Menurut Hanif 9W2VHF hujan lebat di Gombak. Manakala, di Bangi hujan rintik selepas bergerak ke lokasi kejadian. Hanya kami berdua melancarkan misi pencarian. Selepas melepasi Dengkil, Hanif membuat panggilan dan mencadangkan naik jelopi sekali ke lokasi. Beliau bermotosikal dari Gombak. Oleh kerana lokasi agak jauh dekat Batu Laut maka lebih baik pergi bersama dalam satu kereta sahaja.
Maka, kami bertemu di Petronas Olak Lempit. Selesai urusan peribadi dan Hanif 9W2VHF mengisi tangki motorsikalnya.
Perjalanan ke Kg Batu Untung berhati-hati kerana hujan renyai. Berpandukan peta google yang telah dimasukkan koordinat titik terakhir belon D20042169 perjalanan menjadi mudah. Melepasi Banting terus menggunakan Jalan Tali Air terus ke arah Batu Laut.
Ketika menghampiri lokasi kejadian, Hanif 9W2VHF telah bersedia dengan peralatan SAR. Semua peranti dan radas telah siap siaga.
Tiba di Jalan Kg Batu Untung terus belok ke kiri hingga ke kawasan perumahan. Semakin hampir isyarat radiosonde jelas kedengaran. Kami terpaksa keluar dari kawasan perumahan memandangkan di luar dua ekor anjing telah menyambut kehadiran. Keluar mencari jalan ladang kelapa sawit bersebelahan perumahan itu. Meletak kereta di simpang tiga bersebelahan taman perumahan itu.
Hanif 9W2VHF menggunakan rdzTTGOSonde bagi mendapatkan koordinat. Hasil cerapan koordinatnya 2.694440 Utara dan 101.509171 Timur. Jaraknya dari kereta bawah 30m telah dicatatkan dalam aplikasi GPS waypoint finder.
Semasa ingin bersiap sedia melancarkan operasi pencarian. Kami telah didatangi oleh dua orang penduduk tempatan bermotosikal. Kami memaklumkan tujuan kehadiran pada malam itu. Setelah beredar beberapa minit kemudian datang lagi 4 buah bermotosikal untuk sama-sama mencari radiosonde yang jatuh di kawasan mereka.
Oleh kerana jarak terlalu dekat, radiosonde ditemui dibelakang rumah sahaja dari tempat kereta diletakkan. Jatuh di bawah pokok kelapa di atas tanah. Tali benang tersangkut atas pokok kelapa serta belon jatuh di atas bumbung rumah. Salah seorang daripada mereka cuba menarik benang. Namun, belon tidak dapat ditarik dari atas bumbung itu.
Credit 9W2VHF |
Belon jatuh di bahagian hadapan rumah. Manakala peranti radiosonde di bahagian belakang rumah di bawah pokok kelapa. Meriah pencarian kali ini, ramai turut membantu dan teruja untuk melihat belon kaji cuaca yang kami cari. Setelah bergambar kenangan dan merekodkan koordinat. Semua orang telahpun beredar.
Kejayaan malam tadi disebabkan isyarat radiosonde masih lagi berfungsi memudahkan mendapatkan koordinat menggunakan rdzTTGOSonde. Akses mudah serta mendapat bantuan penduduk setempat.
Hanif 9W2VHF bergambar bersama peranti serta dibelakangnya penduduk setempat berkerumun mencari belon. Sayangnya belon tidak dapat dikeluarkan dari bumbung. Mungkin tersangkut atau jatuh di bahagian depan rumah. Matlamat kami hanya ingin mambawa pulang peranti radiosonde sahaja.
Credit 9W2VHF |
Wajah kepuasan mendapat mencari satu lagi radiosonde. Menunggu belon pecah awal agar jatuh ke bumi. Akhirnya berjaya juga setelah belon pecah pada ketinggian 20000m di kawasan Banting. Kebiasaannya belon akan terus ke arah Selat Melaka dan terkubur di sana.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment