Puncak Bukit Bisa 143m merupakan antara puncak dalam senarai untuk ditawan. Puncak bukit berada di IOI Resort. Pada mulanya memandu ke Taman Saujana Hijau. Setelah disemak melalui GPS ternyata puncak ini bukan di situ. Memandu terus ke kawasan IOI Resort untuk mendapat kepastian.
Sampai IOI Resort mencari kawasan paling tinggi. Sebelah Diamond Hill terdapat jalan lama. Terus menyusur hingga titik tertinggi dan parkir kereta di situ. Jalan itu bersebelahan Par 3 Condo. Aktifkan jam garmin untuk mendapat altitud.
Catatan yang direkodkan oleh jam garmin altitud ketinggian 68m. Pusing-pusing melihat kawasan sekitar bagi memastikan puncak sebenar. Ternyata puncak belum ditemui.
Pemandangan kawasan bukit yang lapang pada ketinggian 68m. Luas juga tapak yang agak tinggi juga. Kemudian memandu ke hadapan Hotel Marriot.
Sebalik rumpun pokok adalah padang golf Kelab Palm Garden. Kedengaran pemain memukul bola sangat cukup kuat walaupun tidak dapat nampak.
Kelihatan Hotel Marriot di balik pokok dari kawasan lapang yang dijelajahi. Agak tinggi rumpun pokok, namun puncak sebenar berhadapan Hotel Marriot.
Jalan lama berhadapan Diamond Hill membawa sampai ke kawasan lapang.
Rekod jam garmin altitud ketinggian 79m di kawasan menghadap puncak. Kawasan ini ternyata lebih tinggi berbanding lokasi pertama. Perbezaan ketinggian 11m.
Koordinat hadapan Bukit Bisa 143m latitud 2.968927 darjah Utara, Longtitud 101.706023 darjah Timur. Merujuk peta google satelit puncak telah wujud sebuah rumah banglow yang besar di tengah Diamond Hill.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment