Seawal jam 7:34 pagi isyarat dari objek aprs D20052981 telah diterima dari corong radioku. Terima terputus-putus sebelum penerimaan yang sangat jelas dan nyata pada jam 7:37 pagi.
Sehingga jam 7:50 pagi barulah muncul di layar monitor Sondehub Tracker dan APRS.FI. Ketika itu, altitud ketinggian 5394m barulah dapat dilihat kemunculannya. Stesen 9M4GPT baru dapat menerima isyarat belon ini dari Sungai Buloh.
Belon dari Paya lebar, Singapura terlebih dahulu muncul di skrin. Objek aprs IMS8AF887 pada pagi ini turut muncul di Sondehub IMS1009107591.
Perbezaan hampir 500m ketinggian antara kedua belon ini yang sedang terbang naik ke udara. Arah pergerakan belon KLIA dan Paya lebar sama ke arah barat. Jangkaan mendarat turut berada di Selat Melaka. Bilalah agaknya mendarat di atas daratan? Operasi memburu peranti radiosonde pasti menjadi sasaran.
Jam 8:26 pagi belon KLIA berada di ruang udara Tanjung 12 Banting kawasan ladang sawit. Altitud ketinggian 16187m. Manakala, belon Paya lebar berada di selatan Singapura dengan altitud ketinggian 19017m.
Sehingga jam 8:44 pagi penerimaan isyarat di frekuensi 401.111MHz readbility 5/9 crystal clear altitud ketinggian 20777m. Hampir sejam 10 minit belon KLIA telah diaktifkan terus naik ke udara.
Jam 8:58 pagi belon KLIA menghampiri Batu Laut menghala ke Selat Melaka. Jangkaan berakhir di laut bertepatan setelah melepasi pantai di Batu Laut. Altitud ketinggian ketika ini adalah 25874m. Terdapat gangguan isyarat ketika memasuki ruang udara Selat Melaka dari Bangi.
Jam 9:18 pagi belon KLIA telah blast pada altitude 31404m. Belon kempis dan payung terjun berfungsi. Boleh kedengaran isyarat seperti bunyi angin yang bergoyang-goyang ketika ini di corong radio. Beberapa minit selepas itu, belon Paya lebar turut blast pada ketinggian 35355m. Kedua-dua belon akan mendarat di lautan Selat Melaka pada pagi ini. Belon KLIA melepasi sempadan maritim ketika ini. Manakala, belon Paya lebar di Selat Johor berdekatan Tanjung Piai.
Jam 9:44 pagi mula terputus-putus isyarat pada altitud 3355m. Kemudian kedengaran sedikit di altitud 3025m jam 9:45 pagi. Hampir 2 jam 10 minit isyarat dapat diterima dari Bangi pagi ini. Bermula jam 7:34 pagi hingga 9:45 pagi.
Kedudukan terakhir belon KLIA jam 9:48 pagi dengan altitud ketinggian 1001m. Belon Paya lebar masih terapung di udara ketika ini berhampiran Pulau Karimun. Altitud ketinggian 4942m.
Belon Paya lebar telah berada di utara Pulau Karimun dekat Selat Melaka. Altitud ketinggian adalah 30899m. Jangkaan mendarat juga di atas laut Selat Melaka.
Malam ini belon dari Kuantan turut aktif. Tak perasan nasib Cikgu Zak 9M2ZAK memberi trafik. Menerima isyarat yang baik juga di frekuensi 402.011MHz di Bangi. Belon Kuantan di Jengka 16 Pahang. Altitud ketinggian 34077m. Jangkaan mendarat di kaki Gunung Jebak Puyuh kawasan Gunung Senyum.
Kedudukan terakhir belon Kuantan objek aprs D20056372 altitud ketinggian direkodkan adalah 7242m. Kali ini betul-betul jatuh atas daratan. Kalau kurang bernasib baik di bawa arus Sungai Pahang. Tetapi lebih baik berbanding belon KLIA dan Paya lebar yang sentiasa terjun laut. Tapi waktu ini tidak boleh merentas negeri. Jadi sukarlah nak mencari peranti radiosonde ini. Harap rakan ham Pahang boleh memburunya.
73 Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment