Jatuh tepi Lebuhraya KLIA


 Belon KLIA pagi tadi radiosonde 2405012528 telah jatuh di Lebuhraya Elite menghala ke KLIA. Zahrin 9W2MDZ berjaya menemuinya pagi tadi juga.

Credit 9W2MDZ

Laluan Zahrin 9W2MDZ mengambil masa 15 minit dari tempat ia bermula. Menggunakan google map sangat mudah. Hanya perlu masukkan koordinat dan tekan cari. Pastilah google map akan menunjukkan arah tersebut dengan baik.

Credit 9W2MDZ

Peranti radiosonde 2405012528 jatuh tepi jalan atas rumput nampaknya. Kelihatan benang bergulung-gulung.

Credit 9W2MDZ
Benang tersangkut pada pokok hiasan tepi lebuhraya. Hadapan kelihatan belon.

Credit 9W2MDZ
Tanda A 5.7 km arah ke KLIA. Set belon KLIA lengkap di tepi penanda jarak A 5.7 km.

Credit 9W2MDZ

Radiosonde 2405012528 berjaya dalam genggaman Zahrin 9W2MDZ berjaya jumpa selepas bersarapan.

Credit 9W2MDZ

Jarak 7m dari titik akhir ke peranti yang dijumpai. Sangat rapat menggambarkan belon berpusing-pusing tepat jatuh titik akhir altitud ketinggian 181m. Tahniah sekali lagi kepada Zahrin 9W2MDZ atas kejayaan menjumpai belon tepi lebuhraya ini.

Jumpa dan jumpa lagi,
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...