Belon KLIA D20043217 Menghampiri Pulau Indah


 Pada malam ini belon radiosonde KLIA D20043217 telah mendarat dikawasan paya Pulau Carey menghadap Pulau Indah. Penerbangan malam ini berlegar di daratan sahaja. Namun, disaat akhir jatuh menghampiri Selat Lumut. Punahlah harapan kami Team SAR untuk melancarkan misi pada malam ini. Kedudukan siap siaga menanti detik mendarat di kawasan yang selamat di daratan.


Koordinat 2 darjah 53.03' Utara dan 101 darjah 17.89' Timur. Altitud ketinggian terakhir 95m manakala ketinggian maksimum 31137m.


Manakal koordinat di sondehub adalah 2.88391 Utara dan 101.29815 Timur. Stesen radiosonde yang menerima isyarat terakhir adalah 9M2TPT. Jatuh pada jam 21:39 malam.


Belon radiosonde ini jatuh dikawasan paya menghampiri Selat lumut. Walaupun ada ban dah mudah akses, tetapi kawasan paya sangat bahaya. Jikalau jatuh di kawasan ladang kelapa sawit, pasti misi mencari dilancarkan pada malam ini.


Pada pagi tadi juga telah muncul belon radiosonde Pekan Baru. Belon IMSF43D5 dengan bernombor IMS100 - 1000405. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-2 di Seri Kembangan. Frekuensi belon Pekan Baru adalah 404.102MHz.

Stesen radiosonde 9W2RUT-2 berjaya mencapai dua belon di Sumatera iaitu Medan dan Pekan Baru.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...