Menjejak radiosonde

 Petang tadi lepas jogging mendapat mesej di messenger dari Cikgu Zak 9M2ZAK. Beliau mengajak memantau aktiviti menjejak radiosonde di APRS. Beliau telah setup satu stesen aprs untuk aktiviti Radiosonde iaitu 9M2ZAK-4.

Radiosonde yang digunakan pada belon kaji cuaca atau istilah sekarangnya meteorologi. Tracker radiosonde boleh dipantau melalui aprs disamping  laman web SondeHub tracker.

Menjadi kegilaanku untuk memantau aktiviti belon di aprs. Lebih-lebih lagi Cikgu Zak 9M2ZAK dan Abg Hamid 9M2TPT telah mengaktifkan stesen radiosonde semakin rancak selepas ini.



9M2ZAK akan mengaktifkan radiosonde di selatan tanahair, manakala 9M2TPT di bahagian tengah Semenanjung. Bermula jam 7.30 malam tadi, belon dari Paya Lebar telah berlepas menggunakan IMS8AF888. Belon dari Singapura ini berlegar di pulau itu sebelum menyeberang tambak ke daerah Kukup. 

Ketika ini , kami berkongsi maklumat di mesengger tentang pergerakan belon tersebut. Setengah jam kemudian, Cikgu Zak 9M2ZAK memaklumkan belon dari KLIA turut dilepaskan. Nampaknya ketika itu, Abg Hamid 9M2TPT belum mengaktifkan stesen radiosondenya di Sungai Buloh. Maka Cikgu Zak memantau di SondeHub tracker.

Akupun turut memantau pergerakan belon dar i KLIA melalui SondeHub tracker juga. Dua belon dipantau serentak bagi mengikuti perkembangannya. Belon dari Paya lebar menggunakan jenis MEISEI, manakala belon dari KLIA menggunakan jenis DFM17.


Tanpa disedari juga belon dari KLIA telah aktif di aprs apabila Cikgu Zak 9M2ZAK memaklumkan apabila melihat di aprs.fi. Leka di SondeHub tracker hingga lupa Abg Hamid telah mengaktifkan stesen radiosondenya 9M4GPT.


Belon dari KLIA menggunakan D20052981 di aprs manakala di SondeHub menggunakan DFM17 20052981. Kedua belon berakhir di dalam laut Selat Melaka. Tenggelam ke dasar laut pada malam hari ini. Altitud tertinggi direkodkan adalah 30733m sebelum blast terus ke permukaan laut.

Menurut Cikgu Zak 9M2ZAK lagi, belon dari Paya lebar tidak dapat dikesan di SondeHub. Maka altitud paling tinggi dicapai tidak dapat dikongsikan di sini. Jam 9.30 malam aktiviti kedua belon radiosonde inipun berakhir.

Cikgu Zak 9M2ZAK berkongsi maklumat radas yang digunakan untuk aktiviti radiosonde ini seperti raspi 4, SDR dongle dan FM broadcast filter. Antena discone telah digunakan untuk isyarat dari radiosonde di udara.

Bagi yang berminat tentang radiosonde ini bolehlah mempelajarinya dari Cikgu Zak 9M2ZAK. Aku bab teknikal ini memang tidak pandai. Hanya berminat dengan aktiviti menjejak di aprs sahaja.

Terima kasih kepada Cikgu Zak 9M2ZAK atas perkongsian aktiviti menjejak radiosonde ini. Sudah ada dua stesen yang aktif radiosonde. Maka setiap hari bolehlah tengok belon di aprs. Salah satu cabang aktiviti radio amatur meneroka langit yang luas.

Jam 11:45 malam kelihatan stesen 9V1UP-11 di Singapura. Rakan ham Singapura sedang menguji pancar isyarat bagi projek High Altitude ballon mereka. Tidak pasti tarikh pelancaran belon akan diadakan. Jikalau naik ke utara arah Semenanjung banyaklah stesen aprs bagi mendapatkan packet. Pemburu satelit pasti bersedia dengan senjata memburu packet daripada 9V1UP-11.




73, Jojet de 9w2dya







No comments:

Post a Comment

Misi Mencari Radiosonde di Banting

  Semalam lima misi mencari radiosonde dilancarkan lagi di Banting. Misi berdua bersama Hanif 9W2VHF. Kali ini berjumpa jam 10 pagi di Jalan...