Radiosonde D20054578

 


Pagi ini, seperti yang dijangka stesen radiosonde 9W2EYR-14 berjaya diaktifkan. Belon Bayan lepas objek aprs D20054578 muncul dengan isyarat dikesan oleh 9W2EYR-14. Rakan di utara boleh cuba QRV frekuensi 400.17MHz untuk mendapatkan isyaratnya.

Pagi ini tidak kelihatan stesen radiosonde 9M2NAL di aprs. Mungkin sudah berpakat dengan 9W2EYR-14 untuk uji pancar radiosonde kali ini. Jam 8:27 belon Bayan Lepas mencapai altitud ketinggian 20804m.

Belon KLIA kod DFM17 20054257 mencpai altitud ketinggian 19123m pada jam 8:33 pagi. Isyarat 401.111MHz diterima baik dari Bangi.

Belon Changi objek aprs IMS8AFB20 berdekatan Pulau Bukom. Altitud ketinggian 20194m. Isyarat dikesan oleh stesen 9M2ZAK-4 di Kulai.

Jam 8:46 pagi belon Bayan lepas telah blast pada altitud ketinggian maksimum 27969m. Lebih tinggi daripada  malam tadi 24425m. Jam 8:54 telah muncul 9W2MSH Chase di sondehub. Stesen ini berada di jeti Pulau Pinang  Ikon kereta berwarna hijau kelihatan di situ.

Jam 9:06 pagi belon KLIA telah blast pada altitud ketinggian maksimum 30563m lebih rendah daripada malam tadi 30778m. Berada di perairan Indonesia Kacamatan Bangko.

Jam 9:21 pagi belon Changi telah blast pada altitud ketinggian maksimum 34901m. Turut lebih rendah berbanding malam tadi altitud ketinggian 37413m. Dapatan dua belon menunjukkan waktu malam lebih tinggi penerbangannya.

Jam 9:29 pagi isyarat belon KLIA mula terputus-putus pada altitud ketinggi 5702m. Hilang terus isyarat selepas jam 9:31 pagi pada latitud ketinggian 4537m. Cuba memantau belon Kuantan di Frekuensi 402.011MHz tetapi tidak kedengaran sebarang bunyi.


Kedudukan terakhir belon Bayan lepas altitud ketinggian 2191m. Tahniah stesen 9W2EYR-14 telah bekerja dengan baik. Merancakkan lagi aktiviti memantau dan menjejak belon radiosonde di Malaysia.

Manakala,  kedudukan terakhir belon KLIA altitud ketinggian 1572m isyarat terakhir dari 9M2TPT di Sungai Buloh.


Jam 7:35 malam seperti biasa telah dapat menerima isyarat belon KLIA frkuensi 401.111MHz. Serentak dengan itu belon Bayan lepas telah muncul kod DFM17 20054340 dan objek aprs D20054340. Dua stesen radiosonde di kawasan utara saling menerima isyarat dari belon ini. Saling berganti antara 9M2NAL-4 dan 9W2EYR-14. Ada satu lagi stesen radiosonde di Pulau Pinang iaitu 9M2WWW-4. Belum nampak kelibat stesen ini lagi.


Jam 7:49 malam berulah belon KLIA muncul dengan kod DFM17 20052439 setelah diaktifkan sejak jam 7:35 malam. Altitud ketinggian 5292m. Belon Changi seperti biasa 6:50 petang telah diaktifkan. 

Jam 7:50 malam tiga belon sedang aktif naik ke ruang angkasa. Adakah belon Kuantan akan muncul pada malam ini? Kita tunggu  dan lihat kemunculannya. Memandangkan WX petang tadi hujan telah turun. Harap cuaca baik pada malam ini. Belon Changi telah blast pada altitud ketinggian 33070m. Pada malam ini dijangka mendarat di Pulau Rangsang, Indonesia menyeberangi Selat Melaka.

Selepas terputus isyarat belon KLIA jam 9:05 malam. Terus QSY frekuensi belon Kuantan. Malam ini ada isyarat kedengaran di frekuensi 402011MHz. Walaupun agak terputus-putus namum masih diterima dengan baik 5/9. Kita tunggu kemunculan di sondehub. Ya betul jam 9:12 malam belon Kuantan telah muncul.

Belon Kuantan kod DFM17 20054964 altitud ketinggian maksimum 17401m. Telah blast sebentar tadi. kini telah menurun. Jangkaan mendarat di Maran.

Jangkaan mendarat dekat Bukit Tinggi, Maran jalan C133. Berhampiran Sungai Maran. Kg Bak Bak di situ mungkin. Jam 9:27 malam isyarat terus terputus pada altitud ketinggian 8180m.
Malam ini isyarat diterima baik memandangkan Maran lebih menghampiri Kuantan. Jadi jaraknya lebih jauh dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh. 

Malam pertama memantau di Jengka, kemudian di Lanchang dan malam ini berjaya di Maran pula.


73, Jojet de 9w2dya



 






No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...