Radiosonde D20040150 Belon Bayan Lepas


 Belon Bayan Lepas objek aprs D20040150 altitud ketinggian 16422m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon KLIA objek aprs D20052341 altitud ketinggian 12027m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA64 altitud ketinggian 10266m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian.

Jam 8:45 pagi belon Bayan Lepas telahpun blast altitud ketinggian 27869m. Dua stesen radiosonde 9W2EYR-14 dan 9W2ATR-6 sering bertukar ganti menerima isyarat belon ini.


Radiosonde D20052424 Belon KLIA


Isyarat diterima dari Bangi jam 7:37 pagi objek aprs D20052424 belon KLIA. Seminit kemudian muncul dilayar laman sesawang SondeHub. Altitud ketinggian 1394m isyarat pertama diterima oleh stesen radiosonde. Altitud ketinggian 2411m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan


Belon Bayan Lepas seawal 7:34 pagi telah muncul objek aprs D20040176. Altitud ketinggian 4410m diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon ketiga yang muncul pada jam 7:51 pagi adalah belon Paya Lebar. Objek aprs IMS8AFB55 altitud ketinggian 880m pertama kali muncul. Altitud ketinggian 2409m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai.

Jam 8:43 pagi belon Bayan Lepas telah blast altitud ketinggian 28597m. Jam 8:44 pagi belon Kuantan muncul altitud ketinggian 17935m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai.


Belon keempat pagi ini belon Kuantan objek aprs D20056876. Altitud ketinggian 20117m diterima isyarat oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai, Johor. Ketika ini berada di ruang udara Tasik Bungur, Maran.

Jam 9:11 pagi belon kedua blast adalah belon KLIA. Altitud ketinggian maksimum 30214m. Belon Kuantan dijangka mendarat di Jengka 13 atau ke hadapan lagi di Jengka 16. Harapan hanya pada belon Kuantan untuk mendapatkan perantinya. Ini disebabkan hanya belon Kuantan sahaja akan mendarat di daratan. Tiga belon yang lain akan jatuh ke dalam Selat Melaka.

Semakin kehadapan mungkin Jengka 22 pula. Masih arah ke barat di kawasan Jengka. Kini berada di ruang udara Jengka 22.

Jam 9:24 pagi isyarat belon KlIA terputus altitud ketinggian 2803m. Jangkaan mendarat belon Kuantan di kawasan Gunung Senyum pula. Kawasan hutan pencarian sukar dilakukan. Isyarat dari belon Kuantan dapat diterima readabilty 5/9 dari Bangi. Frekuensi 402.010MHz boleh dipantau. Kini isyarat seperti bunyi keretapi pula. Altitud ketinggian maksimum 30600m.

Stesen radiosonde 9M2TPT turut menerima isyarat belon Kuantan dari Sungai Buloh. Stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri kembangan turut menerima isyarat belon Kuantan. Isyarat masih diterima dengan baik pada jam 9:41 pagi. Jam 9:43 pagi sudah terputus-putus dan terus hilang.

73, Jojet de 9w2dya





 

Stesen radiosonde semakin mantap


 Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AF877 altitud ketinggian 23265m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian.


Belon KLIA objek aprs D20052291 altitud ketinggian 21232m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Belon Kuantan objek aprs D20054918 altitud ketinggian 23964m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai, Johor.


Belon Kota Bharu objek aprs D20043292 altitud ketinggian 27516m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040064 altitud ketinggian 790m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.

Tinggal belon KLIA masih belum blast mengeluarkan payung terjun untuk menurun. Empat belon yang lain telah turun dan mendarat. Jam 9:25 malam belon KLIA telah blast altitud ketinggian 32175m.

Hanya belon KLIA dan Paya Lebar masih dapat diterima oleh stesen radiosonde. Belon Bayan lepas altitud ketinggian maksimum adalah 20698m. Altitud ketinggian terakhir adalah 789m. Belon Kota Bharu altitud ketinggian maksimum 27908m. Altitud ketinggian terakhir 2944m. Belon Kuantan altitud ketinggian maksimum 25533m. Altitud ketinggian terakhir 23964m. Belon Paya Lebar altitud ketinggian maksimum 37184m. Altitud ketinggian terakhir 1329m.

Tinggal belon KLIA masih aktif pda jam 10 malam. Altitud ketinggian 4912m telah melepasi garisan maritim antarabangsa di Selat Melaka. Jam 10:04 malam isyarat terputus altitud ketinggian 1911m. Isyarat terakhir oleh stesen radiosonde 9M2TPT altitud ketinggian 365m di kawasan Kecamatan Pasir Limau Kapas.

73, Jojet de 9w2dya





Stesen UR5FSV-8 telah berada di Singapura.


 Pada malam ini, stesen UR5FSV-8 telah dilihat berada di perairan Singapura. Stesen maritime mobile ini dikesan pada hari jumaat 22 Oktober 2021 yang lalu di Sigli, Utara Sumatera. Manakala 24 Oktober 2021 berada di perairan Melaka. Alp Sweeper kapal penunda yang sering kelihatan di rantau ini.

Stesen radiosonde berfungsi dengan baik


Belon KLIA objek aprs D20052281 masih lagi aktif jam 9:56 malam. Altitud ketinggian maksimum malam ini adalah 30571m. Jam 9:58 malam mula terputus-putus isyarat dari Bangi altitud ketinggian 1518m. Jam 10 malam altitud ketinggian 451m isyarat dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFB4E turut mencapai kedudukan terakhir beberapa minit yang lalu. Altitud ketinggian minimum direkodkan adalah 431m. Jatuh ke dalam laut pada malam ini, berbanding malam semalam di darat. Isyarat terakhir dikesan oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian dalam peta aprs Tanjung Piai.


Belon Kuantan objek aprs D20056888 altitud ketinggian maksimum adalah 29041m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai dengan altitud ketinggian 19807m.


Belon Kota Bharu objek aprs D20042482 altitud ketinggian maksimum adalah 10205m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis dengan altitud ketinggian 5022m.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040050 altitud ketinggian maksimum adalah 20602m. Isyarat terakhir diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai petani dengan altitud ketinggian 686m.

Lagi dekat belon dengan stesen radiosonde lagi rendahlah altitudnya. Lagi rendah bermaksud lebih mudahlah untuk menjejak payload yang menjadi buruan itu. Kebanyakan belon jatuh ke dalam laut. Ini menambahkan lagi kesukaran untuk mencarinya. Kawasan hutan, paya, ladang menjadi cabaran yang lebih menyukarkan. Usaha tanpa penat lelah pasti akhirnya nanti  membuahkan hasil.

73, Jojet de 9w2dya








 

Stesen DF1CHB-15 di Kuala Lumpur


 Petang ini kelihatan stesen DF1CHB-15 berada di Kuala Lumpur.

5 belon Kajicuaca aktif malam ini


 Belon KLIA objek aprs D20051094 altitud ketinggian 10110m. Jam 9:31 malam isyarat hampir terputus-putus. Ketika ini altitud ketinggian 1079m terputus terus dari Bangi.


Belon Kuantan objek aprs D20056938 tidak kedengaran sebarang isyarat dari Bangi. QRV 402.010MHz bagi monitor belon ini. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9M2ZAK-14 di Kulai.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040118 altitud terakhir 1001m. Isyarat diterima dari stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani. 



Belon Kota Bharu objek aprs D20040549 altitud terakhir 4320m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2ATR-6 di Perlis.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFB51 dijangka mendarat di Kg Penerok jalan no 95. Jangkaan mendarat ke atas daratan pada malam ini. Kini menghampiri Teluk Kerang dan akan berpatah balik jangkaannya. Altitud ketinggian 1809m dan terus menurun.


Kini buat pusingan U berpatah balik ke selatan. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 dan 9W2DCW. Kemungkinan juga mendarat di Parit Haji Tasrip. Altitud terakhir 374m berdekatan Kg Parit Tasrip kawasan hutan. Jam 10:30 malam Malis One telah bergerak. Tidak pasti sama ada ke kawasan pendaratan belon Paya Lebar menjadi pertanyaan. Stesen 9W2GEE-9 bergerak juga malam ini.

Jam 10:46 malam stesen 9M2ZAK-5 menuju Pekan Nenas Jalan No.5. Jam 11:02 malam tiba di Pekan Nenas kemudian melalui jalan  J110 melalui Kg Seri Kenangan menuju Belokok.


Jam 11:13 malam telah melepasi Belokok menuju Kg Parit  Tasrip jangkaan pendaratan belon Paya Lebar. Jalan J166 dilalui iaitu Jalan Peradin - Belokok. Jam 11:19 malam tiba di tempat sasaran Kg Parit Tasrip. Isyarat Malis One masih belum dapat diterima oleh payload Paya Lebar. Merujuk kepada peta satelit google. Kawasan pendaratan dipenuhi tumbuhan hijau.


73, Jojet de 9w2dya












Stesen UR5FSV-7 di perairan Melaka


 Stesen maritime mobile UR5FSV-7 vesel Alp Sweeper telah berada di Selat Melaka pada malam ini. Mendapat packet dari stesen 9M4RML-3. Bekerja menggunakan hand-held Kenwood TH-D74 membolehkan mendapat packet melalui RF.

Beberapa stesen telah berjaya mendapat packet adalah 9M2RKK-3, 9M4RJN-3, 9M4RML-3 dan 9W2MGG-1. Jarak paling jauh antara stesen 9M4RJN-3 sejauh 88.6km

Bukit Tunggul, Jenderam


 Pagi tadi berkesempatan untuk melakukan pendakian ke puncak Bukit Tunggul, Jenderam. Oleh kerana berhampiran dengan base stesen. Pendakian agak lewat bermula jam 8:47 pagi aplikasi Strava mode Hike diaktifkan. 


Kawasan parkir kereta agak luas. Bayaran RM2 diberi kepada penjaga tersebut. Ada dua gerai makanan dan minuman di permulaan trek pendakian. Jalan berbatu kelikir yang agak luas memudahkan perjalanan. Beberapa minit selepas berjalan, kelihatan sungai untuk berhenti berehat. Ia juga dikenali sebagai RnR Bukit Tunggul. Kelihatan beberapa peminat kereta kawalan jauh turut melakukan aktiviti hobi mereka disitu.


Selepas itu, perjalanan diteruskan melalui jalan berbatu kelikir yang kadang kala memaksa diri melelakukan pendakian. Melihatkan kepada jumlah kereta yang agak banyak di bawah tadi. Pastilah ramai pengunjung pada pagi minggu ini. Ternyata betul, kerana beberapa kali selisih dengan pengunjung yang turun dari puncak bukit.

WX pada pagi itu mendung sahaja. Kelihatan awan yang tebal boleh dilihat dari kawasan pemandangan sebelum puncak. Pemandangan sebelah barat ini merupakan kawasan sebelah Jenderam. Perjalanan ke sini memerlukan pendakian beberapa bukit kecil yang telah dilabelkan Bukit Janda dan Bukit Bujang. 


Selepas dua label itu, trek pendakian ke puncak semakin mencabar. Trek bertukar kepada trek hutan yang agak mencabar tetapi Hutan Bukit memberi pengalaman yang berharga. Kelihatan masih terdapat pohon balak seperti meranti masih wujud disini. Rasanya Hutan Dara ini pernah diteroka pada zaman dahulu. Laluan batu kelikir itu kemungkinan adalah laluan balak pada zaman dahulu. Mungkin laluan digunakan oleh pekerja TNB bagi penyelenggaraan talian kuasa tinggi yang terdapat di banjaran bukit ini.


Terdapat sebuah beirut menandakan puncak Bukit Tunggul yang dicatat ketinggiannya 278m dan 912 kaki. Besi beirut turut diwarnakan dengan tema bendera Selangor Merah Kuning. Terdapat bendera Jalur Gemilang dan Negeri Selangor megah berdiri dan berkibar di angkasa.


Kawasan trek dipenuhi resam telah diracunkan bagi kawasan talian tinggi TNB. Pemandangan utara merukan kawasan Putrajaya. Kelihatan awan gelap menyelubungi puncak. Ramai pengunjung yang lebih awal tiba berehat dengan menikmati bekalan yang dibawa. Hilang penat sesi bergambar kenangan pula mengambil tempat.


Apabila beirut tiada orang untuk bergambar, akupun cuba masuk ke dalamnya. Kebiasaanku mencari tarikh beirut ini dibuat oleh  Juruukur pada zaman dahulu. Pastinya tulisan hitam itu tidak hilang dilapuk zaman. Sah jumpa nama dan tarikh yang dicatatkan 2 November 1947. Nasib baiklah pendaki yang suka mencatatkan sesuatu dipermukaan besi beirut ini tidak mencontengnya. Jikalau tidak, pasti tarikh ini tidak dapat dikesan.


Selepas puas melihat hasil contengan kenangan di bawah beirut itu. Berehat di salah satu tiang talian kuasa tinggi TNB dengan membasah tekak. Perjalanan pendakian mengambil masa lebih kurang sejam dengan jarak lebih 2km. Banyak batu-batu tunggul di sekitar puncak bawah menara talian ini. Mungkin sempena batu-batu tunggul yang banyak ini puncak mendapat  nama.


Jam 9:47 pagi mencuba membuat panggilan kepada mana-mana stesen yang dapat mencapai. Bekerja menggunakan hand-held Baofeng dengan antena Nagoya NA-771. Beberapa kali memanggil dan sahutanku berjaya didengari oleh rakan di Lukut, Negeri Sembilan. Pada mulanya beliau tidak menyatakan isyarat panggilannya. Terima readability 5/9 dari puncak Bukit Tunggul. Sehingga beliau sudah QRTpun masih tidak mendapat jawapannya. Gaya dan cara percakapannya stesen ini sememangnya dikenali melalui kerap monitor di Marts Linking. Akhirnya tekaanku betul dan stesen 9W2ADD telah mengesahkannya. 


Mengesahkan contact memerlukan isyarat panggilan kedua stesen diterima. Barulah komunikasi dua pihak terjadi atau berlangsung antara satu sama lain. Memandangkan aku berada dipuncak bukit. Kemungkinan QSO ini dapat dipantau oleh stesen lain juga. Aku membuat panggilan itu di frekuensi V38 145.475MHZ.


Sebalik resam ini, pemandangan KLIA. Dua menara kawalan ATC dapat dikesan dari sini. Setelah Abg Adinda 9W2ADD mendarat. Panggilan terus dibuat dan disahut oleh Pak Hasan 9W2CLA di sebelah KV Sepang basenya Desa Putra. Sedang sibuk berQSO tidak perasan bateripun habis rupanya aku bercakap seorang diri.
Cuacapun tidak baik hujan rintik dan mengambil keputusan untuk ke Pilon sebelah bukit di sebelah selatan.


Perjalanan di atas permatang bukit agak mudah kerana permukaan agak mendatar. Beberapa minit sampai ke pilon bukit kedua. Gambar diatas adalah pilon puncak bukit Tunggul. Sebelah kiri tiang pilon itu adalah beirut di kedudukan di bawahnya.


Pemandangan puncak pilon kedua arah selatan di Nilai. Hadapan sedikit pilon ini adalah sempadan negeri. Cuba mencari juga batu sempadan, tetapi memang tiada. Hanya garisan di atas google maps sahaja dapat dikesan.


Kawasan resam disekitar pilon yang sentiasa dijaga dan dibersihkan. Kelihatan awan gelap menyelubungi ruang udara Nilai. Kemudian aku cuba menjejak trek ke bawah jikalau terjumpa lagi batu sempadan. Semamang tiada diletak diatas tanah. Papan tanda juga tiada kelihatan. Trek ke bawah ini menghala ke Kampung Jenderam Hulu.

Pilon-pilon ini juga merentangi lebuhraya Elite. Kelihatan kenderan sibuk mengunkannya ke destinasi masing-masing. Arah ini juga menuju ke Lukut base 9W2AAD. LOS yang sangat cantik terus mengarah ke sana. Mungkin juga bantuan awan-awan yang tebal memboleh isyarat menjangkau jauh ke Lukut.


Selepas tidak menemui batu sempadan, berpatah balik ke beirut semula. Perjalanan melalui permatang bukit dipayungi pokok suasana lebih redup. Terperasan beberapa batang pokok tongkat ali di permatang itu. 


Tiba dipuncak terdapat dua orang pendaki sibuk mengambil gambar dengan berpayung. Cuaca semakin panas menyebabkan ramai pendaki duduk berehat dibawah pohon pokok . Ketika itu, terdapat 3 orang penunggang motorsikal scrambler baru tiba. Kawasan rehat itu agak lapang dan landai dan sangat sesuai untuk melepaskan lelah.


Cuaca yang semakin panas membolehkan pemandangan yang lebih jelas kelihatan. Pemandangan arah utara menghadap base 9W2CLA. Sangat dekat membolehkan penerimaan pancaran sangat jelas readabilty 5/9. Perjalanan turun selisih dengan seorang lagi penunggang motor yang berhati-hati mendaki trek. Deruan enjin motorsikal itu memecah kesunyian hutan.


Pemandangan Jenderam yang semakin hampir menunjukkan altitud ketinggian semakin rendah dan menghampiri ke tempat permulaan semula. Selisih juga dengan sekumpulan peminat permainan kawalan radio. Kereta 4WD mini yang dikawal sedang mendaki mengikut laluan pendakian. Rugi tak ambil gambar melihat kereta yang bekerja keras mendaki bukit.

73, Jojet de 9w2dya
























 























Radiosonde DFM17 20042313 Belon Kota Bharu


 Belon Kota Bharu objek aprs D20042313 muncul pada malam ini. Altitud ketinggian 7239m isyarat terakhir dari stesen radiosonde  9W2EYR di Sungai Petani, Kedah. Altitud ketinggian maksimum malam ini adalah 11704m.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040352 turut isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 1043m. Manakala, altitud ketinggian maksimum adalah 25416m malam ini.


Belon KLIA objek aprs D20052411 altitud ketinggian terakhir 491m. Isyarat terakhir dikesan oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh. Altitud ketinggian maksimum adalah 23697m.


Belon Paya Lebar kod IMS100 9107624 altitud terakhir 2163m. Isyarat terakhir diterima dari stesen radiosonde 9M2ZAK di Kulai. Altitud ketinggian maksimum 20430m. Nampaknya malam ini jatuh di tanahair sendiri.

73, Jojet de 9w2dya


Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...