Belon ozon 1032305047 yang pertama tahun 2024


 Semalam MET Sepang telah melepaskan belon ozon 1032305047. Selepas solat Jumaat terus bergegas ke Taman Damai Indah, Banting. Lokasi belon ozon jatuh berhampiran kawasan perumahan ini. Arul  9W2OCX telah bergerak terlebih dahulu melalui SKVE. Sempat mengunci koordinat terbaru belon ozon yang baru sahaja mendarat. Ini bermakna ketika itu isyarat peranti masih lagi aktif.


Merujuk kapada data SondeHub belon ozon ini telah mendarat pada jam 13:39 petang.Altitud ketinggian terakhir adalah 451m dan ketinggian maksimum adalah 36,599m.


Tiba menghampiri Taman Damai Indah ini, kelihatan van Arul 9W2OCX menunggu di tepi pintu masuk taman. Kemudia van diletakkan di hadapan kedai. Kamipun hanya menaiki satu jelopi sahaja. Kemudain Arul 9W2OCX menujukkan arah jalan ke laluan sawit dibelakang taman ini. Berhenti dan meletakkan di pintu masuk laluan. Seterusnya memasukkan koordinat altitud terakhir dan koordinat terkini yang telah dicerap oleh Arul 9W2OCX.

Kurang 70 meter sahaja ke belon ozon dari laluan masuk. Dekat sangat! Apa taknya? saat akhir belon telah berpatah balik mengarah ke taman. Maka, semakin dekatlah ia untuk dicari. Rezeki Hari Jumaat tidak boleh dilepaskan. Alhamdulillah syukur.


Beberapa langkah dari laluan masuk yang terdapat sebuah jelopi di situ. Kami sudah melihat lampu peranti yang masih menyala bersama satu kotak polisterina yang agak besar. Terpaksa melintas parit kering terlebih dahulu sebelum sampai ke kotak.


Kemudian seperti biasa Arul 9W2OCX melaporkan penemuan di laman sesawang SondeHub. Bagi Arul 9W2OCX merupakan penemuan kali kedua bagi belon ozon. Manakala penulis pula adalah kali pertama berjaya menemui belon ozon. Maka kami berdua berjaya menemui belon ozon bagi peranti oppa yang pertama. Arul 9W2OCX berjaya menemui dua model yang berbeza iaitu DFM-17 dan WxR-301D.


Lihatlah gumpalan belon ozon yang lebih besar berbanding yang biasa. Tiada benang digunakan. Terus ikat guna tali rafiar antara belon dan payload atau kotak penerbangan.


Kotak penerbangan atau biasa panggil payload dari keluaran EN-SCI Environmental Science. Kotak penerbangan ini diikat dengan tali rafiar bersambung dengan belon. Ia terbang hingga mencapai bagi penerbangan ini adalah 36,599m hingga lapisan ozon sudah pasti.


Peranti WxR-310D diterbangkan bersama memberi data kaji cuaca yang tepat. Model 2Z yang digunakan sangat sesuai disambungkan dengan peranti WxR-310D buatan Korea dan DFM-17 Graw buatan Jerman.


Suasana ladang kelapa sawit dekat Tman Damai Indah, Banting yang kemas. Ini memudahkan misi pencarian ditambah pula jarak yang dekat ia dijumpai.

Jarak dijumpai 139m dari titik akhir altitud ketinggian 451m. Jarak dijumpai rasa lebih pendek sebab ia jatuh berdekatan dengan laluan masuk. Boleh dilihat pada tangkap layar diatas menunjukkan belon ozon berpatah balik menghadap taman.


Rakaman video menunjukkan Arul 9W2OCX memadamkan pam diantara penyambung. Pam ECC Ozonesonde yang digunakan adalah model 2Z. Sekali sentuh pam tersebut boleh tahan juga panasnya.


ECC Ozonesonde model 2Z selepas dikeluarkan dari kotak penerbangan. Peranti ini digunakan untuk kajian persekitaran lapisan ozon dan perubahan iklim. Bagaimana ia berfungsi?

Unlike some ozonesondes, ECC sondes do not require an external electrical potential. The ECC gets its driving electromotive force from the difference in the concentration of the potassium iodide solutions in the instrument’s cathode and anode chambers. When ozone enters the sensor, iodine is formed in the cathode half cell. The cell then converts the iodine to iodide, a process during which electrons flow in the cell’s external circuit. By measuring the electron flow (i.e., the cell current) and the rate at which ozone enters the cell per unit time, ozone concentrations can be calculated.



Wayar penyambung antara pam dan bateri bagi mengaktifkan pam sepanjang penerbangan.


Ruang pam semuat-muatnya pada kotak penerbangan. Kotak penerbangan mampu menahan suhu didalam 0 - 40 darjah celsius. Manakala suhu diluar pula hingga negatif 90 darjah celsius.


Satu pengetahuan baru tentang alat yang digunakan bagi mendapat sistem data cuaca lapisan ozon. Begitu pentingnya menggunakan alat yang betul dan sesuai agar data yang diperolehi memberi manfaat.


Akhir sekali tercapai sudah impian memburu belon ozon. Sememangnya sangat berbeza dengan dari belon kaji cuaca yang biasa itu. Ia hanya dilepaskan sebulan sekali sahaja jika tidak silap. Pelepasannya pada waktu tengah hari. Masa yang sesuai untuk kajian di lapisan ozon ketika itu andaianku.

credit 9W2OCX

Tahniah kepada rakan sepemburu belon Arul 9W2OCX yang penuh tunjuk ajar tentang ozonesonde ini. Rakan lain tengah tunggu giliran memburu impian dengan ozonesonde ini juga. Pasti dapat capai suatu masa nanti. Masa akan menentukannya.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...