Belon Bayan lepas objek aprs D20054462 ltitud ketinggian 7214m jam 7:51 pagi. Penerimaan isyarat dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.
Tiga belon yang aktif pada pagi ini. Bertugas mendapatkan data-data untuk meteorologi. Penerimaan isyarat daripada belon KLIA di frekuensi 401.111MHz sangat baik dari Bangi.
Pagi ini aktifkan 9W2DYA_chase untuk mengejar belon. Malangnya belon masuk ke laut diakhir penerbangannya. Tunggu boleh merentasi negeri bolehlah cuba kejar belon Kuantan.
Satu lagi stesen radiosonde telah dapat dikesan pada pagi ini. Stesen 9W2DCW-14 berkemampuan untuk menerima isyarat radiosonde di selatan tanahair.
Jam 8:45 pagi belon Bayan lepas telah blast pada altitud ketinggian 28081m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 1389m.
Jam 9:06 pagi belon KLIA turut blast pada altitud ketinggian 29041m. Jam 9:19 pagi isyarat terus hilang altitud 3620m.
Jam 9:22 pagi barulah belon Changi pula blast pada altitud ketinggian 35867m.
Belon KLIA malam ini muncul sebagai objek aprs D20054213. Jam 8:42 malam altitud ketinggian 22326m. Acah-acah nak patah balik ke pantai. Namun berakhir di dalam laut jua. Altitud ketinggian maksimum 24935m dan minimum 459m. Paling rendah sejak dipantau isyarat berjaya diperolehi dari Sungai Buloh 9M4GPT.
Belon Bayan Lepas objek aprs D20054508 isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14. Jam 8:42 juga altitud ketinggian 25272m. Altitud ketinggian maksimum 26977m dan minimum 2354m isyarat di terima dari Sungai Petani, Kedah.
Belon yang sukar dicapai isyaratnya dari Sungai Buloh adalah belon Kuantan. Objek aprs D20055043 muncul jam 9:35 malam. Altitud ketinggian ketika itu 20467m. Baru beberapa minit blast selepas kemunculannnya pada kebiasaan. Altitud ketinggian maksimum 21393m.
Memantau di frekuensi 402.011MHz selepas belon KLIA hilang isyarat jam 9:24 malam. Kemunculan di Bandar Jengka merupakan kali kedua sejak pemantaun dilakukan. Jangkaan mendarat pada malam ini di jalan Temerloh - Jerantut antara Kg Masjid dan Kg Seboi. Mudah sangat mendarat di kawasan penempatan dan dekat dengan jalan utama. Rakan ham Jengka boleh memburu peranti radiosonde dengan aktivti fox hunt.
Jam 9:43 malam isyarat mula terputus-putus pada altitud ketinggian 15798m. Sehingga jam 9:55 malam terputus terus dan senyap altitud ketinggian 9900m isyarat terakhir yang dapat diterima dari Sungai Buloh 9M4GPT dan corong radioku juga.
Malam ini juga kelihatan satu stesen radiosonde di Perlis. Stesen tersebuat adalah 9W2ATR-11. Kemunculan belon dari negara HS9 pula untuk hari-hari seterusnya. Mungkin Hatyai ada melepaskan belon tunggu sahaja kemunculannya.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment