Seawal jam 7:35 pagi belon Changi telah dilepaskan objek aprs IMS8AF88F dikesan ketinggian 746m oleh 9W2GEE. Ketika ini juga frekuensi 401.111MHz telah diaktifkan bagi belon KLIA. Pada altitud ketinggian 3322m barulah muncul objek aprs D20051096.
Pagi ini barulah nampak belon datang dari arah KLIA. Penerimaan isyarat pagi ini sangat baik dan mantap readability 5/9. Rakan ham boleh cuba monitor frekuensi 401.111MHz.
Belon Changi pagi ini dikesan oleh dua stesen iaitu 9M2ZAK-4 dan 9W2GEE. Dua ground stesen yang mempunyai kemampuan untuk menerima isyarat Radiosonde. Kedua stesen ini saling bertukar-tukar giliran bagi menerima isyarat frekuensi 409.900MHz dari Changi, Singapura. Stesen 9M2NAL turut mempunyai kemampuan untuk menerima isyarat Radiosonde. Ada harapan untuk melihat belon Bayan lepas, Pulau Pinang pula selepas ini.
Wujud 4 ground station menerima isyarat Radiosonde iaitu 9M2ZAK-4 di Kulai, 9W2GEE di Johor Bahru, 9M4GPT di Sungai Buloh dan 9M2NAL di Simpang Ampat.
Jam 8:36 pagi belon KLIA bertukar arah ke timur di ruang udara Tanjung 12 Banting. Altitud ketinggian 19225m. Jam 8:54 melepasi pantai dan berada di ruang udara peraiaran Morib. Altitud ketinggian 25080m dan seperti biasa ada gangguan penerimaan isyarat. Mungkin melawan rintangan angin di permukaan laut yang berawan.
Jam 8:58 pagi belon Changi menyeberangi Selat Johor. Altitud ketinggian 26894m berhampiran Tanjung Piai.
Jam 9:08 pagi belon KLIA telah blast pada altitud ketinggian 29358m. Boleh kedengaran seolah bunyi angin beralun-alun pada penerimaan isyarat yang stabil. Beberapa minit kemudian tiada kedengaran bunyi latar belakang tersebut. Pertama kali memantau mungkin anda tidak perasan perbezaan bunyi tersebut. Setelah berkali-kali memantau dan mahir pasti sudah tahu belon telah kempis ketika itu. Kedudukan payung terjun stabil membawa peranti radiosonde turun dengan selamat. Malangnya ke laut jua akan pergi.
Jam 9:25 pagi isyarat terus putus pada altitud ketinggian 4378m. Belon Changi blast pada altitud ketinggian 35594m pagi ini. Kedudukan terakhir belon KLIA jam 9:28 pagi dengan altitud ketinggian 860m.
Sebelah malam pula, aktiviti menjejak radiosonde bertambah dengan kewujudan satu lagi belon. Penampilan belon Bayan Lepas DFM1720054379. Ground station 9M2NAL di Simpang Ampat telah diaktifkan pada sebelah malam ini.
Hala ke sebelah barat, bermaksud berakhir ke dalam laut juga di Selat Melaka. Altitud ketinggian paling maksimum adalah 25433m. Isyarat terakhir sehingga altitud ketinggian 5255m melepasi garisan maritim antarabangsa. Belon ini masih belum dapat dipantau di aprs. Hanya dapat dipantau di SondeHub Tracker.
Belon Changi objek aprs IMS8AF88E malam ini terbang sehingga altitud ketinggian 35514m. Kedudukan terakhir pada altitud ketinggian 11105m. Jarak agak jauh perairan Kukup yang kebiasaan berhampiran Pulau Karimun sahaja.
Belon KLIA objek aprs D20054323 mencapai altitud ketinggian maksimum 29865m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 930m. Malam ini belon KLIA acah-acah akan mendarat ke daratan. Ada buat pusingan ke daratan selepas melepasi pantai. Akhirnya tetap terjun ke laut juga.
Hand held yang digunakan untuk memantau frekuensi 401.111MHz di portable station di Cheras malam ini. Terima readabilty 5/9 sejak belon KLIA terbang ke udara jam 7:35 malam.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment