Pada 6 Februari 2024 telah berjaya menemui dua buah batu tanda aras di Jenderam Hilir. Ini berjaya menambah koleksi batu yang ke BM#56 dan BM#57.
Batu tanda aras yang telah dialih ini berada di bawah jejambat landasan ERL. Jejambat rel ERL ini merentangi laluan FT31 Banting - Semenyih. Lokasi tepatnya antara Jenderam Hilir dan Semarang.
Ketika tiba dilokasi meletakkan jelopi di tempat yang selamat terlebih dahulu. Kawasan sekitarnya akan dibangun kawasan perumahan baru. Mencari di sekitar tiang landasan ERL tersebut namun tiada. Kemudian melintas jalan untuk melihat di seberang jalan pula.
Terpaksa melangkah laluan air terlebih dahulu. Kelihatan di tiang ada kerja mengorek tanah disekeliling. Tidak pula nampak sebarang batu. Tiba-tiba terpandang batu tanda aras yang telah dialihkan pada tayar. Elok pula kontraktor itu meletakkannya dengan baik pada tayar buruk. Apabila disentuh batu itu ternyata ia bergerak dan boleh dialihkan. Manakan daya untuk mengangkat batu konkrit yang ternyata berat. Seketul batu tanda aras ini ternyata telah dialihkan dari tapak asalnya.
BM#57 nombor stesen B 62019 telah dialihkan bawah landasan ERL dekat Semarang. Koordinat yang telah direkodkan adalah 2.877615 darjah Utara dan 101.696703 darjah Timur.
Pasti Juruukur pening untuk mendapat ukuran yang tepat setelah kedudukan batu tanda aras ini telah dialihkan. Monumen hak milik Jupem ini seharusnya tidak boleh diganggu alihkan. Ia penting untuk rujukan sesuatu ketinggian bagi sesuatu tempat. Apatah lagi kawasan sekitarnya sedang sibuk membangun.
Batu tanda aras seolah berdiri ditampung oleh besi konkrit tersebut. Nasib baik plate tidak dibuang atau dicabutkan. Bukti nombor stesen tersebut adalah benar dan tepat di kawasan itu. Cuma kini batu tersebut telah dialihkan dari tapak asal.
Sebelum itu, berjaya menemui BM#56 di simpang Taman Desa Sinaran, Jenderam. Terletak bertentangan jalan masuk taman itu.
Pemandangan batu tanda aras nombor stesen B 62024 menghadap simpang Taman Desa Sinaran, Jenderam. Terletak juga sebelah longkang. Berdekatan juga dengan rumah kampung. Nasib baik ia tidak berpagar. Maka bolehlah dibuat dokumentasi.
Pemandangan dari atas plate. Keseluruhan batu dilitupi lumut. Ketika gambar ini diambil matahari memancarkan sinaran pagi. Bebayang lengkuk bulatan plate mengarah ke penjuru kiri atas. Itu menunjukkan ke arah barat. Manakala penjuru atas kanan pastilah arah utara. Kedudukan batu tanda aras ini selari dengan jalan ke arah Dengkil.
Apabila diperhatikan semula gambar batu ini, didapati lumut banyak tumbuh di sebelah matahari terbenam iaitu sebelah depan dan sebelah kiri. Manakala sebelah matahari naik iaitu sebelah kanan dan belakang kelihatan lumut amat kurang tumbuh. Adakah ini satu kebetulan? Bayang matahari gambar di atas menyerlah di penjuru kiri bahagian atas. Platepun cantik empat segi tanpa ada kesan simen di atasnya. Maka bolehlah melihat dengan tepat bayangan mentari itu.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment