Radiosonde D20054549


Pagi ini seperti yang dijangkakan, belon Bayan lepas dapat dipantau di aprs. Stesen radiosonde 9M2NAL-4 telah diaktifkan. Belon Bayan lepas objek aprs D20054549. Altitud ketinggian maksimum adalah 27153m. Kedudukan terakhir belon Bayan lepas altitud ketinggian 2013m.

Belon KLIA pagi ini DFM17 20054254 mencapai altitud ketinggian adalah 30731m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 11141m melepasi sempadan maritim sebelah Indonesia. 

Belon Changi IMS100 9108258 mencapai altitud ketinggian 34070m. Masih lagi aktif jam 10:02 pagi dengan altitud ketinggian 13042m. Jangkaan mendarat di Pulau Rangsang, Indonesia. Nampaknya belon ini akan menyeberangi Selat Melaka.

Jam 10:15 pagi, belon Changi semakin menghampiri ruang udara Pulau Rangsang. Altitud ketinggian 9196m.

Pada sebelah malam pula, seperti biasa monitor di frekuensi 401.111MHz. Seawal 7:35 malam telah mendapat isyarat dari belon KLIA menggunakan kod DFM17 20054522. Tiada di aprs pada malam ini juga.

Belon Bayan lepas aprs objek D20054502 dipantau oleh 9M2NAL. Esok kemungkinan satu lagi stesen radiosonde akan diaktifkan iaitu 9W2EYR-14 di Sungai Petani. Kini terdapat dua stesen radiosonde di kawasan utara. Jam 8:37 malam telah blast altitud ketinggian maksimum 24425m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 2347m isyarat yang dapat diterima dari 9M2NAL.

Belon Changi IMS100 9108257 kebiasaannya dilepaskan lebih awal sebelum 7:35 malam lagi. Jam 8:41malam telah blast pada altitud ketinggian maksimum 37413m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 3993m yang dapat diterima isyarat dari 9M2ZAK.

Belon KLIA blast jam 9:16 malam altitud ketinggian maksimum 30801m. Kedudukan terakhir menerima isyarat ke 9M2TPT altitud ketinggian 861m. Jam 9:28 malam telah kehilangan isyarat pada altitud ketinggian 4899m dari Bangi.

Kemudian QSY frekuensi 402.011MHz belon Kuantan tetapi negative copy. Mungkin belon Kuantan tidak menjangkau isyarat ke Sungai Buloh kerana berada lebih dekat dengan Kuantan.

73, Jojet de 9w2dya 



 

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...