Radiosonde D20055024


 Belon Kuantan objek aprs D20055024 berjaya terbang hingga ke Jerantut. Pada jam 9:42 pagi altitud ketinggian 11086m. Jangkaan jatuh di kawasan hutan dekat Jerantut. Kali pertama lihat terbang ke Jerantut. Sekitar kawasan yang sama tapi mengarah ke utara. Dua kali di Jengka, sekali di Maran dan sekali di Lanchang sejak memantau belon ini.


Belon Changi objek aprs IMS8AFA58 altitud ketinggian 8756m jam 10:29 pagi. Pagi ini terbang ke laut. Dua belon lagi iaitu KLIA dan Bayan Lepas tidak sempat screenshot sibuk pagi ini ada PdPR.


Belon KLIA objek aprs D20054033 altitud ketinggian 4495m pada jam 7:45 malam. Seawal 7:35 malam seperti biasa menerima isyarat 401.111MHz dari Bangi.


Belon Bayan Lepas objek aprs altitud ketinggian 5336m pada jam 7:46 malam. Masih menerima isyarat dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani, Kedah.


Belon Changi objek aprs IMS8AFA59 altitud ketinggian 19899m mendahului belon yang lain pada jam 7:47 malam. 

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Minggu kedua Belon Gemas

  Masuk minggu kedua belon Gemas muncul lagi. Hari selasa hari ini kelibatnya telah dapat dikesan oleh feeder radiosonde siap siaga 24 jam m...