Belon Paya Lebar IMS100 1100541 Jatuh di Penerok


 Belon Paya Lebar IMS10CAFD telah mendarat di Penerok pada malam ini. Mendarat jam 21:23 pada altitud ketinggian terakhir 403m. Altitud ketinggian maksimum pada malam ini adalah 36069m.


Credit 9W2DVZ

Koordinat 1.38274 darjah Utara dan 103.43202 darjah Timur. Titik akhir di Jalan Parit Kongsi, Penerok. 


Jangkaan di kawasan paya namun keajaiban boleh berlaku megikut arah angin pada payung terjun belon ini.

Credit 9M2ZAK

Pemandangan dari jelopi Zak 9M2ZAK bergerak ke Penerok.

Credit 9W2DVZ

Pemandangan daripada jelopi Faizal 9W2DVZ bergerak juga ke Penerok.

Credit 9M2ZAK

Jarak Zak 9M2ZAK dari lokasi ke radiosonde adalah 45.1m

Credit 9W2DCW

Jarak Saiful 9W2DCW dari lokasinya ke radiosonde adalah 54.6m Jam 10.53 malam dua stesen telah bergerak keluar iaitu 9W2DCW-5 dan 9M2ZAK-5 ke jalan besar.

Credit 9M2ZAK

Ternyata pasukan SAR Selatan telah berjaya menemui peranti radiosonde pada malam ini.

Credit 9M2ZAK
Tahniah kepada semua anggota SAR pada malam ini  Zaki 9M2ZAK, Faizal 9W2DVZ dan Saiful 9W2DCW.

Credit 9W2DCW

Sebelum ini, Saiful yang telah tiba awal berjaya mencerap koordinat peranti radiosonde yang telah mendarat. Terbukti isyarat masih aktif seperti di layar radionya.

Credit 9W2DCW

Koordinat yang diperolehi oleh Saiful 9W2DCW 1.38002 darjah Utara dan 103.42890 darjah Timur.



Contoh bunyi radiosonde yang dicerap oleh Saiful 9W2DCW seperti dalam video di atas.

Tahniah Team SAR Selatan berjaya menemui peranti radiosonde pada malam ini. Kerjasama yang padu dan menolong bagi mencapai matlamat memudahkan pencarian.

73, Jojet de 9w2dya

Berjaya mendapat radiosonde pagi dan malam dalam sehari


 Semalam 26 Februari 2022 berjaya mendapat radiosonde pagi dan malam dalam sehari. Tiga misi dilancarkan semalam. Dua daripadanya berjaya membawa pulang peranti radiosonde.


Belon sebelah pagi adalah D20054815 telah mendarat jam 9:26 pagi. Jatuh di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Pulau Carey. Koordinat 2 darjah 50.24' Utara dan 101 darjah 20.84' Timur. Altitud ketinggian terakhir 103m mengikut aprs.


Hanif 9W2VHF telah tiba terlebih awal di Pulau Carey. Beliau berjaya mendapatkan koordinat radiosonde yang telah mendarat dalam ladang kelapa sawit itu. Koordinat yang telah dicerap 2.837330 darjah Utara dan 101.347198 darjah Timur menggunakan rdzTTGOsonde.


Turut tiba awal sambil menunggu ketibaan kami ialah Arul 9W2OCX. Beliau menunggu di tepi jalan Pulau Carey berhampiran tapak pendaratan belon. Beliaupun telah meninjau jalan masuk namun hanya parit yang menjadi halangan. Kemudian kami sampai di simpang masuk muzium disambut Hanif 9W2VHF. Memasukkan koordinat yang telah beliau cerap sebelum bergerak kepada Arul 9W2OCX.


Menurut Hanif 9W2VHF, Abg Jeeli 9W2YBJ turut dalam perjalanan untuk menyertai SAR pagi itu. Namun perjalanannya masih jauh, memandangkan dari base di Batu Laut. Kami terus bergerak kepada Arul 9W2OCX dan berkumpul di jalan masuk berhampiran. Setelah bersiap dengan segala kelengkapan, kamipun berempat Hanif 9W2VHF, Arul 9W2OCX, Nazmi 9M2EDX dan aku bergerak mengikut laluan di dalam ladang sawit. Aku pernah mendapat satu radiosonde pada bulan lepas di kawasan ini.


Arul 9W2OCX rakan dari Utara pertama kali menyertai SAR. Setelah berjaya memuat turun aplikasi GPS waypoint finder serta memasukkan koordinat. Beliau mengetuai pencarian ini hinggalah terhalang oleh parit yang besar. Sudah menghampiri lokasi radiosonde jatuh. Namun kami tidak berjaya menjejaknya walaupun dekat akibat parit yang agak besar itu. Ketika ini radio yang dicabut antena turut mendapat isyarat radiosonde dengan jelas.


Jadi, kami terpaksa bergerak keluar ke arah jalan besar semula. Nasib terjumpa titi yang tenggelam di dalam parit akibat air naik. Namun, titi itu boleh dilalui dan masih kukuh dan utuh. Setelah semua selamat keluar dari ladang. Rupanya Abg Jeeli telahpun tiba di belakang kereta kami. Maka kamipun mengarahkan beliau berpatah balik kerana kami berada dibelakangnya berdekatan jambatan. Setelah ditinjau ada laluan ke tapak pendaratan di sana.


Setelah semua tiba di laluan masuk, barulah kami bergerak bersama-sama mengikut laluan. Arul 9W2OCX berpandukan jarum kompas terus ke radiosonde dengan terpaksa melompat satu parit yang kecil. Jarum kompas bertukar hijau ke biru menunjukkan peranti radionsonde telah berada di depan mata.



Arul 9W2OCX dan Abg Jeeli 9W2YBJ sangat gembira pertemuaan radiosonde yang pertama kali dijumpai bagi mereka berdua. Maka sahlah mereka telah dinugerahkan lesen belon. Bergambar kenangan dan merekod data seperti prosedur biasa. Bergerak dengan hati yang girang Arul 9W2OCX dan Abg Jeeli 9W2YBJ berjaya membawa pulang radiosonde.


Arul 9W2OCX menggulung benang untuk dibawa pulang sambil ditemankan Nazmi 9M2EDX. Radiosonde yang ditemui masih lagi aktif. Ini memudahkan tugasan mencerap mendapat lokasi yang lebih tepat lagi.

Benang yang panjang lebih kurang 60m ini perlulah dikendalikan dengan berhati-hati. Belon tergantung sebelum Arul berjaya mendapatkannya dengan bantuan Hanif 9W2VHF. Sedikit demi sedikit ia turun perlahan-lahan setelah Hanif 9W2VHF menarik-narik benang itu. Semangat kerjasama berkumpulan dapat dilihat bagi mencapai sesuatu objektif.

Credit 9W2VHF

Misi mencari radiosonde D20054815 berjaya pada pagi itu. Bergambar dari kiri Arul 9W2OCX, Nazmi 9M2EDX, Abg Jeeli 9W2YBJ, penulis 9W2DYA dan Hanif 9W2VHF. Wajah kegirangan berjaya menyempurnakan misi. Alhamdulillah rezeki dan kerjasama berpasukan yang mantap.

Credit 9W2VHF

Dua stesen berjaya memperolehi lesen belon. Abg Jeeli mendapat radiosonde D20054838 ditemui di Kg Tali Air pada 22 Februari 2022. Ketika malam itu, beliau berhasrat untuk mencarinya. Namun penulis dan Hanif 9W2VHF terlebih dahulu mendapatkannya. Jadi, pagi itu hasratnya tertunai setelah mengikuti misi SAR ini. Syaratnya mudah sahaja bagi ingin mendapat lesen belon. Turun SAR bersama-sama mencari. Walaupun belon hanyalah satu sahaja, pasti ada rezeki jika kita turun bersama-sama mencarinya.

Credit 9W2VHF

Nazmi 9M2EDX sangat sibuk mengendalikan rdzTTGOsonde untuk mendapat koordinat sebelum misi bermula. Peralatan yang perlu dimiliki oleh setiap pengejar belon. Boleh mengesan koordinat radiosonde dengan syarat isyaratnya masih lagi aktif. Kemudian masukkan koordinat pada aplikasi GPS waypoint finder. Jangan lupa bawa handy sekali serta cabutkan antenanya. Jika mendapat isyarat yang kuat bermaksud radiosonde semakin hampir ditemui.

Credit 9W2VHF

Kemudian tinggal tiga stesen untuk meneruskan misi pada petang itu pula. Turut bersama kami di Restoran Al-Fidha, Taman Langat Murni ialah Sufian 9W2SGJ. Beliau datang memberi sokongan walaupun tidak dapat turut serta mencari semula radiosonde D20039900.


Belon ini jatuh berdekatan Pusat pembungan sampah Tanjung 12. Kawasan ladang kelapa sawit yang tidak diusahakan lagi. Pada hari ia jatuh sebelah malam  isnin 21 Februari 2022. Namun isyarat tidak kedengaran, mungkin peranti telah dimasuki air.


Laluan ke titik akhir radiosonde D20039900 dari simpang kereta diletakkan di rentis tnb. Laluan ini agak bersemak namun masih boleh dilalui. Sebelah kiri merupakan parit yang agak besar dengan warna airnya hitam. Sebelah kiri merupakan hutan tanah gambut, manakala sebelah kanan ladang kelapa sawit yang ditinggalkan.



Jarak 1195m merupakan lokasi dijangka radiosonde ditemui. Aku menjangkakan lebih kurang jarak 75m radiosnde ditemui dari titik akhir. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas bagi altitud ketinggian 234m.


Hanif 9W2VHF tiba setelah menghantar Nazmi 9M2EDX ke lokasi titik akhir radiosonde D20039900. Semasa membonceng kelihatan empat ekor babi berlari ke dalam ladang kelapa sawit ini.


Arah dan jarak dari titik akhir ke kawasan jangkaan radiosonde mendarat. Ada lagi 55.1m untuk mendapatkannya.


Pemandangan jangkaan belon mendarat menghadap hutan tanah gambut. Sukar untuk masuk kerana parit yang luas dan lebar. Lagipun kawasan paya sangat bahaya untuk dimasuki. Tidak nampak kelibat belon mahupun benang yang kemungkinan tersangkut.


Halangan parit dihadapan menyebabkan tidak boleh memasuki kawasan hutan tanah gambut. Cuba meninjau untuk menyeberang tetapi tiada laluan yang sesuai. Maka misi pencarian ditamatkan kerana kawasan pencarian tidak selamat untuk dimasuki.


Pada sebelah malam pula, radiosonde D20054277 telah jatuh jam 21:21 malam. Altitud ketinggian terakhir adalah 51m. Ketinggian yang amat rendah ini memberi peluang yang tinggi untuk mendapatkannya. Ketepatan lokasi jatuhan adalah sangat diyakini berada dekat dengan titik akhir itu.


Koordinat 2 darjah 51.61' Utara dan 101 darjah 20.56' Timur. Manakala, koordinat peranti yang dijumpai adalah 2 darjah 51.6058' Utara dan 101 darjah 20.5521' Timur. Selisih yang sangat kecil dan menjumpai peranti selang sebatang pokok sahaja.


Pada mulanya jarum kompas telahpun bertukar biru manandakan sudah hampir menemuinya. Namun tidak jumpa di baris yang pertama berdekatan jalan. Rezeki malam itu jatuh dilaluan kenderaan. Mudahlah kami akses dan menggunakan lampu jelopi mengarah ke bearing ia jatuh.


Kemudian memeriksa baris kedua barulah Nazmi 9M2EDX dan Arul 9W2OCX tersuluh belon yang berada di parit. Nasib baik perantinya jatuh berdekatan pokok sawit. Patutlah tidak nampak semasa mula mencarinya. Rupanya peranti telah terlindung di balik batang pokok ini.


Peranti senyap dan tiada isyarat diterima pada malam itu. Namun, altitud rendah memudahkan tugas pencarian. Bergambar kenangan bersama peranti di balik sawit yang muda dan rendang.

Credit 9W2VHF

Wajah ceria sebalik lampu dari kiri penulis 9W2DYA, Arul 9W2OCX, memegang radiosonde Nazmi 9M2EDX dan Hanif 9W2VHF.
Credit 9W2VHF
Arul 9W2OCX memegang peranti kali kedua misi berjaya bersama penulis. Pengalaman berharga menyertai misi dalam dua keadaan siang dan malam. Ternyata pengalaman amat berbeza dan mengujakan beliau yang hadir dari kawasan utara.


Pertama kali dalam sejarah berjaya mendapat dua radiosonde mengikut waktu pelepasannya. Sebelah pagi dan malam kali ini jatuh ke darat. Pasti pasukan SAR tanpa disuruh  pergi keluar memburunya.

Credit 9W2OCX

Selepas selesai bergambar kenangan dan mengutip data, kami bergerak ke Jenjarom untuk meraikan kejayaan berganda. Masa ini peranti radiosonde dibedah siasat. Mencari punca isyarat telah mati. Hasilnya papan litar telah basah ketika berada di atmosfera.

Credit 9W2VHF

Mengemaskini maklumat dalam pelbagai laman web berkaitan serta dalam media sosial. Setelah selesai sesuatu misi perlu dilaporkan penemuan setiap radiosonde. Ini penting bagi memaklumkan bahawa radiosonde ini berjaya dijumpai atau tidak. Jika sudah dijumpai tidaklah perlu mencarinya lagi. Namun jika belum, pasti kumpulan lain boleh cuba mencarinya semula. Begitulah caranya yang diharus dilakukan oleh setiap pemburu belon. Perlu memaklumkan setiap penemuan atau kegagalan bagi memudahkan pihak lain.

Credit 9W2OCX

Pada malam itu juga, Arul 9W2OCX telah berbesar hati menyumbangkan setiap seorang vest pemantul cahaya. Sangat bagus dipakai terutamanya misi waktu malam seperti ini. Terima kasih Arul 9W2OCX bagi pembangunan aktiviti radiosonde di Malaysia. Selain itu, beliau menumpangkan pergi sekali menggunakan van. Ini memudahka misi pencarian di kala malam ini.

73, Jojet de 9w2dya

Misi Mencari radiosonde D20039900 Sabtu ini 26/2/2022

 

Kepada yang ingin mengikuti atau mempelajari Radiosonde, sabtu ini boleh bersama sama 9W2DYA dan team untuk mencari :
ID : D20039900
Tarikh : 26/2/2022
Masa. : 11 pagi
Tempat bekumpul : Restoran Al- Fidha Tmn Langat Murni.
Freq standby : 145.5000 (V40)
Belon ini telah jatuh pada 21hb Feb 2022 (Selasa) dan kedudukannya masih belum diketahui berikutan keadaan yang gelap dan signal yang lemah meyyebabkan ia gagal dikesan.
Sabtu ini, jejak ulangan akan dilakukan oleh 9W2DYA bersama team dan menjemput rakan rakan yang berminat mempelajari berkenaan radiosonde turut bersama sama beliau melakukan cubaan kali kedua mencari belon tersebut.
Good Luck Team.
"Kami Tak Ramai, Tapi Kami Ada"
9M4CPY
Biro K9, Hidu, Mencari & Menyelamat.
Putrajaya Amateur Radio COMMUNITY - PARC 2022

9M4USM-11

 


Mendapat perkhabaran bahawa Belon Altitud Tinggi (HAB) 9M4USM-11 akan dilancarkan pada 5 Mac 2022. Pelancaran di Langkap, Perak. Namun tapak pelancaran belum dapat dikenal pasti lagi.


Peluang pemburu belon untuk melihat pelancaran HAB yang jarang diadakan. Selepas itu bolehlah kejar sampai ia mendarat.

Misi Mencari Radiosonde D20054838 Berjaya di Kg Tali Air

Credit 9W2VHF

 Tiga malam berturut-turut belon KLIA mendarat di daratan. Peluang seperti ini tidak harus dilepaskan. Memandang WX lewat petang sangat buruk. Salah satu punca ia cepat jatuh,  kemungkinan cuaca buruk berlaku.


Belon D20054838 jatuh jam 21:26 ketika itu tiba di Dengkil dari Cheras. Menuju ke petronas Olak Lempit untuk menunggu Hanif 9W2VHF bermotorsikal dari Gombak.

Credit 9W2VHF

Sementara menunggu ketibaan Hanif 9W2VHF sempat mencatat koordinat radiosonde D20054838 dan mengkaji peta google kawasan mendarat.


Kali ini ia jatuh selari dengan Jalan Tali Air, Banting. Masih lagi kawasan kebun kelapa sawit di Kg Tali Air. Memasukkan koordinat titik akhir pada aplikasi GPS waypoint finder. Koordinat 2 darjah 45.23' Utara dan 101 darjah 27.54 Timur.


Setelah memasukkan koordinat, jarak 18.6km telah direkodkan ke titik akhir belon. Ini adalah jarak lurus terus ke titik akhir. Jikalau ikut jalan raya pastinya jaraknya lebih daripada itu. Selepas bersedia dengan segala kelengkapan SAR. Memandu terus ke Jalan Tali Air melalui Pekan Banting. Melepasi simpang empat masuk ke jalan Tali Air, Hanif 9W2VHF telah memantau frekuensi 401.110MHz. Isyarat dapat diterima walaupun jarak lebih kurang 2km.


Credit 9W2VHF

Menghampiri titik akhir berhenti di tepi jalan untuk mendapatkan koordinat. Isyarat radiosonde jelas kedengaran dan koordinat yang dicerap 2.753350 Utara dan 101.458817 Timur. Bergerak ke hadapan sedikit di bawah sinaran lampu jalan.


Jarak ke titik akhir dari tepi jalan adalah 180m. Isyarat radiosonde kedengaran jelas dari sini. Selepas berjaya mendapat koordinat radiosonde yang telah jatuh pada altitud 250m. Memasukkan semula koordinat baru pada aplikasi GPS waypoint finder.


Jarak 184m berjaya direkodkan dari tepi jalan kereta diletakkan. Perlu mencari jalan yang sesuai untuk mendapatkan radiosonde. Melepasi dua lorong rumah sebelum masuk melepasi dua rumah. Jalan terus ke belakang antara dua rumah itu sebelum masuk ke dalam kebun sawit.


Masuk kebun sawit yang gelap bertemankan lampu suluh setiap seorang. Melalui sebatang titi parit yang kering. Sempadan antara kebun dan rumah. Ikut anak panah GPS waypoint finder sebagi panduan. Namun, mencari laluan yang selamat agar boleh sampai ke belun. Jarum bertukar hijau dengan jarak 24.6m. Lampu merah radiosonde jelas kelihatan di hadapan sana.

Kemudian mengikut laluan di celah-celah pelepah sawit terus ke peranti radiosonde. Ia berada elok di atas tanah manakala belon berada di atas pelepah kering.


Keadaan peranti radiosonde elok jatuh dilantai tanah. Lampu merah bernyala menunjukkan masih aktif memancarkan isyarat 401.110MHz. Isyarat yang masih aktif memudahkan ia dikesan menggunakan peranti rdzTTGOsonde.


Apabila mencari dengar isyarat yang masih aktif. Sememangnya ia berada di lokasi pencarian. Bertambah semangatlah untuk mencarinya dan begitu disebaliknya. Hilang isyarat pasti agak sukar untuk mencari, tetapi tetap boleh dijumpai juga. Oleh itu, jangan cepat berputus asa dan kecewa. Kita masih boleh mencarinya selagi koordinat masih dalam tangan kita.


Jarum GPS waypoint finder bertukar menjadi warna biru. Ini bermaksud peranti radiosonde telah dijumpai atau berada di situ. Rujuk koordinat di bawah merupakan tempat dimana kita berada sekarang. Manakala koordinat di bahagian atas merupakan dapatan koordinat dari isyarat radiosonde yang diperolehi dari jalan Tali Air. Ada 5.5m jarak koordinat yang dimasukkan tadi. Sangat tepat dan bagus menggunakan aplikasi GPS waypoint finder ini.


Manakala dapatan dari jam Garmin pula, koordinat 2 darjah 45.1992' Utara dan 101 darjah 27.5283' Timur. Sangat penting direkodkan sebagai rujukan pada peta google. Buatlah kajian antara koordinat titik terakhir dengan koordinat yang dijumpai. Pasti kita dapat mengetahui jarak sebenar ia mendarat dari titik akhir itu.


Wajah kepuasan setelah benda yang dicari telah dijumpai. Bergambar dengan peranti radiosonde serta belon oleh Hanif 9W2VHF. Bergambar seperti ini menunjukkan bukti kita berjaya menemuinya.


Penulis turut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama peranti dan belon. Belon tinggal suku saiznya. Pecah di udara membawa jatuh ke tanah jua.


Selepas merekodkan data dan bergambar kenangan. Berpatah balik keluar dari kebun sawit ke jelopi semula. Berjalan dengan berhati-hati ditemani lampu suluh hingga keluar dari kebun sawit itu. Melewati titi terus ke halaman rumah terus keluar ke jalan Tali Air.


Jalan Tali Air disirami lampu jalan. Pastikan jelopi diletakkan di bawah sinaran cahaya lampu jalan. Mudahkan untuk membuat persiapan dengan segala kelengkapan SAR.


Peranti rdzTTGOsonde diapit dengan hasil tangkapan malam itu. Sangat penting dan harus dimiliki oleh setiap Pemburu belon. Ia dapat mengesan koordinat berdasarkan pancaraan isyarat dari peranti radiosonde.

Jikalau tiada peranti rdzTTGOsonde, pastikan handy dibawa setiap kali SAR dijalankan. Buka antena serta kenal pasti arah bunyi itu datang. Semakin kuat bunyi semakin hampirlah dengan peranti radiosonde itu.

Belon kecil hijau telah pecah sepenuhnya. Pasti belon D20045838 jatuh terus ke bumi dengan lebih laju tanpa bantuan belon yang kecil ini. Pertama kali jumpa belon kecil hijau ini pecah sepenuhnya.


Oleh kerana misi SAR kali ini cepat dijumpai. Kami minum di sebuah kedai makan di Kanchong Darat. Hanif 9W2VHF mendapat panggilan daripada Abg Jeeli 9W2YBJ. Menurut Hanif 9W2VHF, Abg Jeeli 9W2YBJ turut berhasrat ingin mencari belon ini. Namun, hasrat terhalang kerana kami telah menjumpainya terlebih dahulu.


Pastilah Abg Jeeli 9W2YBJ akan dipelawa untuk menyertai misi SAR seterusnya. Ini kerana beliau merupakan lokalan Batu Laut. Maka bertambahlah anggota SAR kawasan tengah selepas ini.


Belon D20054838 turut ikut kami lepak di kedai itu. Ini kerana rdzTTGOsonde adalah stesen penerima isyarat bagi radiosonde. Ia turut boleh dipantau melalui aprs. 

73, Jojet de 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...