Jelajah Taman Alam, Kuala Selangor


 Tiba di Kuala Selangor terus menghala ke Taman Alam. Pelbagai kemudahan disediakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).


Taman Alam Kuala Selangor adalah merupakan salah sebuah kawasan Hutan Paya Laut di Negeri Selangor. Kawasan ini berkeluasan lebih kurang 264.81 hektar (646.9 ekar).

Kawasan ini kaya dengan spesies flora yang menjadi habitat semulajadi kepada fauna. Pada bulan September hingga April setiap tahun, kawasan ini menjadi tempat persinggahan burung-burung hijrah terutamanya dari Negara Rusia dan Siberia. Kajian oleh Malaysia Nature Society (MNS) seperti yang dilaporkan dalam MNS Conservation Publication No. 16 (2016) telah menerangkan secara terperinci mengenai kepentingan Teluk Air Tawar sebagai Important Bird Area (IBA) untuk diwartakan sebagai kawasan perlindungan yang boleh memberi kesan baik kepada ekosistem seluruhnya, burung berhijrah dan penduduk tempatan khususnya.

Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menjalankan aktiviti promosi bagi mempromosikan keindahan dan keaslian Taman Alam Kuala Selangor mengikut pecahan seperti berikut:-

  • Hebahan melalui kempen promosi melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube secara berterusan sepanjang Tahun.
  • Penerbitan Artikel pelancongan melalui hebahan pengiklanan media cetak, online, digital dan media elektronik.
  • Penganjuran program lawatan bersama Media dan Agensi pelancongan bagi mempromosikan kawasan tersebut dalam penjualan pakej dan liputan media ke peringkat global.
  • Penerbitan risalah pelancongan mengemaskini informasi direktori pelancongan seperi Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan Brosur Interaktif.
  • Hebahan melalui penganjuran program promosi dalam dan luar negara.


Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang dalam proses akhir pewartaan Taman Alam Kuala Selangor menjadi sebahagian Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Seksyen 9 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 bagi menjamin pengekalan kawasan biodiversiti hutan yang amat penting ini. Hal ini juga adalah selaras dengan Keputusan MMKN No. 47/7/2018 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 8/2018 pada 14 Mac 2018 yang lalu di mana Taman Alam Kuala Selangor ini diluluskan untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Melawati.

Selain daripada itu, ianya juga akan turut diwartakan di bawah Pengelasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan di bawah Seksyen 10 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 selaras dengan potensi dan keunikannya yang dapat memberi peluang kepada para pelajar dan penyelidik untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan saintifik. Ianya juga turut dilihat dapat memberi pulangan ekonomi kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor sebagai “Pusat Edu-Eco Tourism”di Negeri Selangor.

Kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini turut mendapat perhatian utama daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor yang amat menyokong pewartaannya sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sepertimana titah baginda semasa Program Tanam Pokok Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2017 pada 25 Mac 2017 yang lalu.  Program ini telah berjaya menanam sejumlah 7,000 anak pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dengan penyertaan seramai 1,500 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai agensi kerajaan/swasta serta pelajar-pelajar sekolah/IPTA/IPTS termasuk juga penduduk-penduduk kampung di sekitar Taman Alam Kuala Selangor ini.

https://dewan.selangor.gov.my/question/taman-alam-kuala-selangor-2/


Selepas meletak kereta, terus ke Pejabat untuk membeli tiket masuk ke taman ini. Bayaran tiket untuk lokal dewasa adalah RM4.00 sahaja. Manakala,bayaran tiket kanak-kanak lokal adalah RM1.00 sahaja. Pejabat rersebut juga menjual pelbagai cenderahati serta pameran haiwan-haiwan di hutan bakau.


Damia ingin membeli butang bergambar burung dan abahnya membeli pelekat kereta bergambar kelip-kelip. Jumlah bayaran RM7.50 untuk dua barangan tersebut. Kemudian keluar ke tandas terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti penjelajahan. Tandas sebelah Pusat Sumber tapi tutup. Maklumlah hari ahad semua pejabat tutup.


Kemudian keluar berjalan melalui kawasan penginapan serta dewan terbuka. Masuk kawasan laluan ke Taman Alam. Denainya agak luas. Satu berturap batu dan sebelah jalan berpasir sahaja. Banyak papan tanda memberi info tentang flora di situ.


Melepasi jambatan sungai terus ke depan iaitu Menara Pandang. Mendaki tiga tingkat hingga ke atas sekali menyajikan pemandangan yang menakjubkan.


Rakaman video di atas Menara Pandang menyajikan pemandangan indah yang sukar dilupakan. Walaupun panas terik, angin kuat telah dapat menyejukkan badan. Unggas-unggas keriangan terbang bebas tanpa diganggu.


Puas menghayati keindahan Taman Alam dengan pemandangan keliling 360 darjah. Turun ke bawah semula dengan berhati-hati. Pastikan pintu pagar diselak sempurna untuk mengelakkan haiwan liar masuk dan naik ke atas.


Berjalan semula ke arah jambatan sungai semula. Terdapat satu papan tanda yang menyatakan Taman Alam merupakan sebahagian daripada kawasan biodiversiti bagi burung hijrah. Oleh itu, kita perlu kekalkan keindahan alam semulajadi ini agar tidak dirosakkan.


Damia bergambar bersebelahan peta tempat-tempat menarik di Taman Alam. Kami hanya berkesempatan ke Menara Pandang yang hampir dengan jambatan sahaja.


Laluan sebelah kanan bagi penerokaan atau penjelajah seterusnya. Denai kawasan ini luas sesuai untuk bermotosikal juga.


Sungai yang kami lalui melalui jambatan. Sebelah kiri Damia merupakan laluan kiri ke tempat menarik seterusnya.


Berpatah balik ke Ibupejabat disambut oleh segerombolan monyet liar. Pelbagai telatah monyet terutama yang kecil mencuit hati pengunjung. Damia begitu teruja melihat monyet liar berada dihadapan mata.


Sekawan monyet ini, tidak mengacau orang elok sahaja kelakuannya. Sehingga memandu kawasan tempat letak kereta di luar ramai pengunjung melayan keletah monyet yang banyak. Seterusnya perjalanan ke Bukit Melawati pula.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...