APRS @ KL FOX & EMCOMM Go Box Competition 2015



Sempena KL Fox dan Emcomm Go Box 2015 yang berlangsung di Tasik Permaisuri, Cheras pada 9 Mei 2015 pameran APRS turut diadakan.



Banyak peralatan berkaitan APRS dipamerkan di sini menarik minat untuk menambah ilmu didada. 9W2RUT Weerut telah memberi penerangan kepada pengunjung yang merupakan rakan ham untuk mengetahui lebih lanjut tentang aprs ini.



Aku juga dapat bersalaman bersama rakan ham yang aktif dengan aprs ini seperti 9W2SVT Stanley, 9W2KHN Koe, 9W2WHT EE Siong dan rakan lain lagi di tapak pameran.



9W2SVT Stanley telah menerangkan gajet-gajet aprs yang dibinanya kepadaku. Semangat dan minatnya yang mendalam pada aprs ini telah berjaya menghasilkan sendiri gajet aprs sendiri seperti yang ditulis di dalam blog beliau http://9w2svt.blogspot.com.
Banyak maklumat berkaitan cara membinanya serta rujukan ada terdapat dalam blog beliau.

Ini menunjukkan bahawa radio amatur bukan sekadar untuk bercakap sahaja. Malahan ia lebih meluas kerana pelbagai mode dapat diterokai seperti radio packet ini.

APRS juga dapat diguna semasa kecemasan apabila setiap kedudukan stesen yang terlibat dengan aktiviti menyelamat dapat dikesan apabila menggunakan aprs.


Credit 9W2SVT
Credit 9W2SVT

Credit 9W2SVT
Credit 9W2SVT
Credit 9W2SVT
Credit 9W2SVT
Credit 9W2SVT

Credit 9W2SVT

Tahniah kepada MyAprs berjaya mempamerkan radas APRS ketika KL Fox dan Emcomm 2015 di Taman Tasik Permaisuri. Usaha berterusan mempopularkan aprs dalam kalangan pengamal radio amatur  dapat menambahkan lagi penglibatan aktif dalam aprs. Ia juga dapat membantu dalam usaha menyelamat dan operasi bantuan kecemasan selain menggunakan  radio komunikasi.

73, Jojet, 9W2DYA


Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) PJK Tingkatan 1 SMKBTHO2 2015



Program Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Walaupun keadaan agak lecak selepas hujan semangat murid untuk mengikuti program ini amat membara.



Terdapat empat kelas telah terlibat dalam program ini adalah kelas tingkatan 1 Inovatif, 1 Objektif, 1 Dedikasi dan 1 Nurani. Manakala guru subjek yang terlibat adalah Pn Rizalina, Pn Diana Loh, En Ismail dan Cik Nor Azian.



Kaedah untuk program ini adalah Peer Coaching merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi.




Pada kali ini, cara yang digunakan adalah coach yang mengajar manakala guru-guru lain akan memerhati. Guru lain juga akan membimbing murid kelas mereka bagi melancarkan lagi PdP.



Kemahiran Bola Sepak yang dipilih adalah tendangan leret dan menyerkap. Teknik yang mudah bagi murid untuk menguasai kemahiran asas bola sepak samada lelaki mahupun perempuan.




Aktiviti pertama program adalah memanaskan badan mengikut kelas masing-masing dan jantina. Oleh kerana proses PdP PJK bagi sekolah ini bercampur lelaki dan perempuan,maka setiap aktiviti dijalankan harus diasingkan. Bentuk bulatan dalam kumpulan dan disediakan sebiji bola setiap kumpulan. Cara yang boleh digunakan adalah bermain bola mengikut kepandaian atau melakukan aktiviti regangan.



Selepas memanaskan badan pula, aktiviti demonstrasi oleh Coach dijalankan dengan bantuan seorang murid. Coach akan menunjukkan kemahiran serta teknik yang betul bagi tendangan leret dan menyerkap. Ia dilakukan dihadapan semua murid bagi memudahkan penyampian dan penerimaan pembelajaran.




Kemudian setelah beberapa kali ditunjukkan teknik yang betul tibalah pula giliran murid untuk melakukannya. Murid melakukan mengikut kelas dan bentuk atau formasi yang berbeza. Ada dalam bulatan, bentuk dua baris serta dipecah kepada empat kumpulan semasa melakukan gerak kerja.



Kebiasaannya murid lelaki lebih cepat mahir melakukan gerak kerja maka cabaran yang lebih harus diberikan. Tahap cabaran yang tinggi seperti permainan merebut bola harus diberi bagi menguji kemahiran.



Manakala murid perempuan pula diberi latih tubi sehingga mahir menguasai kemahiran yang dipelajari. Setiap kelas akan menukar bentuk formasi bagi mengelak kebosanan dan mengubah pandangan dan memberi lebih banyak pendedahan dan pengalaman.



Bagi menguji kemahiran yang dikuasai satu aktiviti permainan kecil diadakan. Setiap kelas akan memilih sepuluh orang lelaki dan perempuan bagi pertandingan tendangan leret. Pelajar dikehendaki menjaringkan bola diantara dua skitel bagi mendapat mata kemenangan.



Aktiviti permainan kecil ini merangsangkan kemahiran psikomotor disamping menggalakkan semangat kerjasama serta berlumba untuk mencapai kejayaan.



Akhirnya kelas 1 Objektif dinobatkan sebagai juara manakala kelas 1 Dedikasi mendapat naib juara. Tempat ketiga pula jatuh kepada 1 Inovatif dan terakhir adalah 1 Nurani.




Kesimpulannya hampir separuh daripada murid dapat menguasai gerak kerja tendangan leret dan menyerkap dengan teknik yang betul. Murid merasa seronok dapat berpeluang mengikuti pembelajaran dalam suasana yang begitu meriah tetapi terkawal. Mereka memberi kerjasama penuh terhadap Coach serta guru subjek PJK masing-masing.



Bagi pihak guru subjek pula telah mempelajari banyak  teknik dan cara bagi penyampaian PdP. Respon yang diberikan amat baik memandang mereka adalah bukan guru opsyen PJK.


















KL FOX & EMCOMM GO BOX 2015



SSTV 2.59PM 12/4/15



Imej SSTV yang dapat diperolehi pada 12 April 2015 pada jam 2.59 petang.

Monitor V66147.495MHz

Pagi ini kedengaran audio di V66 147.495MHz dibase. Lama sudah mantau di jalur ini dan tidak disangka dapat copy audio 9W2MJR Abg Misai dan 9W2UAA Aziz. Aziz sedang audio check yamg disambut oleh abg Misai. Terima kedua-dua stesen dengan baik sekali 5/9 di Bangi.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat 2015

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat 2015 telah berlangsung pada 9 hingga 13 Mac 2015 bertempat di Stadium UKM Bangi. Pasukan SMK Bdr Tun Hussein Onn 2 telah menghantar atlet dalam kejohanan selama empat hari ini.

Nur ArRisha Gangsa Lompat Tinggi P3


Hari pertama 9/3/15


Emas 100m L1 Nazeem
Perak Lompat Tinggi P2 Sarah

Perak 800m P2 Aimi Izatul
Gangsa 100m P2 Ainin Sofea
Gangsa Lompat Tinggi P3 Nur Ar Risha

Hari Kedua 10/3/15

Perak 400m P2 Aimi Izatul

Aimi Izatul P2 Emas 4x400m, Perak 400m, 800m, Gangsa 1500m

Hari Ketiga 11/3/15

Emas 4x100m P2
Gangsa 1500m P2 Aimi Izatul
Perak 4x100m L1

Pelari 4x100m P2

Hari Keempat 12/3/15

Emas 4x400m P2

Jumlah keseluruhan pingat pada tahun ini adalah 3 Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa


Tahniah kepada semua.

BH4BPO-5 kembara berbasikal dari Melaka ke China Shanghai

Hari ini merupakan hari terakhir BH4BPO Ringo berada di Malaysia semenjak di Melaka  4 Mac yang lalu. Terkini beliau menghala ke Padang Besar memasuki Thailand dan seterusnya pulang ke basenya di Shanghai.



Perjalanan dari Melaka ke Bandar Enstek dapat dirakam pada hari pertama 6 Mac 2015 melalui aprs.fi.


Melalui aprs kita dapat mengetahui kedudukan terkini beliau berada dan pada hari tersebut kedudukan terakhir berada di Bandar Enstek. Jadi kita dapat mengetahui bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk bermalam disitu.

Hari kedua  Sabtu 7 Mac 2015 beliau ke Teluk Panglima Garang melalui laluan 5.

credit 9W2VVH

Hari ketiga Ahad 8 Mac 2015 merupakan pertama kali beliau dipukat oleh rakan ham di Malaysia ketika menghala ke Sungai Besar. 9W2VMH Helmie berjaya bertemunya di Kuala Selangor hasil maklumat 9W2VVH Hussairy. Aku dan Cikgu Hussairy sering bertukar maklumat pada hari tersebut kerana ingin memukatnya di Sungai Besar bersama 9W2TZE Romzi.

credit 9W2VVH

Hasil pemantauan seharian akhirnya Cikgu Hussairy bersama Romzi berjaya bertemu Ringo di Sungai Besar. Mereka berdua menyambutnya dengan berbasikal juga. 9W2VVH-5 telah menukar ikon basikal untuk mengiringi BH4BPO-5

credit 9W2VVH
Ternyatalah radio amatur merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira bangsa dan agama.

credit 9W2TZE
Hari keempat 9 Mac 2015 9W2VVH berjaya berjumpa BH4BPO buat kali terakhir selepas menjejaknya melalui aprs. Ternyatalah bahawa aprs sangat berguna untuk mengetahui kedudukan seseorang dengan tepat.

Cikgu Hussairy melaporkan perjalanan Ringo di dalam blog beliau http://9w2vvh.blogspot.com.

Kesan penulisan beliau telah berjaya menarik ramai lagi rakan radio mengaktifkan aprs. Ini satu perkembangan baik untuk aprs di Malaysia. Ramai rakan ham turut menunggu ketibaan Ringo dan bereyeball sepanjang perjalanan dan persinggahannya.

Merujuk catatan Cikgu Hussairy, hari ini adalah hari yang kesepuluh perjalanannya. Selepas ini beliau akan disambut oleh rakan ham Thailand pula.

2015-03-15 08:58:38 MYT: 9W2DYA-8>BH4BPO-5: today is lastdays in 9M land? see you again
2015-03-15 09:26:28 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: yes
2015-03-15 09:26:36 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: thank u again
2015-03-15 09:26:48 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: will leave Malaysia soon
2015-03-15 09:28:24 MYT: 9W2DYA-8>BH4BPO-5: save journey and be careful our HS ham also waiting u
2015-03-15 10:51:07 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow
2015-03-15 10:52:42 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow
2015-03-15 10:54:37 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow

Aku sempat menghantar teks melalui aprs kepada Ringo dan beliau membalasnya seperti di atas. Nampaknya beliau terkejut yang aku mengatakan bahawa rakan ham Thailand akan menyambutnya pula.

Jadi dengan aprs ini kita dapat mengetahui perjalanan beliau hinggalah ke Shanghai jika tiada masalah internet. Hasil pemantauan yang berterusan Ringo telah menyeberangi sempadan pada jam 12.05 tengahari. Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan ham Malaysia dalam komennya di aprs.

Tahniah juga kepada 9W2VVH Cikgu Hussairy yang membuat liputan perjalanan Ringo hingga kini.

73, Jojet, 9W2DYA



Belon Gemas dan Belon KLIA

  Semalam dua hari berturut melancarkan SAR belon Gemas dan belon KLIA. Cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya mencari belon sahaja. Belon ...