Radiosonde D20054851

Aktiviti memantau radiosonde sebelah pagi tadi tidak dapat dijalankan kerana bermobile. Portable di Cheras malam tadi. Masih dapat menerima isyarat belon KLIA dengan baik. Tetapi bateri habis di tengah perjalanan.

Memantau sebelah malam, bermula 7:40 malam menerima isyarat radio KLIA DFM17 20052325. Aprs juga tidak muncul selepas 10 minit selepas itu. Hanya dapat memantau di SondeHub Tracker.

Malam ini juga sibuk dengan beberapa tugasan. Namun sempat mengintai di sondehub dan monitor di corong radio. Ketinggian maksimum belon KLIA pada malam ini adalah 20119m.

Jam 9:33 malam pada altitud ketinggian isyarat mula hilang. Tetapi beberapa minit muncul kembali. Begitu suasananya selepas beberapa minit hingga jam 9:42 terus lesap tanpa dikesan. Ketika itu Altitud ketinggian 6125m. Kedudukan terakhir belon KLIA pada altitud ketinggian 1445m.

Hilang sahaja isyarat terus QSY 402.011MHz belon Kuantan. Rupanya isyarat diterima dengan baik sekali. Terus monitor di ccorong radio DFM17 20054851. Aprs juga tidak dapat dipantau. 

Selepas beberapa minit, isyarat turut terganggu sehingga jam 9:51 malam kembali normal. Jam 10:01 malam belon Kuantan blast pada altitud ketinggian 19238m. Jam 10:06 malam barulah belon kuantan muncul pada skrin sondehub altitud ketinggian 17935m.

Kemunculan berdekatan dengan Tol Lanchang. Jangkaan mendarat adalah di Kg Hulu Tedung. Pada altitud ketinggian 9136m isyarat mula terputus-putus. Jam 10:14 malam berada di ruang udara Kg Teris.

Kedudukan terakhir belon Kuantan pada altitud ketinggian 5473m jam 10:18 malam. Nampaknya malam ini penerbangan belon Kuantan berjaya sampai ke Lanchang. Malam sebelum itu mendarat di Jengka.

Belon Bayan lepas DFM17 20054851 turut tidak dapat dipantau aprs. Malam ini telah muncul stesen 9M2NAL-4. Kebarangkali esok boleh dipantau belon Bayan lepas di aprs. Altitud ketinggian maksimum yang dicapai adalah 25746m.

Belon Changi IMS100 9107600 altitud ketinggian maksimum yang telah dicapai adalah 35055m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 7793m.

73, Jojet de 9w2dya







No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...