Belon KLIA pertama bagi tahun 2024 Team SAR Central


 Pada hari ini Choong 9M2CEI dan Arul 9W2OCX telah berjaya menempah nama bagi senarai belon yang berjaya dijumpai bagi kawasan central. Hanya selepas bulan februari kawasan central berjaya mendapat belon KLIA. Ini kerana belon sering jatuh ke Selat Melaka sahaja.

credit 9M2CEI

Ia jatuh pada malam sebelumnya berdekatan KLIA di kawasan tandus. Belon KLIA malam itu terbang sehingga altitud ketinggian 7,544m sahaja. Manakala, altitud ketinggian terakhir adalah 206m sahaja.

Video rakaman oleh Choong 9M2CEI melaporkan kejayaan menjumpai belon KLIA WxR-301D 2302105721.

credit 9M2CEI

Kawasan pasir yang tandus di kawasan benang diperiksa kesahaan.

credit 

Peralatan yang dimiliki sepanjang operasi mencari dan menyelamat. 


Peranti sudah berada dalam tangan. Tahniah kedua stesen berkerja dengan baik sekali.


Arul 9W2OCX dan Choong 9M2CEI satu pasukan berjaya membawa pulang hasil oppa. Buat julung kali untuk Choong 9M2CEI membawa pulang oppa. Pulang menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia. Serorang pemburu belon yang aktif di Singapura. Sempat memburu oppa sementara berada di Central.


Sempat singgah ke Pejabat Meteorologi Sepang belon KLIA dilepaskan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...