Persembahan Gajah


 Cuti Tahun Baharu Cina hari kedua pada 11 Februari 2024 telah melawat A Famosa Safari Wonderland. Tiba sahaja pintu besar mengambil pas masuk. Jikalau hilang pas tersebut akan dikenakan denda dan butir peribadi direkodkan oleh pihak pengurusan.


Kemudian terus ke lokasi dikehendaki membayar tempat letak kereta sebanyak RM3.50. Selepas bayar terus ke tempat letak kereta yang sudah penuh. Namun ada ruang kosong di beberapa lokasi dibenarkan oleh pengawal untuk diletakkan kereta. Berjalan kaki ke kaunter tiket. Ramai pengunjung pada hari tersebut. Maklumlah cuti perayaan. Pelbagai bangsa ada.


Tunggu giliran dan terus membuat bayaran yang ditetapkan. Pastikan membawa kad pengenalan bagi menikmati harga warganegara. Pekerja tiket memberi sedikit penerangan tentang tempat menarik di dalam.


Tiba di pintu masuk disuruh periksa beg terlebih dahulu. Makanan bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk. Kebetulan membawa sebungkus roti krim telah diarahkan tinggal. Mengambil semula ketika pulang nanti.


Melalui kedai cenderamata sebelum melalui tempat persembahan gajah. Sebelahnya hentian lori safari. Ramai pengunjung beratur menanti untuk menaiki lori. Kemudian kami ke ruang pameran pertama di Petzonia.


Sebelum itu, dipintu masuk tadi sempat membeli dua bekas makanan untuk haiwan. Satu bekas berharga RM10.00 sahaja. Harmonic seperti biasa menghulurkan daun ke mulut Kura-kura yang lapar. Kura-kura yang tempatnya di sebelah rakun elah berjalan hingga pintu ruang Petzonia.


Kemudian cuba memberi makan kepada rakun yang berada di atas rumah yang berwarna merah itu. Ruang pameran Petzonia pelbagai spesies ular, dan reptilia yang lain.


Ruang bahagian luar Petzonia selai kura-kura dan rakun terdapat burung Parrot juga. Harmonic menghulurkan kacang panjang pada burung parrot ini. Bijak sungguh, hanya mengopek kacang hijau sahaj yang dimakan. Kemudian keluar dari Petzonia, sempat membeli satu bekas lagi yang mengandungi ulat, kuaci, pisang dengan harga RM10.00 juga.


Kemudian keluar dari Petzonia terdapat banyak lagi haiwan di luar seperti kuda padi, burung Flaminggo, Capybara, Emu, Angsa dan Memerang.


Sesi memberi makan kepada kuda padi yang agak jinak. Terdapat beberapa ekor kuda di situ. Kemudian terus ke persembahan Avians Star yang temanya Colours of the Birds. Telah bermula jam 11.45 pagi. Kami terlewat sedikit melihat aksi pelbagai spesies burung menunjukkan kepandaiannya.


Burung emu semasa persembahan yang dikendalikan oleh En. Ismail yang sangat petah berbicara dalam bahasa dan Inggeris. Maklumat dan penyampaiannya memberi banyak pengetahuan dan sangat mudah difahami.


Habis persembahan pergi ke cafe untuk makan tengah hari. Sebelum ke situ melalui kawasan menaiki gajah. Oleh kerana tiada penumpang, gajah menunggu sambil menanti orang ramai mengghulurkan makanan. Hulur sahaja makanan pasti dicapai melalui belalainya. Dua ekor gajah itu sangat jinak.


Elephant ride bermula jam12.00 tangah hari hingga 3.30 petang. Bayaran RM60.00 untuk dua orang serta percuma satu sesi bergambar. Gajah ini dibawa dari Negara Thai melihatkan kepada penjaganya yang sangat cekap dan mahir.


Gajah menanti dengan sabar pengunjung menghulurkan makanan. Aksi gajah sedang makan dedak yang ditaburkan di atas lantai. Sekali-sekala memakan juga makanan yang dihulurkan pengunjung.


Aksi harmonic memberikan buah pisang hijau kepada gajah. Ia akan mengambil buah yang dihulurkan melalui belalainya. Harmonic sangat teruja dapat memberi makanan kepada gajah.Jarang tempat tarikan haiwan menyediakan gajah. Peluang ini pasti tidak harus dilepaskan.


Sat bekas yang mengandungi pisang hijau untuk gajah berharga RM10.00 juga. Sangat seronok memberi gajah makan sehingga boleh habis ke semua pisang dalam masa yang singkat sahaja.


Makan tengah hari di cafe dengan memesan set kentang bersama air oren.. Kemudian solat di ruang solat yang disediakan di situ. Selepas segala urusan kami menonton persembahan yang kedua pula. Persembahan kedua kami menonton Wild wild west.


Persembahan Wild Wild West hanya sekali sahaja pada jam 2.20 petang. Ini mengingatkan siri televisyen koboi masa kecil dahulu. Aksi-aksi mendebarkan serta aksi lagak ngeri mewarnai pementasan yang hebat.


Suasana pekan koboi serta aksi tembak menembak membingitkan telinga. Harmonic sangat takut dengan bunyi tembakan dan letupan. Satu pengalaman baru pasti tidak akan dilupakan. Aksi ditembak lalu jatuh dari bangunan dan tangki air menunjukkan pelakon lagak ngeri ini sangat profesional. Habis persembahan penonton boleh bergambar kenangan bersama para pelakon tersebut.


Selepas persembahan Wild Wild West kami pergi semula melihat haiwan-haiwan di kandang. Melihat telah burung emu yang jinak. Menghulur makanan tidak hairan kemungkinan sudah kenyang.


Capybara yang jinak datang kepada pengunjung meminta makanan. Menyuakan makanan pasti ia datang makan dengan penuh selera. Kadang dapat melihat ia berendam di dalam kolam dengan penuh keseronkkan. Bersama capybara yang kecil bermain air.


Ketika di Zoo Negara hanya dapat melihat capybara dari jauh sahaja. Safari wonderland ini harmonic sangat seronok kerana dapat membelai dan menyentuh haiwan yang jinak ini.


Seterusnya kami menonton persembahan yang ketiga jam 3 petang. Semasa hendak ke sana Orang Utan telah semakin dekat dengan kolam. Semasa mula tiba Orang Utan berehat di tepi tembok di hujung sana. Peluang tidak harus dilepaskan apabila Orang Utan sudah dekat dekat kolam air tersebut. Salah seekor  telah berendam ke dalam kolam itu.


Aksi anak orang Utan bermain tali. Orang Utan yang besar memerhati pasangannya berendam dalam air. Waktu itu cuaca sangat pana terik. Tidak hairahlah Orang Utanpun berendam bagi menyejukkan badan.


Orang Utan yang besar memegang pelepah kelapa untuk bermain. Anak yang kecil memegang tali dari tadi masih belum memanjat lagi. Simulasi seperti alam semulajadi di hutan. Ini bagi menyesuaikan dengan alam semulajadi jika dilepaskan ke dalam hutan.


Seekor ini suka sangat berendam dalam air. Lama sungguh berndam tak naik-naik ke atas. Rasanya cuaca panas sangat.


Persembahan ketiga yang kami tonton adalah Animal Fantasy  iaitu multi animal fun play. Persembahan pelbagai binatang pula. Pengacaranya masih orang yang sama. Beliau memberi pelbagai maklumat setiap jenis haiwan dan negara asalnya. Persembahan ini lebih banyak binatang tempatan seperti binturong dan landak raya.


Selepas menonton persembahan boleh beramah-mesra dengan haiwan berkenaan. Beli poskad yang terpampang haiwan berharga RM10 sebelum masuk ke pentas. Gambar-gambar haiwan dalam pokad tersebut diambil dari haiwan di sini sahaja.


Beruk ini namanya Nora. Sedang sibuk makan buah anggur. Sebentar tadi buat persembahan menunjukkan cara sekolah memetik buah kelapa. Latihan untuk beruk memetik buah kelapa. Mula dengan memulas buah kemudian menjatuhkan buah hingga panjatdan jatuhkan buah. Proses latihan beruk mahir memetik buah kelapa di kampung-kampung.


Iguana turut boleh bergambar. Keturanan dinasour yang kekal hingga kini menjadi kegilaan ramai memelihara sebagai haiwan peliharaan eksotik.


Menyentuh dan membelai haiwan boleh menenangkan perasaan. Juga memberi satu pengalaman mendekatkan diri dengan haiwan. Rasa sayang dan kasih terhadap binatang amat dituntut. Menzalimi dan mengasari atau mencederakan adalah satu kelakuan yang harus dielakkan. Boleh didakwa atas kesalahan menzalimi dan mengasari haiwan yang tidak bersalah.


Aksi si Nora berdiam diri ketika harmonic menyentuhnya. Beruk yang jinak ini telah biasa dengan pengunjung. Jikalau beruk liar mahu digigitnya serta merampas apa sahaja barang yang disangkakan makanan.


Ular sawa kuning ini sangat jinak juga. Pengunjung boleh turut bergambar serta memagangnya tanpa rasa takut. Kali ini, harmonic berjaya memikul ular sawa yang agak besar ini. Sebelum ini pernah memegang ular jinak yang kecil sahaja.


Selepas puas bergambar bersama Nora, iguana dan ular sawa kami bergerak semula ke pentas Avians Stars jam 3.45 petang. Sehari ada dua kali persembahan iaitu jam 12.45 tengah hari dan 3.45 petang.


Harmonic mengajak menonton buat kali kedua kerana yang pertama tadi dapat tengok separuh persembahan sahaja. Kali ini dapat menonton dari permulaan persembahan. Pasti menyeronokkan!


Penjaga burung Helang berjaya memujuk menangkap ular getah. Aksi menangkap ular berjaya dilakukan oleh Sang Helang ini.


Burung Emu merayau-rayau di atas pentas. Barisan Burung Undan bergerak ke pentas.


Pelbagai spisies burung telah berkumpul di atas pentas. Para pengunjung boleh bergambar selepas pertunjukkan berakhir.


Hanya burung flamingo sahaja yang tinggal di atas pentas. Harmonic sangat teruja dapat bergambar bersama burung ini.


Burung flamingo ini sangat jinak dan berada kekal di situ tanpa terlepas seekorpun. Ia tidak berani melepasi tali halangan atas pentas itu.


Kemudian kami pergi ke Cafe semula kerana harmonic telah lapar. Pesan nasi goreng vegetarian makan dengan enak sekali. Berehat sebentar menikmati hidangan yang sedap terutama perut yang lapar.


Menghampiri jam 4.30 petang persembahan gajah bermula. Masih menikmati makan dengan kenyang, barulah bergerak ke tempat persembahan gajah.


Persembahan gajah telahpun bermula sewaktu kami sampai. Ke semua bahagian tempat duduk hampir dipenuhi penonton.


Persembahan berkisarkan tentang gajah yang mengganggu tanaman di negara jiran. Seekor gajah memusnahkan tanaman kerana mencari makanan. Kemudian Ranjer datang memberi ubat pelali kepada gajah liar tersebut. Gajahpun pengsan.


Selepas gajah liar pengsan, Ranjer membawa gajah denak bagi mengiringi gajah liar tersebut keluar daripada kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...