Km 0 Bera


 Hari kelima 19 Februari 2024 merupakan hari terakhir perjalanan ke pantai timur. Perjalanan pulang dari Temerloh hingga ke base station di Bangi. Selepas mendaftar keluar dari Hotel Seri Malaysia terus mengisi minyak terlebih dahulu. Sebelum itu, bersarapan di hotel haruslah wajib bagi memberi tenaga perjalanan pulang.


Pemanduan terus ke Bera. Berhampiran simpang empat telah kelihatan batu penanda km 0 di atas rumput. Melepasi lampu isyarat belok ke kiri di hadapan deretan kedai. Terus letak kereta di tempat letak kereta paling hampir. Berswafoto bagi batu penanda jarak km 0 Bera merupakan penemuan yang terakhir juga.


Tiba di Triang bermulalah pemburuan stesen tanda aras. Laluan nombor 10 dari Temerloh ke Gemas. Terlihat stesen tanda aras berhampiran jalan masuk yang telah di tutup. Nasib ada jalan masuk lain berhadapan deretan gerai. Meletak kereta berhampiran batu tanda aras berhadapan deretan kedai tersebut.


BM#112 stesen tanda aras C 6114 di deretan kedai. Koordinat adalah 3.258569 darjah Utara dan 102.433471 darjah Timur.



Teruskan pemanduan di jalan masuk Taman Raya/Seroja/Mawar ada satu batu di tepi simpang. Tulisan pada plate Direktorat Pemetaan Negara Malaysia penemuan yang kedua. Pertama hari itu, ditemui di Bachok dan kini di Triang pula.


BM#113 nombor stesen tanda aras C 1068 di simpang taman menghala pekan Triang sebelah hadapan. Koordinat 3.255760 darjah Utara dan 102.428170 darjah Timur.


Terdapat satu TBM bernombor siri C 15420 telah ditemui bersebelahan dengan BM#113. TBM ini berada dipembahagi jalan di simpang tersebut. Kebetulan melangkah pembahagi jalan ternampak TBM yang ada nombor siri. Temporary benchmark hanya kegunaan sementara sahaja. Koordinat 3.255854 darjah Utara dan 102.428220 darjah Timur.


Seterus memandu melalui Pekan Triang dan belok ke kanan menghala ke Kemayan. Beberapa meter seterusnya berhampiran batu pananda jarak terlihat juga batu tanda aras. Batu penanda jarak Temerloh 35km.


BM#115 nombor siri sebelumnya C 1067 yang sama plate Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. Ini menjadikan penemuan yang ketiga bagi plate Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. Satu di Bachok dan dua di Triang. Koordinat 3.228702 darjah Utara dan 102.423885 darjah Timur.


Seterusnya bersebelahan batu penanda jarak Temerloh 40km. Batu tanda aras ini berada lima kilometer di hadapan batu tanda aras sebelum.


BM#116 nombor stesen tanda aras C 6136 km 40 Temerloh. Koordinat adalah 3.190611 darjah Utara dan 102.410575 darjah Timur.


Seterusnya memandu terus ke Kemayan. Sempat menambah bekalan air di sebuah stesen minyak. Cuba mencari di sempadan Negeri Pahang dan Negeri Sembilan tetapi tidak kelihatan sebarang batu tanda aras. Pada perancangan awal ingin terus ke Bahau, kerana terdapat monumen km 0 di sana. Setelah berfikir semula, jarak Bahau ke base station amatlah jauh. Akhirnya terkubur sahaja hasrat tersebut.


Berpatah balik ke laluan 1518 Felda Chemomoi. Seterusnya laluan tanah rancangan tersebut kenderaan agak sibuk juga. Terjumpa stesen batu aras berhanpiran batu penanda jalan. Sayangnya batu penanda jalan tersebut hanya tinggal batu semata. Penanda jarak telah tertanggal bagi kedua permukaan depan dan belakang.


BM#117 nombor stesen tanda aras C 1823 berdekatan batu penanda jarak botak. Koordinat 3.184395 darjah Utara dan 102.333380 darjah Timur.


Menghampiri sempadan daerah Bentong dan Bera terdapat batu penanda jarak dan batu tanda aras. Kali ini hanya tinggal angka tertera batu batu penanda jarak tersebut. Kemungkinan 14km tersebut jarak ke Telemong. Batu tanda aras tersebut juga telah kehilangan plate.


Merujuk kepada laman sesawang Jupem, kebarangkalian batu ini adalah stesen nombor C 2673. Betul atau tidak yang penting batu tanda aras telah ditemui pada koordinat 3.185614 darjah Utara dan 102.284288 darjah Timur.


Angka 57 sudah pasti menunjukkan jarak ke Temerloh. BM#118 nombor stesen C 2673 ditemui berhampiran sempadan daerah Bentong dan Bera.


Satu lagi batu tanda aras yang kehilangan plate. Batu ini ditemui sebelum simpang ke Felda Sungai Kemahal.


Sekali lagi terpaksa merujuk laman sesawang Jupem bagi mengenal pasti nombor stesen tanda aras. Hasilnya kemungkinan ini adalah stesen tanda aras C 2674. BM#119 simpang Felda Sungai Kemahal koordinat adalah 3.186217 darjah Utara dan 102.275960 darjah Timur.


Batu tanda aras yang ketiga turut kehilangan plate. Batu ini ditemui sebelum simpang ke Simpang Pelangai dan Felda Chemomi serta Sungai Kemasul. Laluan C120 jalan pintas terus ke Simpang Pelangai.


Merujuk laman sesawang Jupem stesen tanda aras ini adalah C 2670. BM#120 simpang ke Simpang Pelangai koordinat adalah 3.210223 darjah Utara dan 102.241216 darjah Timur. Batu tanda aras terakhir bagi negeri Pahang dalam perjalanan pantai timur ini.


Masuk ke kiri terus keluar ke Simpang Pelangai. Tiba Simpang Pelangai belok ke kiri memasuki sempadan Negeri Sembilan. Maka bertukar pula dari abjad 'C' kepada abjad 'N'.


Abjad 'N' pertama stesen tanda aras N 5480 berdekatan batu penanda jarak Karak 45km dan Simpang Pelangai 2km. BM#121 koordinat adalah 3.158117 darjah Utara dan 102.196411 darjah Timur.


Seterusnya batu tanda aras di tepi tiang elektrik. Berhenti jalan ke tepi bahu jalan. Terpaksa melintas jalan kerana batu ini mengarah ke Simpang Pelangai.


BM#122 nombor stesen tanda aras N 5481 koordinat adalah 3.142079 darjah Utara dan 102.203164 darjah Timur.


BM#123 nombor stesen tanda aras N 5484 dan yang lama adalah N 1521. Batu ini di tepi bahu jalan berdekatan dengan rumah di Durian Tipus.


Batu tanda aras berada di bahu jalan berumput. Kereta diletak di bahu jalan selepas jalan kampung. Stesen tanda aras N 5484 koordinat 3.118804 darjah Utara dan 102.223799 darjah Timur.


Tiba di Simpang Durian berhadapan medan selera. BM#124 berdekatan papan tanda Perniagaan Alisan Bengkel kimpalan besi.


Stesen tanda aras N 5486 koordinat 3.102683 darjah Utara dan 102.220928 darjah Timur. Kemudian berhenti di stesen minyak Petronas di sini untuk urusan peribadi sebentar.


Batu tanda aras berada berhampiran papan tanda had kelajuan 70km/j. Meletak kereta berhampiran kubur Kampung Seri Intai. Terpaksa melintas jalan untuk ke batu tanda aras.


BM#125 stesen tanda aras N 5487di Kampung Seri Intai koordinat adalah 3.086676 darjah Utara dan 102.216486 darjah Timur.


Bergerak ke depan lagi di Jalan Satu, Kampung Seri Intai batu tanda aras telah kehilangan plate. Kedudukan batu tanda aras ini lebih tinggi daripada bahu jalan. Maka, mudah dilihat ketika memandu. Terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan batu ini.


Merujuk kepada laman sesawang Jupem, ini merupakan stesen tanda aras N 1518. BM#126 koordinat adalah 3.086676 darjah Utara dan 102.216486 darjah Timur.


Masih di Kampung Seri Intai nombor stesen N 5488.


Batu tanda aras N 5488 di bahu jalan selari dengan tiang elektrik kawasan rizab jalan raya. Bahu jalan dipenuhi rumput dan tumbuhan menjalar. BM#127 koordinat 3.076784 darjah Utara dan 102.217902 darjah Timur.


Memandu terus ke depan lagi terlihat batu yang hampir rebah. Batu tanda aras yang kena sodok ini hampir tercabut. Boleh dilihat bahagian bawah batu dengan jelas. Pemandangan sebelah tepi.


Manakala pemandangan sebelah atas, jelas kelihatan batu telah senget. Pasti batu telah disodok hingga hampir tercabut akar umbinya. BM#128 yang malang ini stesen tanda aras N 5493.


Kemungkainan kerja-kerja merata bahu jalan menyebabkan batu turut kena tolak. Pemandu tidak perasan kewujudannya. Koordinat adalah 3.027588 darjah Utara dan 102.235816 darjah Timur. Batu ini berhadapan dengan kawasan pertanian Kampung Putra, Triang Hilir Negeri Sembilan.


Batu tanda aras terakhir bagi laluan 9 ke Gemas. Selepas ini akan belok ke kanan untuk menghala ke Kuala Klawang pula. Batu ini berada di simpang jalan tersebut. Pemandangan jalan hala ke Kuala Pilah.


BM#129 stesen tanda aras N 5494 simpang ke Kuala Klawang. Koordinat 3.022604 darjah Utara dan 102.238396 darjah Timur.


Melepasi Kampung Balai terdapat satu batu tanda aras berdekatan rumah kampung. Berhenti di bahu jalan. Melintas ke arah batu terus mendokumentasi.


BM#130 stesen tanda aras N 5296 di Kampung Balai koordinat adalah 2.964928 darjah Utara dan 102.143379 darjah Timur. Kemudian tiba di Kuala Klawang berhenti makan seketika. Seterusnya singgah masjid untuk solat.


Melepasi papan tanda Kuala Klawang kelihatan batu tanda aras terakhir. Meletak kereta di bahu jalan dan terus melintas ke batu.


BM#131 stesen tanda aras di papan tanda Kuala Klawang koordinat adalah 2.932768 darjah Utara dan 102.064492 darjah Timur. Seterusnya ke Pantai sebelum belok ke kanan menghala ke Lenggeng. Kemudian dari Lenggeng terus ke Eco Hill sebelum balik ke Bangi Lama. Tamatlah perjalanan selama 5 hari tanpa tol sejauh 1483km.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...