Cari Batu Tanda Aras macam kejar belon juga


 Pagi semalam berjaya menjumpai empat stesen tanda aras. Tiga percubaan telah gagal. Mulai semalam telah mula merujuk lokasi stesen tanda aras melalui laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Cabarannya lebih kurang umpama mencari belon juga. Ada mudah ada dan sebaliknya juga. Itulah keseronokkan yang dicari bagi memenuhi aktiviti masa lapang.


Percubaan pertama mencari stesen tanda aras B 1299 di simpang Bangi/Kajang/Dengkil. Merujuk kepada huraian maklumat stesen di sebelah paip timbul. Selepas diperiksa dilokasi tersebut diketemui apa-apa tanda. Malahan telah disalak oleh anjing yang berada di kawasan kuil berdekatan lokasi. Sebelah kiri dan kanan jalan menghala ke Bangi diperiksa. Namun tiada batu tanda aras ditemui.


Seterusnya memandu menghala ke Dengkil dan meletakkan kereta di hadapan kilang yang baru siap sebelum jambatan Lebuhraya PLUS. Mencari ada dua stesen tanda aras di situ. Stesen pertama lokasi di bawah jambatan Lebuhraya PLUS tersebut. Stesen B 2010 hanya menjumpai tulisan BM yang dispray warna merah sahaja. Menurut huraian stesen B 2010 bawah jambatan di atas konkrit. Namun, tidak kelihatan plate B 2010 tersebut.


Kemudian berjalan ke hadapan lagi melepasi sempadan daerah Sepang. Stesen tanda aras B 00373 berada selepas 20 meter dari jambatan Lebuhraya PLUS. Ternyata benar setelah menemui BM#51 nombor stese B 00373 hampir dilitupi rumput. Terus membersihkan keliling batu tersebut.


Sebelum itu semasa tiba turun dari kereta mencari di sebelah daerah Hulu Langat di kawasan papan tanda juga. Ternyata stesen ini berada di sebelah daerah Sepang. Lokasi yang ditunjukkan seperti dalam peta di atas adalah tepat. Koordinat yang direkodkan adalah  2.899685 darjah Utara dan 101.766347 darjah Timur.


Kemudian terus ke hadapan lagi hingga ke jambatan Sungai Semenyih. BM#52 stesen tanda aras B 0369 berada di hujung jambatan tersebut.


Kelihatan batu tanda aras tersebut telah senget sedikit. Betul-betul berada di hujung jambatan menghala ke Bangi dari Dengkil.


Ketika memijak bahagian bawahnya ia telah bergoyang dan bergerak. Ini menunjukkan bahawa batu ini telah beralih dari lokasi sebenar walaupun sedikit.


Koordinat yang direkodkan adalah 2.892427 darjah Utara dan 101.750036 darjah Timur. Kemudian bergerak ke hadapan sedikit  serta meletakka kereta berdekatan simpang Kampung Sungai Buah.



Ada satu lagi stesen tanda aras disekitar sini. Stesen B 3061 menurut huraian di atas, berada selepas pondok bas. Namun pencarian gagal menemui batu tanda aras tersebut.


Kemudian terus ke SK Jenderam Hilir. Terdapat stesen tanda aras tepi pintu pagar. Meletakkan kereta ditepi hentian bas sekolah tersebut.


BM#53 nombor stesen B62078 di SK Jenderam Hilir. B5252 pula adalah nombor stesen yang lama. Koordinat yang berjaya dikunci adalah 2.884764 darjah Utara dan 101.722752 darjah Timur.


Maklumat tentang stesen B 5252 masih wujud dalam laman sesawang JUPEM. Jadi, perlu berhati-hati dalam mencari maklumat stesen kerana ada yang telah diubah nombor dan batu tanda aras tersebut. Berdasarkan huraian yang diberi agak sama menandakan mungkin terdapat perubahan. Contohnya maklumat tentang SK Jenderam Hilir terdapat pada dua stesen tanda aras. Sudah tentu ia menggunakan batu tanda aras yang sama.



Kemudian ambil harmonic untuk berjalan-jalan. Destinasinya di Dengkil untuk melihat ternakan arnab. Pengusaha menyediakan bermain dengan arnab, ayam dan anak kambing di dalam satu kawasan.


Ternakan arnab daging ini bertentangan dengan stesen minyak Petronas. Selepas puas bermain dengan arnab dan haiwan bergerak ke SMK Dengkil. Ada satu batu tanda aras di sana.


BM#54 nombor stesen B 62079 di hadapan SMK Dengkil. Keadaan batu tanda aras masih berkeadaan baik seperti di SK Jenderam Hilir juga. Koordinat yang telah direkodkan adalah 2.866483 darjah Utara dan 101.672787 darjah Timur.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...