Arul 9W2OCX berjaya menambah dua koleksi batu tanda aras

credit 9W2OCX

 Hari ini Arul 9W2OCX telah berjaya mendapat dua lagi koleksi batu tanda aras. Stesen tersebut adalah  B 7115 dan B 5052.


Semalam bersama penulis selepas berjaya mencari belon ozon terus ingain mencari batu tanda aras. Sebelum itu, kami menikmati juadah terlebih dahulu di Pantai Morib. Ada beberapa stesen dicari, namun hanya jumpa satu sahaja di Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah, Banting.


Stesen tanda aras yang berjaya dijumpai semalam adalah B 2144 di tepi hentian bas sekolah agama tersebut.


Kelihatan stesen B 2144 telah dicuci bersih kesan digosok membuang kotoran lumut. Kedudukan turut terlindung dengan suis TNB atau JKR di tepi pondok bas.


Arul 9W2OCX beraksi dengan stesen tanda aras yang buat pertama kali dijumpai.


Wajah kegirangan mendapat batu tanda aras pertama selepas kejayaan mendapat belon ozon. Lokasi batu juga terlindung dengan pagar pejalan kaki. Ini membolehkan ia mampu berada di situ dengan lebih lama lagi. Tempat paling selamat adalah, sekolah, masjid, klinik kesihatan KKM dan Balai Polis.


Koordinat bagi stesen B 2144 adalah 2.778476 darjah Utara dan 101.470681 darjah Timur.



Maklumat dari huraian telah bermula sejak tahun 2008 lagi. Mampu bertahan hingga hari  ini bermakna tiada siapapun nak kacau sejak tahun tersebut.

credit 9W2OCX

Stesen kedua yang dijuampai Arul 9W2OCX adalah B 7115.

credit 9W2OCX

Lokasi tersebut di SRJK (C) Khai Tee, Pasir Penambang.

credit 9W2OCX

Koordinat stesen B 7115 adalah 3.355591 darjah Utara dan 101.252536 darjah Timur.

credit 9W2OCX

Stesen tanda aras ketiga adalah B 5052.

credit 9W2OCX

 Lokasi nombor stesen B 5052 berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, Tanjong Karang.

creidt 9W2OCX

Koordinat bagi stesen nombor B 5052 adalah 3.389908 darjah Utara dan 101. 222478 darjah Timur.

Laporan pada 11 Februari 2024 Arul 9W2OCX berjaya menambah dua lagi stesen tanda aras.

credit 9W2OCX

Stesen tanda aras keempat adalah  stesen nombor M7037.

credit 9W2OCX

Batu tanda aras berhampiran papan tanda peringatan kelajuan di tepi longkang.

credit 9W2OCX

Pemandangan dari atas dikelilingi rumput dan daun-daun mati yang gugur. Plate sangat berkilat dan licin. Ii antara faktor yang memudahkan batu ini dilihat dan ditangkap ketika pemanduan jelopi.

creidt 9W2OCX

Batu tanda aras yang kelima pula tidak bertulis nombor stesennya.

credit 9W2OCX

Batu tanda aras yang turut dikelilingi rumput dicat putih.

credit 9W2OCX

Batu tanda aras tidak bernombor ini terletak bersebelahan hentian bas di Parit Kassim Tengah, Muar. Pasti nombor siri bermula dengan huruf J.

credit 9W2OCX

Koordinat bagi stesen tanda aras tidak bernombor di Muar ini adalah 1.969434 darjah Utara dan 102.634297 darjah Timur.

Laporan pada 12 Februari 2024, Arul 9W2OCX menambah satu lagi batu tanda aras di Johor.

credit 9W2OCX

Batu tanda aras keenam nombor stesen J 4141.

credit 9W2OCX

Stesen nombor J 4141 berada bersebelahan papan tanda Taman Bakri Mulia, Muar.

credit 9W2OCX

Pemandangan hadapan papan tanda. Batu tanda aras berada di sebelah kanan tiang.

credit 9W2OCX

Koordinat bagi stesen nombor J 4141 adalah 2.042759 darjah Utara dan 102.649887 darjah Timur.

Tahniah! Arul 9W2OCX atas usaha memburu batu tanda aras yang mencabar seperti mengejar belon kaji cuaca juga.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...