Jatuh Serambi rumah


 Sehari sebelum cuti Deepavali sempat mencari beberapa belon yang belum dicari lagi. Ada masa kelapangan ini diambil untuk mencari belon yang sudah jatuh beberapa hari sebelum. Belum cuba belum tahu. Kadang boleh jumpa dan kadang lesap atau kadang sudah rosak. Semua kebarangkalian wujud. Apa yang penting usaha sampai ke lokasi mencari memberi seribu satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Jumpa adalah bonus, sebaliknya gagal dapat pengalaman baru untuk misi masa hadapan pula.


Amalan pemburu belon mencari yang baru mendarat terlebih dahulu. Radiosonde masih lagi aktif memberi keyakinan bahawa telah jatuh di lokasi tersebut. Isyarat masih aktif memberi harapan yang sangat tinggi untuk ditemui. Belon KLIA pagi itu telah jatuh di Salak. Merujuk kepada tangkap layar di atas telah jatuh di kawasan perumahan.


Radiosonde 2405015172 telah jatuh bertarikh 30 Oktober 2024 jam 9:26 pagi. Koordinat 2.79057 darjah Utara dan 101.75003 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 154m dan ketinggian maksimum 23,667m.


Aksi cucu kepada tuan rumah sedang memenag peranti radiosonde yang segar dari ladang. Tuan rumah telah naik ke atas semula dan menyemak dan memeriksa disekitar serambi tingkat atas rumah tersebut. Ternyata peranti tersangkut masuk ke serambi. Belon jatuh di tepi rumah tersebut.


Tuan rumah bersam cucu memegang peranti yang jatuh di rumahnya pagi itu. Ketika kami bertanya tentang belon. Tuan rumah mengakui terdapat belon telah jatuh. Sangkaan beliau belon budak-budak main masuk ke kawasan rumahnya. Kehadiran kami telah menjawab segala persoalan dalam pemikiran beliau.


Merakam nombor siri radiosonde yang masuk ke dalam rumah. Kemudian menyerahkan kepada tuan rumah untuk disimpan sebagai kenangan. Bukan mudah belon hendak jatuh di halaman rumah sendiri. Jarak titik akhir ke belon adalah 44.8m. Tidak dapat ukur dari peranti kerana berada di atas serambi rumah tingkat satu.


Misi kedua kami bergerak ke Batu 10, Labu. Belon KLIA radiosonde 2405015189 jatuh pada malam tadi bertarikh 29 Oktober 2024. Koordinat 2.75902 darjah Utara dan 101.75003 darjah Timur.


Bergerak dari Salak menghala ke Nilai kemudian belok ke kanan arah  ke Labu. Mengahmpiri stesen Komuter terus melalui satu lorong ke tempat kejadian. Terpkasa mencari parkir selamat kerana laluan tersebut menghubungi kawasan perkuburan hindu. Kemudian bergerak ke titik akhir. Berjalan terus ikut arah belon jatuh menghampiri kubur hindu. Terlihat benang bermakna belon telah dijumpai.
Jarak 87.6m merupakan jarak titik akhir ke peranti yang dijumpai. Altitud ketinggian akhir 281m dan altitud ketinggian maksimum 28,852m.

Radiosonde 2405015189 dalam genggaman ditemui dalam ladang kelapa sawit di Batu 10, Labu berdekatan kubur hindu.


Belon ditemui jatuh timbunan pelepah kering. Jatuh di tepi laluan sawit memudahkan pencarian.


Ladang kelapa sawit yang agak kemas turut menjadi faktor kejayaan misi kali ini. Lagipun mudah akses dengan jalan utama memudahkan kesampaian.

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...