Misi Mencari Radiosonde di Tanjung 12


 Pada malam tadi belon KLIA D20039900 telah jatuh di Tanjung 12. Koordinat 2 darjah 43.67' Utara dan 101.36.64' Timur. Altitud ketinggian terakhir 234m. Petang semalam WX hujan dan ribut petir di lembah klang dan sekitarnya. Kemungkinan menjadi faktor belon terbang berada di kawasan daratan sahaja.


Jatuh berdekatan kawasan pembuangan sampah Tanjung Dua Belas. Titik terakhir berhampiran jalan sawit menghala ke arah hutan. Terdapat parit di antara kawasan ladang sawit dan hutan.


Objektif utama mesti mencari jalan terdekat untuk sampai ke titik terakhir. Altitud ketinggian adalah 234m. Lebih kurang 75m ke hadapan lagi pasti belon radiosonde boleh dikesan. Namun halangan besar adalah untuk menyeberangi parit. Kajian peta google satelit dapat memberi gambaran sebelum misi mencari dilakukan.


Bearing 195 darjah serta kelajuan angin 6 km/j ketika isyarat terakhir diterima. Anggaran lebih kurang 75m arah bearing 195 kemungkinan belon boleh dijumpai.

Credit 9W2VHF

Sementara menunggu Hanif 9W2VHF tiba dari Gombak. Lepak mengeteh sambil mengkaji laluan pencarian. Setelah tiba, kami berkereta bersama memandangkan destinasi yang ditujui tidak pernah diterokai. Jarak perjalanan dari Restoran Al-Fidha, Taman Langat Murni ke tempat pembuangan sampah lebih kurang 12km.

Credit 9W2VHF

Masuk sahaja ke jalan tempat pembuangan sampah, suasana sunyi dan gelap. Tiada kenderaan yang lalu-lalang pada malam itu. Hanya lampu sinaran jelopiku sahaja menyuluh jalan.


Berpandukan peta google beberapa meter sebelum pintu pagar. Arah titik terakhir telah ditunjukkan namun tiada laluan masuk. Maka kami terus ke pintu pagar yang disinari lampu limpah. Isyarat radiosonde masih tidak dapat didengari dari kawasan ini.


Mendapatkan beberapa maklumat tentang kawasan sekitar dari dua orang yang bertugas menjaga pintu pagar. Maklumat dari orang yang mahir tentang sesuatu kawasan amatlah penting. Gambaran ini penting bagi membuat sesuatu keputusan seterusnya. Berdasarkan maklumat yang diberi. Terdapat satu laluan yang boleh dimasuki untuk ke titik terakhir belon. Laluan menggunakan rentis tnb membawa ke titik akhir melalui laluan sawit.


Hasil maklumat tersebut, kamipun bergerak ke destinasi tersebut. Menggunakan aplikasi GPS waypoint finder bagi mendapatkan arah yang tepat. Laluan dibawah rentis tnb hingga ke simpang laluan sawit. Koordinat simpang sawit 2 darjah 43.7001' Utara dan 101 darjah 37.8745' Timur. Jelopi diletakkan di sini dan terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan isyarat ke titik akhir. Jaraknya dari rentis tnb ini ke titik akhir belon adalah 2.1km.


Setelah bersedia dengan segala kelengkapan SAR, perjalanan mengikut laluan sawit. Hanya motorsikal sahaja boleh melalui kawasan itu. Ini disebabkan laluan masuk telah dipalang. Sebelah laluan merupakan parit yang agak lebar. Hanya bantuan lampu suluh kami menerangkan laluan. Perjalanan terhenti setelah terserempak dengan seekor ular. Hampir 600m sahaja kami berjalan. Koordinatnya 2 darjah 43.6819' Utara dan 101 darjah 37.4289' Timur. Isyarat radiosonde masih tetap tidak kedengaran jua. Kami mengesyaki radiosonde telah dimasuki air seperti kes di Pulau Carey minggu lepas.


Kemudian kami berpatah balik di laluan yang sama pulang semula ke jelopi. Kedengaran bunyi dengung yang kuat semasa berada di rentis tnb itu. Pulang semula ke restoran kerana motorsikal Hanif 9W2VHF diletakkan di situ. Misi ulangan akan diadakan pada hari Sabtu minggu ini 26 Februri 2022. Berkumpul di Restoran Al-Fidha, Taman Langat Murni jam 11 pagi. Rakan-rakan yang berminat boleh turut serta mempelajari teknik mencari belon radiosonde ini.


Sampai diperkarangan restoran Hanif 9W2VHF mengaktifkan semula belon yang berjaya diperolehi malam semalam D20042169. Radiosonde ini telah bertukar frekuensi 400.000MHz. Kemudiaan beberapa minit selepas itu isyaratnya telah hilang. Selepas tekan butang semula ia aktif kembali. Begitulah sesuatu telah berlaku memeningkan kami berdua.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...