Air Sungai Semenyih naik @ Bangi


 Hujan yang tidak berhenti dari semalam menyebabkan paras air Sungai Semenyih telah naik. Kesan taufan Rai yang telah membadai Filipina turut membawa kesan pada Malaysia. Banyak kawasan dilaporkan telah dinaiki air terutamanya di klang pagi tadi.


Sememangnya hujan tidak berhenti sejak pagi tadi. Setelah berhenti seketika selepas jam 2 petang. Aku keluar untuk urusan di Bangi. Melalui jambatan utama melihat paras air semakin meningkat. Lalu berhenti di tepi jalan untuk ke jambatan kecil.


Sememangnya jambatan kecil ini adalah laluanku berjogging melaluinya dari arah Pangsapuri Seri Mawar. Laluan batu kelikir seperti malalui trailrun memberi intensiti yang agak tinggi. Laluan yang tidak rata disamping lopak air turut memberi cabaran.


Ketika berlari ditepi sungai ini terdapat kebun sayur keladi. Rasanya pasti tenggelam kerana paras air meningkat agak tinggi. Boleh dilihat betapa lebarnya sungai dengan kapasiti isipadu yang melempah-ruah
Serpihan kayu turut hanyut menggambarkan air naik melepasi tebing.


Sisa-sisa kayu boleh dilihat terkumpul ditengah aliran sungai yang deras ini. Pokok-pokok bergoyang-goyang menunjukkan daya tujahan yang kuat ketika melanggarnya. Mungkin juga boleh dihanyutkan apabila akar tidak dapat menahan momentum sungai yang lebih kuat.


Sisa kayu serta sampah yang terapung membentuk pulau mengharungi arus yang kuat hingga ke kuala. Jikalau hujan pada malam ini, turut terkesan base stationku. Taman yang diduduki ini bersebelahan sahaja dengan Sungai Semenyih ini.


Jambatan ini turut digunakan pemancing ketika memancing ikan di atasnya. Oleh kerana jambatan ini bertiang kedengaran dentuman kuat impak dari pelanggaran kayu-kayu yang hanyut.


Air sungai melalui bawah jambatan kecil. Air hampir mencecah jambatan ini. Kayu dan sampah yang hanyut hampir tersekat. Namun daya arus yang lebih kuat memudahkan mengalir melaluinya.


Sampah dan kayu yang dihanyut melanggar jambatan konkrit ini. Air masih belum melimpah ketika ini. Jikalau melimpah pasti akan naik hingga ke tepi jalan. Biasanya ketika melimpah akan memenuhi hingga ke bahu jalan. Kemudian meneruskan pemanduan ke Sekyen 16 BBB.

Kira-kira jam 4.30 petang kembali semula melintasi jambatan ini. Kali ini jambatan kecil telah mencecah air. Air semakin melimpah hampir ke bahu jalan. Hanya memenuhi kawasan rendah sebelah bahu jalan. Burung pucung memenuhi kawasan yang bertakung air ini. Kebiasaannya waktu ini lembu meragut disekitar kawasan. Pasti burung pucung menunggu kemunculan kawanan lembu.


Kali ini memantau dari jambatan Taman Impian Putra. Jambatan utama ini lebih tinggi dan besar. Jauh di hadapan itulah jambatan konkrit kecil telah menyamai aras air Sungai Semenyih.


Arus sungai semakin mengganas menghanyutkan segala benda yang dilaluinya. Banyak kayu hanyut tanpa putus bersilih-ganti. Hujan masih turun ketika ini. Menambahkan lagi isipadu air sungai.


Stesen Kawalan Banjir turut ditenggelami air. Stesen Bangi Lama Sungai Semenyih. SCADA - Telemetri aras air dan curahan hujan. 
Merujuk kepada laman web Publicinfobanjir stesen ini tiada dalam senarai Current Alert jam 22:15. Perasan siang tadi memang ada dalam senarai.


Salah satu radas stesen hampir hilang ditelan arus. Manakala dihadapan adalah jambatan konkrit kecil setara dengan aras sungai. Air sungai turut mencecah daun-daun pokok ditepi sungai. Bukti menunjukkan air sungai melimpah hingga ke tebing.


Pokok seberang sana turut mencecah air. Jambatan ini masih jauh sedikit untuk mencecah paras air. Pembinaannya lebih tinggi berbanding jambatan konkrit yang kecil terus merentangi sungai.


 Kayu-kayu dan sampah terapung hanyut ditengah-tengah sungai. Arus yang kuat pada bahagian tengah sungai.


Air melimpah hingga ke kawasan tebing yang dipenuhi pokok. Pokok yang lebih rendah dan kecil pasti ditenggelmi.


Sejak tinggal disini hampir 10 tahun. Inilah pertama kali melihat air sungai naik begitu tinggi. Sungai menjadi lebar seperti sungai-sungai besar yang lain. Tapi masih belum dapat menandingi sungai-sungai di Sarawak. Dua tahun mengajar di Sibu dapat melihat Sungai Rajang yang sememangnya lebih luas lagi. Sehinggakan kapal dagangpun boleh belayar hingga ke Pelabuhan Sibu.


Kiri dan kanan pokok tebing sungai mencecah air. Namun masih kuat berdiri kerana kekuatan akar yang utuh. Setelah surut pasti ada tanda pada daun pokok.


Air melimpah menghampiri taman. Jika rumput itu hilang, alamatnya air melepasi tamanlah. Habis pokok-pokok ditengelami air.


Benteng yang tinggi menjadi penghalang agar air sungai tidak melimpahi masuk ke taman. Dataran banjir pinggir sungai membantu air memenuhi ruang agar tidak melimpahi ke taman perumahan.


Stesen Kawalan Banjir gambar diambil dari tebing. Berpagar untuk mengelakkan daripada dicerobohi. 


Jambatan Taman Impian Putra belum mencecah air kerana lebih tinggi binaannya. 


Sebahagian kawasan tebing telah digenangi air berdekatan Stesen Kawalan Banjir. 


Aliran air sungai berwarna masuk ke dalam saluran tasik atau kolam banjir. 


Kemudian meluncur laju masuk ke dalam tasik. Kolam banjir dapat mengurangkan kapasiti sungai yang mengalir. Memperlahankan pergerakan aliran sebelum keluar semula ke sungai. 

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Belon Radiosonde D20054270 jatuh di Banting

  Pada malam ini jam 21:08 belon radiosonde D20054270 telah jatuh di Banting. Lokasi merujuk peta google satelit jatuh kawasan hutan. Altitu...