Radiosonde L2324104 Belon Gemas


 Belon Gemas objek aprs L2324104 muncul pada pagi ini. Sekian lama menunggu kemunculannya terbukti dilepaskan dari Gemas bukannya dari Segamat. Belon ozone dikeluarkan oleh Vaisala serta jenis sonde adalah RS92-GP. Frekuensinya yang boleh dipantau adalah 403MHz.


Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai. Altitud ketinggian 12478m. Jangkaan mendarat pagi ini di Lubok China. Berjaya menerima isyarat frekuensi 403Mhz dari Bangi. Berbeza bunyinya berbanding dengan jenis DFM17 yang dilepaskan oleh Jabatan Meteorologi. 


Belon KLIA objek aprs D20050685 altitud ketinggian 19608m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20059173 altitud ketinggian 18952m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA30 altitud ketinggian 23827m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian.


Belon Kuantan objek aprs D20054047 altitud ketinggian 26198m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai.



Satu lagi Belon Gemas turut dilepaskan pagi ini. Objek aprs L2344105 altitud ketinggian 8257m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh. Frekuensi 403.001MHz turut boleh dipantau.


Belon Gemas yang ketiga dilepaskan objek aprs L2343212 altitud ketinggian 13867m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai. Frekuensi 403.000MHz seperti belon pertama. 

Ada tiga belon melakukan penerbangan di sekitar Gemencheh dan Tampin. Pelepasan belon dari Gemas.


Belon ke empat objek aprs L2344186 altitud ketinggian 21988m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Jarang dapat melihat perlumbaan belon seperti ini. Kebiasaan belon terbang solo dari tempat perlepasan masing-masing. Situasi seperti biasanya berlaku pada belon Paya Lebar. Itupun tidak dapat dipantau kerana berlaku awal pagi atau masuk ke waktu subuh.



Isyarat terakhir di terima dari saltmine di Cheras jam 11:38 pagi. Memantau dari Bangi hingga ke Cheras semasa memandu.  Belon ketiga adalah yang terakhir hilang isyarat. Altitud ketinggian 6235m di Rembau. Sebelah petang turut dilaporkan terdapat satu lagi belon Gemas telah dilepaskan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...