Belon KLIA jatuh di Pulau Carey lagi


 Malam tadi belon KLIA objek D20050676 telah jatuh di Pulau Carey. Dua minggu berturut belon KLIA jatuh ke darat. Minggu lepas sempat mencari di Banting. Tapi kali tidak dapat pergi. Lagipun cuti sekolah lagi seminggu bolehlah meneruskan pencarian lagi.


Jatuh pada latitud 2.83605 darjah Utara dan longtitud 101.38098 darjah Timur. Masih lagi di kawasan ladang kelapa sawit.


Altitud ketinggian maksimum adalah 22396m dan ketinggian minimum adalah 522m. Agak tinggi isyarat terakhir dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh. Kebiasaan dalam lingkungan ketinggian 300m. Kali ini ketinggian 522m.


Merujuk kepada elavation plot, belon mendaki agak mendatar dan menurun tidaklah terlalu curam. Minggu lepas sekitar 19000m burst pada kali ini burst altitud ketinggian 22396m. Jadi altitud ketinggian 19k hingga 22k berpotensi untuk mendarat ke darat.


Pada kali ini juga, titik pendaratan jatuh di bahagian selatan sedikit. Mungkin ladang kelapa sawit milik persendirian berbanding jatuh sebelum ini di ladang syarikat perladangan.


Peta google menunjukkan jatuh dikelilingi mudah akses. Jalan batu laterit atau tanah merah. Jalan bertar pasti mudah mencarinya. Tangkap layar sebegini penting untuk menyemak semula apabila pergi ke tempat kejadian. Membuat perbandingan peta sondehub dan peta google adalah amat penting bagi menentukan sesuatu kedudukan dengan tepat. Ada dua sumber lebih kuat membantu membuat pencarian.


Peta google mode satelit bagi mendapat gambaran yang lebih jelas di muka bumi. Boleh dilihat kawasan jatuhan di ladang kelapa sawit. Sangat mencabar untuk mencari jika kawasannya agak semak. Pemburuan masih diteruskan sehingga mencapai hasrat bagi mendapatkan peranti radiosonde ini.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...