Credit 9W2VHF |
Pada 23 Januri 2022 yang lalu,misi mencari saki baki radiosonde di Pulau Carey dilancarkan bersama Hanif 9W2VHF. Misi mencari enam lagi radiosonde yang belum ditemui disekitar Pulau Carey.
Pemandangan pantai yang indah ini adalah belon radiosonde D20052319 yang jatuh pada 22 Disember 2021 jam 21:58. Ini adalah percubaan yang ketiga berjaya sampai ke titik terakhir pada koordinat 2 darjah 50.83' Utara da 101 darjah 17.52' Timur. Altitud ketinggian terakhir 417m dengan bearing 144 darjah.
Kali pertama mencari adalah sehari selepas jatuh pada malamnya. Berjalan dari Pantai tanjung Rhu mengikut ban hinggalah ke pantai sahaja. Terperangkap dengan pokok nipah. Padahal dalam peta google perlu ke hadapan lagi untuk ke titik terakhir. Mungkin waktu itu terlalu penat hingga lupa sebenarnya boleh sampai ke titik terkahir. Waktu itu banjir menyebabkan jelopi tidak boleh masuk hingga ke rumah pekerja.
Hutan nipah ini menjadi penghalang pada pencarian 23 Disember 2021. Sepatutnya jalan ke hadapan sedikit untuk ke kawasan lapang di belakangnya. Kali kedua pencarian pada 9 Januari bersama Hanif 9W2VHF dan Yatt 9W2MFE. Gagal masuk ke rumah pekerja kerana tersalah masuk jalan.
Credit 9W2VHF |
Inilah laluan masuk titik akhir di belakang hutan nipah. Ada aliran anak sungai pengalir masuk ke laut. Kawasan ini berpaya telah kering dn dipenuhi kayu-kayu mati dan kering. Mencari disekitar titik akhir namun tidak menemui belon atau peranti yang dicari. Benang tersangkut pada pokok turut tidak kelihatan.
Dua belon terakhir telah jatuh kawasan hutan paya bakau. Jelopiku letak di Masjid Darul Tahsis. Keluar melelalui jalan Pusara hingga melalui ban bermotosikal bersama Hanif 9W2VHF. Hingga masuk lorong motosikal ke kawasan paya bakau.
Credit 9W2VHF |
Aku masuk melalui kayu-kayu balak yang dijadikan pelantar laluan ke pantai. Hanif 9W2VHF menunggu di motorsikal sahaja. Kami berhubung melalui radio bagi mengikuti perkembangan pencarian. Dua belon ini adalah D20050989 altitud 494m dan D20054737 altitud 86m.
Melangkah dengan berhati-hati setiap batang kayu yang dijadikan pelantar laluan ke pantai. Petang itu air surut di pantai. Cuaca baik dan cerah.
Pemandangan pantai berlumpur ketika air surut. Kawasan seperti ini merupakan kawasan pendaratan belon D20050989. Sememang belon itu hanyut ke laut sewaktu air pasang.
Batang-batang aku meniti dengan berhati-hati ketika ingin ke pantai berlumpur. Walaupun telah berhati dihujung kayu ini aku telahpun terjatuh disebabkan terpijak pada kayu berlumpur licin. Jatuh terduduk menyebabkan seluar penuh berlumpur. Nasib baik barang berharga semua telah disimpan dalam beg sandang. Radio sahaja terkena lumpur.
Kawasan berpaya bakau di hadapan ini dipercayai belon D20054737. Sayang tidak boleh dimasuki kawasan seperti ini. Rugi sangat sebab jikalau boleh dimasuki pasti radiosonde D20054737 boleh dijumpai kerana altitudnya sangat rendah iaitu 86m sahaja.
Pemandangan arah selatan hutan paya bakau. Walaupun seluar baju berlumpur sempat lagi mengambil gambar bukti kawasan sekitar. Maka misi untuk dua belon itu diisytihar gagal. Akupun memaklumkan Hanif 9W2VHF untuk berpatah balik setelah misi gagal. Meniti titian balak dengan berhati-hati memandangkan kasut telahpun berlumpur menyebabkan semakin licin.
Sebelum menghampiri Hanif 9W2VHF, memkalumkannya bahawa aku membasuh seluar baju yang berlumpur terlebih dahulu. Membasuh di air payau bertakung sambil diperhatikan oleh ikan-ikan belacak. Sudah agak bersih baru pulang semula ke Masjid untuk membersihkan sekali lagi. Kemudian solat Asar sebelum makan di kedai makan berhampiran jambatan SKVE di Teluk Panglima Garang.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment