Pada hari yang kedua Tahun Baharu Cina 11 Februari 2024 yang lalu bersama harmonic ke A Famosa Safari Wonderland, Alor Gajah. Sepanjang laluan ke sana sempat menjejak beberapa stesen tanda aras. Mengikut laluan nombor FT1 tiada masalah sepanjang 1 km pasti boleh menemui batu tanda aras.
Permulaan batu tanda aras ditemui di Senawang. BM#71 nombor stesen N 5439 dan yang lama B 5072. Koordinat adalah 2.886079 darjah Utara dan 101.790468 darjah Timur. Ia ditemui sebelah hentian bas.
Hadapan lagi menemui BM#72 nombor stesen N 7035. Batu tanda aras dicat putih menyerlahkan penampakan sangat membantu semasa pencarian. Plate sangat berkilat. Ini menunjukkan batu tanda aras yang sangat baru pada tekaan penulis.
Batu tanda aras nombor stesen N 7035 ditemui dekat Sungai Gadut. Koordinat 2.659063 darjah Utara dan 102.019868 darjah Timur. Ada longgokan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di tepi batu ini. Malahan bau busuk sangat mengganggu tugas dokumentasi.
Penemuan ketiga masih kawasan Senawang juga. BM#73 nombor stesen N 7037 ditemui bahu jalan berumput yang agak luas. Mudah untuk jelopi terus masuk ketepi mendekati batu.
Batu tanda aras dicat putih menyerlahkan lagi kedudukan lokasi ditepi jalan utama ini. Koordinat adalah 2.659063 darjah Utara dan 102.019909 darjah Timur.
Penemuan keeempat BM#74 nombor stesen N 5388 di Perhentian Tinggi merujuk kepada google map. Batu tanda aras ditemui di tepi longkang dan tebing.
Bahu jalan berumput memudahkan kereta diletakkan. Berjalan kaki ke belakang sambil harmonic mengintai dari tingkap. Koordinat BM#74 adalah 2.645960 darjah Utara dan 102.026492 darjah Timur.
Penemuan kelima di Pedas. BM#75 nombor stesen N 5450 dan yang lama K 22??. Kedudukan tepi longkang bahu jalan.
Kelihatan batu turut ada kesan cat putih walaupun kesan lumut yang hitam pada batu masih wujud. Koordinat nombor stesen 2.635867 darjah Utara dan 102.044778 darjah Timur.
Kemudian memandu ke hadapan lagi bertemu BM#76 nombor stesen N 5422. Kedudukan tepi longkang dekat bengkel kereta. Tuan punya dan pekerja bengkel memerhati sahaja dari jauh apa yang sedang dilakukan di batu tanda aras ini.
Koordinat bagi BM#76 adalah 2.511801 darjah Utara dan 102.165192 darjah Timur.
Seterusnya masih di Kota juga. BM#77 nombor stesen N 7048 ditemui di bahu jalan yang lapang. Kawasan berumput yang luas memudahkan jelopi diletakkan dengan mudah.
Nombor stesen N 7048 turut dicat putih dan diselenggara dengan baik. Koordinat 2.504513 darjah Utara dan 102.172586 darjah Timur.
Batu tanda aras yang pertama di negeri Melaka telah ditemui di Kampung Cherana Puteh. BM#78 berhampiran hentian bas dan gerai jual dodol cair. Sayangnya plate telah hilang. Menjejak di laman sesawang turut tidak menjumpai nombor stesen ini.
BM#78 nombor stesen M ???? pemandanga dari arah Tampin/Rembau. Batu ini sebelah hentian bas sahaja. Koordinat adalah 2.473480 darjah Utara dan 102.177080 darjah Timur.
Pulang dari Safari Wonderland telah terjumpa batu tanda aras di hadapan Sekolah. BM#79 nombor stesen M 0936. Berjaya menemui dua stesen tanda aras di negeri Hang Tuah ini.
Koordinat bagi BM#79 ini adalah 2.465211 darjah Utara dan 102.178305 darjah Timur.
Kedudukan batu tanda aras M 0936 berada di hadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Alor Gajah Melaka. Sebenarnya banyak lagi batu tanda aras dilihat sepanjang jalan. Namun tidak sempat untk mendapatkan semua kerana kesuntukan masa bersama harmonic. Jikalau secara solo pasti boleh dihabiskan dari Senawang hingga ke Tampin.
Kejayaan mendapat dua batu tanda aras di negeri Hang Tuah. Berjaya menambah satu lagi negeri dan abjad 'M'. Sebelum ini negeri Selangor dan Putrajaya abjad 'B', Negeri Sembilan abjad 'N' dan Kuala Lumpur abjad 'W' pada pangkal nombor stesen tanda aras.
Keesokan harinya keluar lagi bersama harmonic ke IOI Mall, Putrajaya. Keluar dari pusat membeli-belah belok kanan keluar ke SKVE terlihat batu tanda aras di laluan masuk Putra Infoport UPM.
BM# 80 nombor stesen B 3017 sebelah SKVE dan laluan masuk Putra Infoport. Koordinat batu ini 2.971769 darjah Utara dan 101.713608 darjah Timur. Ini menjadi jumlah keseluruhan batu tanda aras yang ditemui telah mencapai 80 buah.
Kedudukan batu tanda aras menghadap arah ke Bangi di simpang Putra Infoport UPM. Pusat membeli-belah IOI Putrajaya juga dapat dilihat. Usaha tangga kejayaan. Jangan cepat lelah dalam memburu batu tanda aras ini. Cabaran tetap mendatang memberi satu kepuasan tersendiri.
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment