Misi Mencari Radiosonde D20054838 Berjaya di Kg Tali Air

Credit 9W2VHF

 Tiga malam berturut-turut belon KLIA mendarat di daratan. Peluang seperti ini tidak harus dilepaskan. Memandang WX lewat petang sangat buruk. Salah satu punca ia cepat jatuh,  kemungkinan cuaca buruk berlaku.


Belon D20054838 jatuh jam 21:26 ketika itu tiba di Dengkil dari Cheras. Menuju ke petronas Olak Lempit untuk menunggu Hanif 9W2VHF bermotorsikal dari Gombak.

Credit 9W2VHF

Sementara menunggu ketibaan Hanif 9W2VHF sempat mencatat koordinat radiosonde D20054838 dan mengkaji peta google kawasan mendarat.


Kali ini ia jatuh selari dengan Jalan Tali Air, Banting. Masih lagi kawasan kebun kelapa sawit di Kg Tali Air. Memasukkan koordinat titik akhir pada aplikasi GPS waypoint finder. Koordinat 2 darjah 45.23' Utara dan 101 darjah 27.54 Timur.


Setelah memasukkan koordinat, jarak 18.6km telah direkodkan ke titik akhir belon. Ini adalah jarak lurus terus ke titik akhir. Jikalau ikut jalan raya pastinya jaraknya lebih daripada itu. Selepas bersedia dengan segala kelengkapan SAR. Memandu terus ke Jalan Tali Air melalui Pekan Banting. Melepasi simpang empat masuk ke jalan Tali Air, Hanif 9W2VHF telah memantau frekuensi 401.110MHz. Isyarat dapat diterima walaupun jarak lebih kurang 2km.


Credit 9W2VHF

Menghampiri titik akhir berhenti di tepi jalan untuk mendapatkan koordinat. Isyarat radiosonde jelas kedengaran dan koordinat yang dicerap 2.753350 Utara dan 101.458817 Timur. Bergerak ke hadapan sedikit di bawah sinaran lampu jalan.


Jarak ke titik akhir dari tepi jalan adalah 180m. Isyarat radiosonde kedengaran jelas dari sini. Selepas berjaya mendapat koordinat radiosonde yang telah jatuh pada altitud 250m. Memasukkan semula koordinat baru pada aplikasi GPS waypoint finder.


Jarak 184m berjaya direkodkan dari tepi jalan kereta diletakkan. Perlu mencari jalan yang sesuai untuk mendapatkan radiosonde. Melepasi dua lorong rumah sebelum masuk melepasi dua rumah. Jalan terus ke belakang antara dua rumah itu sebelum masuk ke dalam kebun sawit.


Masuk kebun sawit yang gelap bertemankan lampu suluh setiap seorang. Melalui sebatang titi parit yang kering. Sempadan antara kebun dan rumah. Ikut anak panah GPS waypoint finder sebagi panduan. Namun, mencari laluan yang selamat agar boleh sampai ke belun. Jarum bertukar hijau dengan jarak 24.6m. Lampu merah radiosonde jelas kelihatan di hadapan sana.

Kemudian mengikut laluan di celah-celah pelepah sawit terus ke peranti radiosonde. Ia berada elok di atas tanah manakala belon berada di atas pelepah kering.


Keadaan peranti radiosonde elok jatuh dilantai tanah. Lampu merah bernyala menunjukkan masih aktif memancarkan isyarat 401.110MHz. Isyarat yang masih aktif memudahkan ia dikesan menggunakan peranti rdzTTGOsonde.


Apabila mencari dengar isyarat yang masih aktif. Sememangnya ia berada di lokasi pencarian. Bertambah semangatlah untuk mencarinya dan begitu disebaliknya. Hilang isyarat pasti agak sukar untuk mencari, tetapi tetap boleh dijumpai juga. Oleh itu, jangan cepat berputus asa dan kecewa. Kita masih boleh mencarinya selagi koordinat masih dalam tangan kita.


Jarum GPS waypoint finder bertukar menjadi warna biru. Ini bermaksud peranti radiosonde telah dijumpai atau berada di situ. Rujuk koordinat di bawah merupakan tempat dimana kita berada sekarang. Manakala koordinat di bahagian atas merupakan dapatan koordinat dari isyarat radiosonde yang diperolehi dari jalan Tali Air. Ada 5.5m jarak koordinat yang dimasukkan tadi. Sangat tepat dan bagus menggunakan aplikasi GPS waypoint finder ini.


Manakala dapatan dari jam Garmin pula, koordinat 2 darjah 45.1992' Utara dan 101 darjah 27.5283' Timur. Sangat penting direkodkan sebagai rujukan pada peta google. Buatlah kajian antara koordinat titik terakhir dengan koordinat yang dijumpai. Pasti kita dapat mengetahui jarak sebenar ia mendarat dari titik akhir itu.


Wajah kepuasan setelah benda yang dicari telah dijumpai. Bergambar dengan peranti radiosonde serta belon oleh Hanif 9W2VHF. Bergambar seperti ini menunjukkan bukti kita berjaya menemuinya.


Penulis turut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama peranti dan belon. Belon tinggal suku saiznya. Pecah di udara membawa jatuh ke tanah jua.


Selepas merekodkan data dan bergambar kenangan. Berpatah balik keluar dari kebun sawit ke jelopi semula. Berjalan dengan berhati-hati ditemani lampu suluh hingga keluar dari kebun sawit itu. Melewati titi terus ke halaman rumah terus keluar ke jalan Tali Air.


Jalan Tali Air disirami lampu jalan. Pastikan jelopi diletakkan di bawah sinaran cahaya lampu jalan. Mudahkan untuk membuat persiapan dengan segala kelengkapan SAR.


Peranti rdzTTGOsonde diapit dengan hasil tangkapan malam itu. Sangat penting dan harus dimiliki oleh setiap Pemburu belon. Ia dapat mengesan koordinat berdasarkan pancaraan isyarat dari peranti radiosonde.

Jikalau tiada peranti rdzTTGOsonde, pastikan handy dibawa setiap kali SAR dijalankan. Buka antena serta kenal pasti arah bunyi itu datang. Semakin kuat bunyi semakin hampirlah dengan peranti radiosonde itu.

Belon kecil hijau telah pecah sepenuhnya. Pasti belon D20045838 jatuh terus ke bumi dengan lebih laju tanpa bantuan belon yang kecil ini. Pertama kali jumpa belon kecil hijau ini pecah sepenuhnya.


Oleh kerana misi SAR kali ini cepat dijumpai. Kami minum di sebuah kedai makan di Kanchong Darat. Hanif 9W2VHF mendapat panggilan daripada Abg Jeeli 9W2YBJ. Menurut Hanif 9W2VHF, Abg Jeeli 9W2YBJ turut berhasrat ingin mencari belon ini. Namun, hasrat terhalang kerana kami telah menjumpainya terlebih dahulu.


Pastilah Abg Jeeli 9W2YBJ akan dipelawa untuk menyertai misi SAR seterusnya. Ini kerana beliau merupakan lokalan Batu Laut. Maka bertambahlah anggota SAR kawasan tengah selepas ini.


Belon D20054838 turut ikut kami lepak di kedai itu. Ini kerana rdzTTGOsonde adalah stesen penerima isyarat bagi radiosonde. Ia turut boleh dipantau melalui aprs. 

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...