KM 0 Kuala Selangor


 Pada 25 Februari 2024 bersama harmonic telah berjaya menemui monumen km 0 Kuala Selangor. Perjalanan dari Bangi melalui LDP ke Puchong terus ke Shah Alam. Kemudian melalui Klang dan terus ke Pantai Remis terlebih dahulu. Akhir sekali Bukit Melawati melihat Rumah Api.



Bermula dari Klang laluan 5 ke Teluk Intan batu tanda aras boleh dicari. Batu pertama di deretan kedai. Masuk ke kawasan kedai dan letak kereta menghampiri batu tanda aras.


BM#132 stesen tanda aras B 60090 deretan kedaidi Klang laluan 5. Koordinat adalah 3.056392 darjah Utara dan 101.445895 darjah Timur. Batu dicat putih memudahkan lagi dilihat.


Seterusnya tiba kawasan Kapar jumpa satu lagi batu tanda aras di bahu jalan. Masih dicat putih juga. Proses penyelenggaraan batu telah diambil oleh pihak Jupem.


Bahu jalan agak bersemak dengan pelbagai jenis rumput dan pokok-pokok menjalar. Batu tanda aras masih kukuh tegak berdiri memudahkan ia diperhatikan. BM#133 stesen tanda aras B 60093 di Kapar. Koordinat adalah 3.075991 darjah Utara dan 101.405848 darjah Timur.


Masih lagi di kawasan Kapar dapat satu lagi batu tanda aras. Turut dicat berwarna putih juga dikelilingi rumput. Berdekatan dengan longkang.


BM#134 stesen tanda aras B 60097 di Kapar. Koordinat adalah 3.133666 darjah Utara dan 101.375601 darjah Timur. 


Seterusnya tiba di Jeram meletak kereta di tempat letak kereta Mini Zoo Niloofar. Harmonic Damia sangat teringin ke mini zoo ini. Sanggup tunggu abahnya pulang dari berjumpa kakak tempoh hari. Masa yang ditunggu telah tiba, tidak sabar melihat apa yang ada di zoo mini ini.

Bayaran masuk untuk dewasa RM20.00 manakala kanak-kanak RM16.00. Manakala makanan untuk haiwan RM2.00 sebungkus potongan lobak merah.


Haiwan-haiwan dalam kurungan yang agk luas juga. Menghulurkan lobak dicelah-celah jaring.


Seekor haiwan yang comel ini mengambil satu hirisan lobak. Ia memakan dengan agak perlahan penuh cermat sekali. Pergi tempat lain dan kembali semula mengintai masih mengunyah dengan cermat.



Terdapat dua ekor unta di mini zoo ini. Seekor ini sangat aktif meminta makanan.


Sebelahnya adalah dua ekor burung ostrich. Sang unta ini sangat seronok apabila harmonic menghulurkan lobak.


Meerkat yang jinak menunggu lobak dihulukan. Berebut-rebut meminta makanan diberikan. Aksi berdiri mencuit hati.


Inilah aktiviti yang paling digemari jika ada kesempatan. Sekali menunggang kuda dikenakan bayaran sebanyak RM10.00. Pusing satu pusingan sekitar kurungan.


Damia menghampiri seekor lagi kuda yang besar. Sebelahnya merupakan kandang rusa.


Dua ekor kuda padi yang comel agak tidak mesra. Damia cuba mengusap tetapi tidak mahu memberi kerjasama.


Dua ekor burung unta bergerak bebas di tengah kawasan padang pondok beratap. Burung merpati dan burung pipit turut duduk bersama burung unta.


Menghampiri ke tempat permulaan semula, wajah kepuasan dapat menunggang kuda. Selepas turun sempat menghulurkan potongan lobak kapada kuda tersebut.


Sukan berkuda merupakan sunnah Nabi SAW baik untuk kesihatan diri. Memanah dan berenangpun kena cuba juga. Damia pernah cuba memanah di Selangor Fruit Farm tempoh hari.


Meminta makanan diberikan. Atas kepala penuh jerami. Agaknya baru lepas berbaring kuda ini.


Baik pula disentuh kepalanya memberi kerjasama yang baik setelah agak lama.


Si Putih ini sibuk mengunyah lobak merah yang dihulurkan. Kebanyakan haiwan di sini pasti makan, apabila makanan dihulurkan.


Burung untaini turut tidak terlepas meminta potongan lobak merah.


Kuda yang paling besar turut meminta makanan. Sangat mudah memberi makanan kerana kebanyakan haiwan agak lapar.


Dua ekor rusa yang jinak ini menanti makanan dihulurkan.


Burung Merak mengembangkan sayapnya diperhatikan burung merak putih.


Suasana dalam kurungan burung merak terdapat tiga ekor. Seekor biru dan dua ekor putih.


Pelbagai spesies burung Kuang turut terdapat bersebelahan dengan kurungan burung Merak.


Meerkat masih lapar. Sebelahnya kurungan Iguana. Turut memanjat untuk mendapatkan makanan yang dihulur. Landak Rayapun ada hanya tidur sahaja. Musang Artik berwarna putih pun ada di sini. Mampu makan lobak juga. 


Burung merak yang tidak mengembangkan sayap yang cantik itu. Kura-kura pun ada di bahagian tengah sebelah tempat burung unta.


Atap pondok burung unta dipenuhi burung merpati berehat. Cuaca sangat panas, namun angin dari bayu laut agak menyamankan.


Tamatlah sudah lawatan ke Mini Zoo Niloofar yang berada di Pantai Remis sahaja. Kemudian terus ke medan selera Pantai Remis untuk makan tengah hari.


Tengah hari air laut surut. Pantai berlumpur tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda. Pantai dipisahkan dengan longgokan batu granit sebagi tembok pemisah.


Selesai makan nasi ayam, Damia teringin bermain layang-layang. Memilih layang-layang burung helang. Bayu laut sangat kuat mudah sahaja ia bebas terbang di angkasa.


Aksi Damia mengawal layang-layang agar tidak jatuh terhempas. Angin yang begitu kuat sangat seronok dan riang bermain.


Aksi pemain layang-layang profesional. Mengawal dengan gigih layang-layang terbang dengan megah. Selepas puas bermain bergerak ke Kuala Selangor.


Stesen tanda aras piawai (SBM) yang pertama berjaya ditemui di Masjid Asssam Jawa.Singgah sebentar untuk solat Zohor di Masjid ini. Ketika melewati pintu masuk terlihat plate yang lebih besar berbeza dengan benchmark yang biasa tu. Sebalik plate itu, di bawahnya ada batu tanda aras.


Stesen Tanda Aras Piawai (SBM) penutup atas plate itu boleh dialih atau dibuka. Tengah-tengah terdapat satu batu aras untuk kerja-kerja mengukur. SBM#1 stesen tanda aras piawai S 7029 di Masjid Assam Jawa.


Sayangnya terlupa nak mencerap koordinat menggunakan aplikasi GPS waypoint finder. Usai solat sambung perjalanan menghala ke Kuala Selangor.


Memasuki Kuala Selangor terlihat dua batu tanda aras mengapit papan tanda Mahkamah Majistret Kuala Selangor. Wah! dua batu tanda aras pada tempat yang sama. Walaupun terlepas, sanggup berpatah balik untuk mendapatkannya. Ia bersebelahan dengan Balai Polis.



Sebelah kanan yang dicat putih pastilah stesen tanda aras yang terkini atau baru. Manakala, batu tanda aras tidak dicat semula pastilah yang lama. BM#135 stesen tanda aras yang baru B 7112.


Stesen tanda aras yang lama telah kehilangan plate. Tidak pasti ia sengaja ditanggalkan atau tidak. Merujuk kepada laman sesawang Jupem, stesen ini adalah B 5046.


BM#136 stesen tanda aras B 5046 koordinat adalah 3.322181 darjah Utara dan 101.265463 darjah Timur.


BM#135 stesen tanda aras B 7112 koordinat adalah 3.322187 darjah Utara dan 101.265468 darjah Utara. Seterusnya ke Taman Alam dan Bukit Malawati.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...