Benchmark Lama di Batu 9 Labu


 Pada hari ini berkesempatan untuk memburu stesen tanda aras di Jalan Labu, Negeri Sembilan. Semasa ke Safari wonderland Alor Gajah tempoh hari telah terlihat batu tanda aras di jalan ini. Oleh kerana ada kelapangan tengah hari ini, operasi memburu diaktifkan.


Pencarian bermula di Batu 13 Labu. Stesen pertama yang telah dikesan berada di Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar. Labu Hilir. Batu tanda aras ini berada di luar pagar sekolah. BM#138 stesen tanda aras N 5112 koordinat adalah tidak dicerap. Fungsi Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) tidak aktif semasa tangkap layar dilakukan.

Aplikasi GPS Waypoint Finder gagal mencerap koordinat. Kemungkinan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) masih proses mencerap sebelum tangkap layar dilakukan. Biasanya memang sempat setelah aplikasi ini dibuka terus tangkap layar dilakukan.


Pemanduan terus menghala ke Seremban dari Nilai. Melepasi persimpangan Kampung Pulau Batu 11 Labu. Terlihat batu tanda aras disebelah pondok menunggu bas. Berhenti di bahu  jalan. Berjalan kaki ke pondok bas tersebut.


BM#139 stesen tanda aras N 0189 tinggal bahagian atas sahaja. Badan tinggi satu kaki telah hilang. Ini menggambarkan bahawa kawasan persekitaran telah ditambak ketinggian hampir satu kaki. Koordinat adalah 2.766667 darjah Utara dan 101.814304 darjah Timur.


Satu lagi batu tanda aras yang terlebih dahulu terperasan sebelum ini adalah di Surau Kampung Batu 9 Labu. Masuk laluan sebelah surau ini dan letak kereta di kawasan lapang. Berjalan kaki semula ke tepi papan tanda.


Setelah diamati secara dekat ternyata batu tanda aras jenis yang lama. Batu BM yang lama tiada plate di atasnya. Ini merupakan penemuan kedua bagi batu BM Lama. Penemuan pertama di Kampung Batu Laut BM#23 bertarikh 27 Januari 2024.



Tulisan BM pada batu tanda aras adalah timbul. Tulisanpun mengelebar sahaja. Manakala, tulisan BM pada batu tanda aras yang terkini tulisannya tenggelam. Inilah seronok memburu batu, apabila ada penemuan baru dicapai. Semua adalah pengalaman yang dapat menjadi pedoman dan panduan bagi masa hadapan.

BM#140 bagi stesen BM Lama di Surau Kampung Batu 9 Labu. Koordinat adalah 2.744426 darjah Utara dan 101.844024 darjah Timur.


Tiba di persimpangan Ainsdale masuk ke kanan untuk ke Sendayan. Namun, tersalah simpang lampu isyarat yang kedua yang sepatutnya belok ke kanan. Terus sahaja keluar arah ke Seremban. Masuk balik Jalan Labu. Beberapa meter selepas itu berjaya menemui satu batu tanda aras. Batu ini juga, antara terperasan awal sebelum ini.


BM#141 stesen tanda aras N 5099 dijumpai dekat Taman Bukit Kepayang 1B. Berdekatan simpang masuk taman ini. 


BM#141 stesen tanda aras N 5099 koordinat adalah 2.720557 darjah Utara dan 101.903723 darjah Timur. Pemandangan dari arah Seremban berdekatan simpang masuk taman ini.


Tangkap layar stesen tanda aras N 5099 dari laman sesawang Jupem.


Batu tanda aras yang terakhir pada hari ini ditemui di Batu 6 Labu. Kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru giat dijalankan.


Kelihatan BM#142 stesen tanda aras N5104 hampir ditenggelami tanah. Hampir separuh badan telah diseliputi tebing tanah kawasan perumahan baru. Tebing tanah ini baru ditanam rumput. Ini merupakan pemandangan hadapan selari dengan bahu jalan.


Pemandangan tepi jalan pula, tebing tanah berumput ternyata hampir menutup keseluruhan batu ini. Ini menggambarkan kawasan perumahan baru ini telah menceroboh rizab jalan. Koordinat adalah 2.724645 darjah Utara dan 101.903723 darjah Timur.


Kawasan hijau dalam peta telah bertukar wajah diterokai bagi pembinaan kawasan perumahan baharu. Batu tanda aras hampir hilang akibat kerja pembangunan ini.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...