadi panduan stesen yang berjaya dihubungi boleh rujuk peta tersebut. Penguntukan radas turut dipamerkan sebagai bukti pengendali radio yang berkelayakan. Lesen ini bukti seorang pengendali radio sangat kompeten mengendalikan radio tersebut.
Set radio HF berkuasa rendah turut menjadi koleksi Arul 9W2OCX. Belakang yang dalam kotak dikenali sebagai balun bagi mengurangkan bunyi noise ketika mengoperasikan radio.
Satu lagi peranti yang digunakan untuk APRS. Arul 9W2OCX mengaktifkan beberapa stesen APRS bagi kegunaan stesen lain di persekitaran Puchong.
Akhir sekali peranti meshtastic diletakkan di luar porch sahaja. Hasil singgah ini dapat bermanfaat mengetahui bagaimana set radio dan antena di pasang. Terima kasih daun keladi kepada Arul 9W2OCX atas kesudian mempelawa melawat base station serta radio shacknya.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment