Bukit Sapu Tangga 113m, Bukit Tempurung 122m dan Bukit Kajang 134m


 Hari ini berjaya mengesan tiga puncak bukit dalam masa sehari. Puncak tersebut adalah Bukit Sapu Tangga 113m, Bukit Tempurung 122m dan Bukit Kajang 134m. Menggunakan aplikasi peta topo dapat mengenal pasti puncak bukit dengan tepat. Walaupun peta lama, ia dapat membantu menentukan kedudukan sesuatu puncak dengan tepat. Teknologi gps dalam telefon pintar memudahkan menentukan sesuatu kedudukan.


Perjalanan bermula dari base station melalui jalan Enam Kaki. Ingin percubaan jalan Kuala Pajam. Malangnya sehingga di jambatan Sungai Pajam terhenti. Jambatan tidak dapat dilalui kerana kerosakan.


Kerja pembaikan kelihatan masih berlaku. Hanya kenderaan beroda dua sahaja dapat melepasi jambatan ini. 


Air deras Sungai Pajam pagi ini mengalir hingga ke Sungai Semenyih. Terpaksa berpatah balik melalui semula ke jalan Enam Kaki. Keluar ke jalan nombor 1 arah ke Seremban untuk ke Pajam.


Destinasi pertama di Pajam adalah puncak Bukit Sapu Tangga 113m dari aras laut. Memandu hingga ke Flat Seri Pajam yang berhampiran dengan tempat sasaran. Hasil tinjauan perjalanan mungkin agak jauh. Jadi, mencari jarak yang lebih hampir.


Berpatah balik sehingga ke sebuah kolej dan masuk ke kawasan residensi di situ. Jumpa Pondok Pengawal mengatakan hanya kawasan residen. Berpatah semula mencari titik paling hampir.
Memandu di sebelah luar kawasan residen. Meletak kereta di tepi jalan dan setkan koordinat pada applikasi peta topo.


Mulakan pergerakan melalui kawasan residen. Ada dua pekerja sedang membaikpulih lampu jalan. Bertegur sapa menanyakan arah tujuanku. Ada sebuah rumah sahaja di situ. Kawasan ini merupakan tanah lot yang dijual oleh pemaju. Habis keliling kawasan itu masih tidak jumpa jalan masuk ke puncak.


Merujuk semula aplikasi peta topo dan juga aprs. Hasilnya jalan masuk terpaksa menempuh pondok pengawal yang kedua. Ada pengembala dengan sekumpulan lembu meragut di sekitar kawasan. Harus memperlahankan jelopi bagi memberi laluan kepada segerombolan lembu itu.


Tiba di pondok pengawal dua, meminta izin untuk memasuki kawasan sebentar untuk meninjau kawasan ke puncak. Tanpa banyak soal pengawal tersebut melepaskan aku masuk ke kawasan residen. Terus memandu hingga berhampiran Persiaran Dewan 2.


Ada sebuah rumah banglow berhampiran puncak. Set semula peta topo serta merujuk kedudukan stesen 9W2DYA-10. Jam Garmin mode tactical turut diaktifkan bagi mengesahkan altitud. Terpaksa merempuh resam dan melalui tanah rata di kawasan puncak. Berjalan terus ke hadapan dan batu tunggul yang diliputi pokok berada di depan. Terpaksa memanjat sedikit melalui resam dan mendaki kawasan berbatu. 


Melihat sekeliling mengesahkan puncak batu itu merupakan kawasan yang paling tinggi. Rujuk jam garmin altitud ketinggian 91m dari aras laut telah direkodkan. Ketinggian pada topo bagi puncak Bukit Sapu Tangga adalah 113m. Perbezaan 22m adalah tinggi kemungkinan puncak sebenar telah ada kerja-kerja menarah bukit. Tinggal hanya batu tunggul yang keras kekal disitu. Ada juga bukti kawasan puncak bukit berbanding sekelilingnya tanah telah diratakan.


Semakan pada stesen 9W2DYA-10 altitud ketinggian 83m telah berjaya direkodkan. Defisit agak tinggi juga antara dua penggunaan gps di jam dan telefon pintar.


Puncak batu terdapat pokok liar yang berbunga di samping resam. Pemandangan sekeliling turut dapat dilihat bukit-bukau. Ada secebiskan kertas tinggalan rakan FB yang meneroka puncak ini terlebih dahulu. Hasil penerokaan beliau mambawaku ke puncak pada pagi ini.


Selepas puas menikmati pemandangan sekeliling serta kerja-kerja merekod data. Turun semula ke bawah melalui kesan trek  resam. Kawasan bawah adalah tanah rata yang botak dan turut ditumbuhi rumput liar. Merentasnya ke kereta semula menanda kepuasan berjaya mencapai matlamat.


Pemandangan puncak dari bawah kawasan tanah rata. Batu tunggul keras menyelamatkan daripada dirata juga. Jikalau tidak, pasti sukar mencari puncak tertinggi Bukit Sapu Tangga.


Kawasan berumput menghiasi tanah rata merupakan tapak rumah berhampiran Persiaran Dewan 2. Pendakian puncak kedua berada di Beranang. Puncak Bukit Tempurung telah dipelihara dan dijaga menjadi sebuah taman rekreasi di Ecohill 2. Usaha pemaju perumahan yang berjaya mengekalkan kawasan hijau dan tempat bersejarah.


Matlamat kunjungan ke Adventure Park kali ini adalah untuk merekodkan ketinggian puncak pada applikasi peta topo. Rekod yang ketiga berjaya diambil. Semakan pada jam garmin turut mengesahkan ketinggiannya adalah 122m dari aras laut.


Puncak Bukit Tempurung talah dipagar untuk mengelakkan dari di cerobohi. Pihak JUPEM turut menyemak semula ketinggian bukit tertinggi berdekatan dengan sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Usaha pemaju menyediakan kemudahan rekreasi ini sangat baik.


Walaupun waktu menghampiri tengah hari masih terdapat pengunjung beriadah di sini Kawasan tinggalan kebun getah sememangnya mempunyai persekitaran yang redup.


Kawasan berpagar hijau itulah puncak sebenar yang dijaga dengan baik. Persekitaran puncak yang agak lapang memboleh pengunjung melakukan pelbagai aktiviti.


Stesen 9W2DYA-10 merekodkan altitud ketinggian 101m dari aras laut puncak Bukit Tempurung. Turut telah dilabelkan dalam peta google.


Ketinggian maksimum 124m dari aras laut dan ketinggian minimum yang direkodkan adalah 77m dari aras laut. Jarak yang dilalui dari parkir ke puncak 1.11km dalam masa 31:54.8 


Tanda arah ke puncak Bukit Tempurung disediakan laluan bertar. Agak curam juga tetapi masih tetap memberi cabaran kepada pengunjung. Banyak kemudahan riadah disediakan oleh pemaju untuk penduduk sekitar menggunakan dengan berhemah.


Pelan laluan dan kemudahan dipaparkan berhampiran pintu masuk. Banyak papan info disediakan dapat memberi maklumat dan pengetahuan kepada para pengunjung. Destinasi terakhir adalah menawan puncak Bukit Kajang (Bukit Jeloh) 134m dari aras laut. 



Puncak yang dimasuki melalui trek Taman Bukit Mewah. Altitud ketinggian di parkir kereta adalah 101m. Terlihat kesan pijakan kaki di rumput bahu jalan dan terus cuba masuk ke kawasan bukit. Ternyata ada trek yang sering dilalui untuk ke puncak. Kecerunan agak tinggi namun dibantu tanah yang bertangga memudahkan pendakian.


Beberapa minit kemudian sampailah di kawasan puncak. Merupakan ladang getah yang masih di kelilingi pokok-pokok yang tumbuh meliar. Kawasan puncak agak luas dan banyak trek dapat dilihat. Tiba dipuncak mencari titik tertinggi dan disetkan pada aplikasi peta topo itu.

Kemudian ke kawasan pemandangan untuk merakamkan detik kenangan. Terdapat kayu panjang dijadikan bangku. Terdapat bendera Malaysia diikat dan dipacak pada pokok. Pemandangan biasa kawasan riadah oleh penggemar yang cintakan kesihatan.
Banyak trek yang boleh dilalui hingga ke puncak. Paling cepat berkereta pastilah trek Bukit Mewah ini.


Pemandangan sekitar Bandar Kajang dapat dilihat jelas dihadapan mata. Pastikan kawasan ini menjadi tempat wajib apabila tiba disini. 


Aktiviti wajib selepas tiba dipuncak merakamkan bukti dengan nama dan ketinggian setiap bukit menggunakan kertas A4. Boleh dilihat banyak pokok di sekeliling puncak bukit ini.


Ketinggian puncak yang direkodkan oleh jam garmin iaitu 151m dari aras laut. Catatan pada peta topo adalah 134m. Perbezaan ketinggian adalah 17m. Adakah puncak semakin naik ketinggiannya? 


Pemandangan Kuala Lumpur termasuk bangunan tertinggi dapat dilihat dari sini. Bukit sebelah kiri itulah laluan mendaki dari Bukit Mewah.

Berjaya locked ditanda stesen trigonometri peta topo 134. Namun tiada beirut atau besi dijumpai disekitar puncak. Hanya mencari pemukaan yang paling tinggi di puncak adalah dari trek Bukit Mewah. Meronda kawasan sekeliling hingga terjumpa batu sempadan yang baru diselenggara.


Lupa nak tulis tarikh pada playcard di kawasan puncak Bukit Kajang. Catatan pada jam garmin altitud ketinggian maksimum 155m dan altitud minimum 101m.


Batu sempadan yang baru diselenggara berjaya dikesan kawasan puncak. Bersebelahannya terdapat kawasan berpagar milik Air Selangor. Tepi pagar turut ada laluan ke bawah. Banyak laluan naik ke puncak ini. Cuma tidak tahu trek permulaannya dari kawasan mana. Boleh datang lagi untuk mencuba laluan ke bawah dan berpatah balik ke puncak. Selamat Mendaki.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...