Teroka Bukit Malawati


 Bergerak dari Taman Alam ke Bukit Malawati pula. Sayangnya pada hari ahad itu perkhidmatan trem ditutup. Sempat melihat beberapa ekor monyet kelabu atau lotong berkumpul di belakang gerai-gerai dan kaunter tiket. Terdapat peralatan senaman juga di kawasan itu.


Damia sempat bergambar bersama lotong kelabu yang agak jinak. Selepas itu, memandu terus mendaki Bukit Malawati. Bukit yang banyak menyimpan sejarah Kesultanan Selangor. Kota pertahanan kesultanan Selangor yang kedudukan geografi  sangat strategik.


Bukit kota pertahanan yang bersejarah ini menawarkan pelbagai tempat menarik. Rumah Api Kuala Selangor ini yang paling terkenal disamping tarikan yang lain.


Meletak kereta di hadapan Rumah Api ini. Ada peniaga menjual makan dan minuman. Tidak lupa juga menjual makanan monyet dan kera yang ada di sini.


Pemandangan Selat Melaka boleh dilihat dari bukit ini. Tidak hairanlah lokasi pertemuan Sungai Selangor dan Selat Melaka ini dipilih oleh pemerintahan  Kesultanan Selangor pada masa dahulu.


Damia bergambar bersama selaras meriam bukti tempat bersejarah. Baitul Hilal tempat mencerap anak bulan. Tinggal beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelma. Salah satu tempat melihat anak bulan Ramadan, pastilah di sini nanti.


Kemudian menghala ke Rumah Api. Terjumpa satu stesen tanda aras berhampiran Rumah Api ini. Batu tanda aras ini dicat putih dengan keadaan kemas sekali. Malangnya plate sudah tiada lagi.


BM#137 tiada nombor stesen di Rumah Api Kuala Selangor. Koordinat 3.340548 darjah Utara dan 101,249096 darjah Timur. Hasil carian di laman sesawang Jupem. Tiada dalam rekod untuk stesen tanda aras di Bukit Malawati ini.


Kemungkinan milik Jabatan Laut yang menjaga Rumah Api tersebut.


Rumah Api berdiri megah. Merujuk Wikipedia telah dibina pada tahun 1907 dan beroperasi pada tahun 1910.

Rumah Api Kuala Selangor terletak di atas Bukit Melawati dalam daerah Kuala SelangorSelangorMalaysia menghadap ke laut Selat Melaka. Rumah api ini dibuka pada 1907 oleh penjajah British, berdekatan dengan muara Sungai Selangor. Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Lampu cerah akan berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat. Pada awalnya, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana lebih bersih dan jimat.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Dius Api, Datuk Kapten Ahmad Othman memaklumkan bahawa rumah api menjadi pedoman kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Rumah Api Kuala Selangor mulanya bernama 'Rumah Api Altingsburg' sempena nama seorang Gabenor Belanda kerana Belanda pernah berkuasa ketika itu dan Belanda mengumpul bijih timah dari Selangor dan Perak . Ia dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada 1910.Sejarah rumah api di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dan dari tahun 1826, rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouses'.



Jabatan Laut Malaysia diamanahkan menjaga semua Rumah Api yang terdapat di Malaysia.Rumah Api ini berusia lebih 100 tahun masih gagah berdiri.


Papan kenyataan berkaitan Rumah Api dapat dilihat berhampiran. Namun berada di dalam pagar.Beberapa fakta berkenaan Rumah Api;

Sifat Lampu: F1(2). W. 15s

Jarak Penglihatan: 18 Batu Nautika

Ketinggian: 73 meter (MHWS)

Ketinggian Bangunan: 27 meter

Keterangan Struktur: Menara besi berbentuk bulat berwarna putih dengan asas batu.

Tahun dilancarkan: 1907

Penerangan lain: Rumah Api ini dikenali juga sebagai Rumah Api Altingsburg.


Semasa minggu ketiga bulan Ogos dianjurkan International Lighthouse and Lightship Weekend (ILLW). Rumah Api Kuala Selangor turut menjadi tempat pengendali radio amatur untuk berhubung dengan Rumah Api yang lain. Penulis tidak berkesempatan lagi mengunjungi Rumah Api ini sewaktu acara tersebut berlangsung setiap tahun. Kebiasaannya ia dikendalikan oleh penggiat radio amatur dari negeri Selangor sendiri.


Penulis pernah ke ILLW di Rumah Api Bukit Jugra, tahun sudah lupa. Hanya datang menjenguk sahaja. Bukanlah krew radio amatur mengendalikan stesen tersebut. Ada mendengar QSO secara simpleks dari Rumah Api Bukit Jugra ke Rumah Api Permatang Sedepa atau One Fathom Bank di Selat Melaka. Ketika itu ada sekumpulan rakan ham mengaktifkan Rumah Api Permatang Sedepa ketika ILLW tersebut.


Berbalik di Bukit Malawati, Damia sangat suka melayan kerenah lotong kelabu ini. Berbanding dengan monyet biasa atau kera yang nakal itu, monyet kelabu atau lotong ini lebih jinak.


Lotong kelabu ini telah iasa bertemu dengan pengunjung Bukit Malawati. Pasti menghampiri pengunjung untuk mendapatkan makanan.


Pastilah Damia sangat teruja dan seronok kerana haiwan-haiwan liar ini sangat jinak. Biasa beri makan dalam kurungan sahaja. Apabila bertemu dengan haiwan liar yang jinak pasti memberi satu pengalaman yang baru.


Lotong kelabu ini mengambil makanan dengan baik apabila makanan dihulur. Monyet biasa hanya tahu merampas dan membawa lari sahaja.


Penuh sopan-santun dan beradab lotong kelabu apabila makanan dihulurkan. Tidak berebut-rebut dan penuh berdisiplin serta menunggu dengan penuh kesabaran. Namuan, lotong yang mengendong anaknya perlulah berhati-hati. Lotong ini akan cuba merampas plastik makanan yang sedang kita pegang. Oleh itu, keluarkan hanya satu bungkus terlebih dahulu. Bungkusan yang lebih simpan dalam kocek terlebih dahulu.


Tanpa rasa takut, badan lotong kelabu ini boleh diusap dan disentuh dengan baik.Tidak marah atau bertindak agresif kepada manusia apabila diperbuat sedemikian rupa.


Bungkusan plastik tersebut mengandungi potongan ubi keledek. Kabm beli dekat tempat letak kereta daripada seorang Pakcik. Sebungkus berharga RM2.00 sahaja. Ada potongan kacang panjang dan juga kacang tanah. Buah pisang turut dijual juga.


Tiga ekor lotong kelabu yang sangat jinak menanti makanan untuk dimakan pada petang itu. Habis bekalan beli pada seorang Auntie India pula. Ubi keledeknya tidak dibuang kulit dengan harga yang sama juga.


Dua bungkus ubi keledek telah dirampas oleh lotong yang mengendong anak. Bawa lari jauh dari kawan-kawan yang lain. Sebelum turun ke bawah semula. Pergi sekali lagi beli bekalan untuk diberikan kepada kumpulan lotong di bawah tadi. Kali ini beli keledek dan kacang tanah pula.


Memandu berhati-hati terutama pada selekoh dan jalan sempit. Ketika turun ini akan melintas Makam Diraja. Makam Tiga Sultan adalah tempat bersemadinya tiga Sultan Selangor terawal iaitu Sultan Salahuddin (1756-1778), Sultan Ibrahim (1788-1826) dan Sultan Muhammad (1826-1857).

Lotong kelabu di bawah ini sama jinak macam lotong di atas Bukit Malawati. Beberapa ekor lotong lebih selesa berada di atas pokok. Lotong yang lapar dan berani dengan manusia, pasti turun mendapatkan bekalan makanan.


Lotong yang mengendong anaknya yang masih kecil berwaran oren. Adakalanya lotung ini bergaduh, tiba-tiba anak yang dikendongnya telah jatuh. Kemudian lotong yang lain pula mengendong anak kecil tersebut.


Kebiasaannya monyet biasa akan bergaduh degan monyet kelabu ini. Berlainan spesies walaupun dalam keluarga yang sama. Kemudian selepas puas bermain dengan lotong, bergerak ke Masjid Lumu tidak jauh dari situ. Solat Asar terlebih dahulu sebelum pulang ke Bangi melalui Klang dan Shah Alam.


Usai solat mencari monumen km 0 Kuala Selangor. Tidak susah kerana berada di taman sahaja. Bergambar monumen km 0 yang diilhamkan bentuk Rumah Api.


Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...