Hari ini telah merancang malalui Jalan Cheras untuk mencari batu tanda aras. Selepas menghantar harmonic ke transit terus melalui Bandar Kajang. Tiada batu tanda dapat dijumpai di dalam Pekan.
Perjalanan diteruskan ke SMKSAAS merupakan sekolah penulis semasa tingkatan 6. Telahan merasakan pasti ada batu di kawasan persekitaran. Ternyata telahan itu benar belaka selepas melalui hadapan Stesen Pemancar RTM Kajang. Klunya adalah premis kerajaan pasti batu tersebut ada di situ.
Kereta telah melepasi pintu utama Stesen Pemancar ini. Meletakkan di sebelah pusat jualan kereta terpakai berhampiran. Berpatah balik berjalan kaki menghampiri pintu masuk yang tertulis Stesen Pemancar RTM Kajang. Pintu masuk ini kekal sejak dahulu lagi. Jalan Cheras laluan FT1 ini tidak dinaik taraf sehingga Kampung Bukit Dukong. Jadi sebab itulah hati kuat mengatakan mesti ada batu tanda aras walaupun sebuah jadilah. Seterusnya hingga sempadan Kuala Lumpur telah menjadi Lebuhraya Cheras - Kajang E7.
BM#50 nombor siri B 0281 Stesen Pemancar RTM Kajang. Ia turut merupakan Stesen Graviti Tertib Pertama GP 0243. Stesen Graviti ini merupakan penemuan yang kedua. Sebelum ini berjaya menjumpai Stesen Graviti di Balai Polis Tanah Merah, Port Dickson.
Stesen Pemancar RTM Kajang menurut Wikipedia telah dirasmikan oleh Sultan Selangor pada 29 April 1967.
Pada 29 April 1967, Sultan Selangor telah merasmikan stesen pemancar Seberang Laut RTM yang baru di Kajang, Selangor. Terdapat 4 aerial tinggi sehinggi bangunan 5 tingkat yang dipancarkan ke arah Malaysia Timur, China, ke arah India dan satu lagi boleh diubah ke mana-mana arah.
Sejak kecil lagi penulis telah melihat antena yang tinggi-tinggi di satu kawasan yang luas di Kajang ini. Maklumlah rumah mak cik di Taman Mesra Batu 13 Cheras belakangnya menyajikan pemandangan ini. Lebih-lebih lagi di belakang sekolah SAAS merupakan kawasan ini juga.
Satu lagi dibelakang Stadium Kajang ada banyak antena juga yang tinggi-tinggi. Tapi kini hanya tinggal pejabat RTM sahaja.
Jadi tidak hairanlah bahawa Stesen Graviti diletakkan di hadapan Stesen Pemancar ini. Ini kerana lokasi ini telah wujud sejak 1967 lagi. Jalan Cheras merupakan jalan utama menghubungkan Kajang ke Kuala Lumpur.
Walaupun teknologi komunikasi semakin canggih, mengekalkan stesen pemancar ini sangatlah penting. Banyak negara masih memancarkan siaran radio gelombang pendek ke serata dunia. Badan penyiaran dunia masing-masing mempunyai Stesen Pemancar sendiri. Ia masih relavan walaupun teknologi internet dan satelit menguasai dunia. Masih terdapat lokasi yang tidak dapat menerima internet. Maka menggunakan radio dapat menerima maklumat dari badan penyiaran seperti RTM ini.
Kemudian terus memandu ke jalan lama dari simpang Telekom ke Pekan Batu 9 Cheras. Laluan nombor FT1 yang tinggal ada kemungkinan batu tanda aras ada di situ. Sayangnya tidak terlihat pula. Kelihatan di Pekan ini kerja-kerja melebarkankan laluan ke Hulu Langat giat dijalankan. Kemudian berpatah balik terus ke saltmine. Tapi sebelum itu solat jumaat terlebih dahulu di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.
Koordinat bagi BM#50 nombor siri B 0281 Stesen Pemnacar RTM Kajang adalah 2.985836 darjah Utara dan 101.789851 darjah Timur.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment