Pada hari ini berkesempatan untuk memburu stesen tanda aras di Banting dan Jenjarom. Perjalanan melalui Nilai 3 dari base station kemudian melalui Pekan Nilai dan Salak Tinggi. Terperasan satu stesen tanda aras dekat stesen minyak Shell dekat Taman Semarak. Namun tak boleh berpatah balik. Stesen itu simpan dahulu. Ada kelapangan boleh pergi semula.
Stesen tanda aras yang dicat sama dengan pagar Masjid Sultan Abdul Samad Kampung Seri Jugra. Ini merupakan pertama kali batu tanda aras ini dicat sekali dengan warna tembok batu di premis.Tahniah AJK Masjid mengambil inisiatif menjaga monumen penting Jupem. Masjid ini di laluan B59 Jalan Simpang Jugra.
Sambil mencantikkan tembok dan pintu gerbang, batu tanda aras turut diseragamkan warnanya. BM#143 stesen tanda aras B 2151 di Masjid Sultan Abdul Samad Kampung Seri Jugra, Banting. Koordinat 2.817130 darjah Utara dan 101.449043 darjah Timur.
Seterusnya bergerak arah Kelanang, batu tanda aras berada bersebelahan papan tanda Ladang Sime Darby Dusun Durian. Letak kereta berhampiran jalan masuk ladang ini. Sudah beberapa kali ke sini, ketika mencari belon KLIA yang jatuh ke dalam ladang ini.
Stesen tanda aras B 2150 pemandangan arah Jalan Simpang Jugra. Batu bersebelahan papan tanda ladang milik Sime Darby. Koordinat BM#144 adalah 2.807877 darjah Utara dan 101.449665 darjah Timur.
Maklumat dari laman sesawang Jupem menyatakan "Pusat Penyelidikan Golden Hope". Pada masa kini, Golden Hope telah bergabung dengan Sime Darby. Syarikat Perladangan terbesar Sime Darby telah mengambilalih Golden Hope. Ini menunjukkan juga, batu tanda aras itu telah kekal di situ tanpa dialih sejak berpuluh tahun yang lalu.
Hanya mendapat dua stesen tanda aras di Banting. Kemudian pemanduan terus ke Bulatan Pulau Carey. Sebelum jejambat SKVE terlihat satu batu aras sebelum restoran tomyam. Restoran inipun pernah lepak makan selepas misi mencari belon KLIA di Pulau Carey.
Keadaan plate berlumut dan terdapat kesan semburan berwarna merah. Lumut meliputi plate kerana ia berada di bawah barisan pokok Tacoma. BM#145 stesen tanda aras B 5312 sebelum jejantas SKVE di Jenjarom. Koordinat 2.894474 darjah Utara dan 101.469986 darjah Timur.
Pemanduan terus menghala ke Banting lagi laluan FT005. Masih lagi di bawah deretan pokok Tacoma satu lagi batu tanda aras ditemui. Meletak kereta di bahu jalan dan berpatah balik berjalan kaki ke batu.
Pada kali ini, plate ada kesan cat berwarna biru pula. Seolah pada misi kali ini plate mempunyai pelbagai warna. Unsur vandalisme wujud sepanjang laluan Jenjarom ke Banting ini. BM#146 stesen tanda aras B 63,018 masih di Jenjarom. Koordinat 2.889403 darjah Utara dam 101.487926 darjah Timur.
Semburan cat berwarna ini pasti mengganggu Jurukur bagi mengenal nombor siri stesen tanda aras tersebut. Terpaksalah dikikis atau dipadam kesan semburan cat itu pada nombor siri tersebut.
Stesen tanda aras seterusnya juga mempunyai kesan semburan merah. Masih lagi di Jenjarom bawah deretan pokok Tacoma. Meletak kereta di bahu jalan. Berpatah balik berjalan beberapa langkah. Mendokumentasi seperti kebiasaannya.
Jelas plate disembur warna merah pula. BM#147 stesen tanda aras B 5316 menjadi mangsa salah laku oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Koordinat adalah 2.875026 darjah Utara dan 101.500308 darjah Timur.
Seterusnya stesen tanda aras terdapat semburan biru pula. Macam-macam warna telah disembur cat pada pemburuan kali ini. Tidak pasti mengapa plate disembur cat?.
Bukan setakat plate disembur warna biru, malahan batu ini juga boleh diangkat dan dialihkan. Umpama gigi geraham yang dicabut hingga akar boleh hilang. Tidak pasti bagaimana batu ini boleh tercabut dari tanah. Pada hal, batu ini ditanam kukuh bersimen padu.
BM#148 stesen tanda aras B 5544 bersebelahan hentian pondok bas dekat tanah perkuburan Kampung Seri Cheeding yang baru. Hampir menyembah bumi. Penulis sendiri boleh menegakkan kepada posisi asal. Cuma tak larat nak pikul bawa balik sahaja. Koordinat 2.852100 darjah Utara dan 101.517819 darjah Timur.
Kali ini plate sangat bersih dan berkilat sepatutnya berkeadaan begini. Bukannya terdapat semburan sebarang cat. Batu tanda aras ini di Sungai Sedu. Batu terakhir ditemui laluan FT005 Jenjarom ke Banting.
Rizab jalan yang luas ini, membolehkan batu ini tetap kukuh di situ tanpa gangguan. BM#149 stesen tanda aras B 5543 di Sungai Sedu sebelum selekoh ke Dengkil. Koordinat 2.844386 darjah Utara dan 101.522154 darjah Timur.
Pemanduan terus ke Salak Tinggi melalui Labuhan Dagang. Stesen tanda aras yang terakhir telah terlihat semasa menghala ke Banting tadi. Jadi ruginya kalau tak pergi mendapatkannya.
Batu ini telah dicat putih seperti kebiasaannnya. Pemandangan laluan Labohan Dagang - Nilai laluan FT032. BM#150 stesen tanda aras B 2219 di hadapan pintu masuk IKTBN Sepang. Koordinat adalah 2.805933 darjah Utara dan 101.522154 darjah Timur.
Sebelah batu tanda aras ini kelihatan TBM#2 yang ada plate tertera TBM JS1 di atas simen pembahagi longkang. Masa di Triang hari itu, nombor siri dilakar pada simen sahaja. Pada kali ini, TBM ini mempunyai plate pada atas simen pembahagi longkang dekat pintu masuk IKTBN Sepang. Koordinat adalah 2.805932 darjah Utara dan 101.718143 darjah Timur.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment